Wednesday, September 18, 2013

Baranikah BN hadiri tribunal PRU13 BERSIH

Pegawai pengendali Tribunal Rakyat anjuran BERSIH tentang PRU13 berkata beliau berharap BN akan menghadiri tribunal tersebut yang akan berlangsung selama lima hari.

Gurdial Singh Nijar memberitahu pemberita hari ini bahawa pasukan peguam telah menulis kepada Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, selepas beliau (Tengku Adnan) mendakwa akan hadir jika penganjur menulis kepadanya.

"Kami berharap orang dari sebelah sana akan hadir," katannya.

Beliau sebelumnya mengingatkan anggota panel berkenaan bahawa tribunal itu bukan bertujuan untuk menuduh mana-mana satu pihak.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menolak jemputan tribunal itu untuk mengambil bahagian dalam prosiding berkenaan.

2 comments:
Write comments
  1. Sy sbgai rakyat mncabar monyet2 UMNO/BN yg tdk mgaku KEMENANGAN MENIPU DALM PRU13 supaya hadir dalm majlis TRIBUNAL PRU13 BERSIH.

    ReplyDelete
  2. berani? Dr M pun tuduh org yg sudah masuk kubur...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.