Jadual kunjungan saya ke Sandakan selama tiga hari, bermula 6 September lalu, agak padat dan memenatkan. Walaupun tujuan asalnya hanya untuk melihat sendiri kediaman baru keluarga Jamal Azahari -- yang masih ditahan di Manila selepas dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting lebih lima tahun lalu -- saya turut dibawa Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah, mendekati kehidupan sukar di kawasan terpinggir.
Pengasas PAS Sabah itu, yang banyak membantu saya membeli makanan laut segar, mendedahkan sisi-sisi gelap warga Negeri di Bawah Bayu, khususnya kawasan penempatan di atas air yang sesak dan nasib hampir 100 keluarga setinggan yang ditimpa kebakaran besar pada tengahari 1 Syawal lalu. Ramai penduduk mengesyaki, dengan disertakan bahan-bahan bukti, bencana itu sebenarnya angkara perbuatan khianat terancang bagi menghalau penduduk; khabarnya satu amalan lazim sang penguasa bersekongkol dengan kapitalis berkepentingan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Ustaz Zaidi awal-awal lagi mempelawa saya turun padang ke daerah pendalaman yang serba kekurangan. Parlimen Kinabatangan diwakili Bung Mokhtar Radin yang menegaskan bahawa kenaikan harga minyak tidak menjejaskan kehidupan orang kampung kerana mereka tidak berkereta.
"Orang kampunglah yang paling terkesan dengan kenaikan itu disebabkan kos pengangkutan, termasuk dengan bot, untuk masuk jauh ke pendalaman segera melambung," kata Ustaz Zaidi.
"Selalunya saudara melawat lokasi di bandar, seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Kali ini elok juga, sempena 50 tahun Sabah merdeka di bawah Malaysia, saudara turun ke kawasan kampung, yang sebenarnya menyimpan begitu banyak masalah," cadang Rahimin Mustafa, Setiausaha Pilihan Raya PAS Sabah sebaik mengetahui saya berhasrat ke Sandakan untuk kali keempat.
Malang sekali, kenderaan rakan Ustaz Zaidi yang sepatutnya mengambil saya dan wartawan kanan, Azamin Amin, jam tujuh pagi Sabtu itu, tiba-tiba rosak. Kami hanya dapat keluar dari bandar Sandakan ketika Zuhur apabila Ustaz Zaidi sendiri turun dari Kinabatangan.
Disebabkan majlis kenduri dan doa selamat, di rumah baru Jamal Azahari, untuk enam keluarga bekas tahanan ISA dijadualkan jam 2 petang, saya hanya dapat bersetuju untuk meninjau kawasan kampung sekitar 50km dari Sandakan. Itupun, kami terlewat hampir tiga jam untuk sampai ke kediaman yang baru siap itu, di Batu 18, selepas solat Asar di masjid berdekatan, Masjid Darul Aman.
"Tak nampak pun suasana meriah Sabah akan menyambut ulangtahun ke-50 merdeka di bawah Malaysia tidak lama lagi," kata saya kepada Ustaz Zaidi, semasa melalui jalan utama, merujuk senario hampir tiada bendera Malaysia dikibar menjelang 16 September nanti. "Tengok itu, bendera BN macam menjadi azimat di sini," sambutnya, menunjukkan rumah dan gerai kecil di tepi jalan. "Tapi, BN itu jugalah yang mengkhianati rakyat di sini, termasuk memungkiri janji mereka semasa kempen PRU13 lalu," pintas saya, sambil kami ketawa kecil.
Kepenatan mengelilingi kawasan pendalaman sekitar Sandakan segera terubat melihat wajah ceria Norhatta Paraji, isteri Jamal Azahari bersama lapan anak-anaknya, termasuk seorang anak tirinya, gadis kecil yang manis (saya baru pertama kali bersua muka dengannya), sambil mereka menikmati hidangan nasi Arab yang disediakan isteri saya, Siti Hawa Samsam. Rempah khas dibawa dari Ampang!
Menu ayam masala dan beriani kambing agak pedas tetapi saya lihat lebih 20 anak-anak menjamu selera dengan asyik sekali.
Saya lebih teruja melihat rumah baru Norhatta yang dapat disiapkan menjelang Aidilfitri lalu, dengan bantuan sumbangan pembaca Harakah, bernilai lebih RM30,000. Su'aidah, adik kepada Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah menjadi pengantara kami dan begitu ringan tulang memantau proses pembinaan walaupun dalam keadaan sarat mengandung. Bayangkan, hanya selepas lima hari melahirkan anak, Su'aidah memaklumkan kepada saya perkembangan terkini rumah tersebut selepas menziarahi Norhatta.
Berbanding tiga kunjungan sebelum itu -- termasuk dua kali bersama Cikgu Norlaila Othman, aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) -- suasana nampak lebih meriah dan girang, apatah lagi dapat mengumpulkan hampir semua keluarga bekas tahanan. "Ibu tak pandai nak luahkan kata-kata tapi dia cukup terharu dengan bantuan yang kami terima, termasuk membawa kami sekeluarga berjumpa ayah di penjara Manila," kata salah seorang anak perempuan Norhatta.
Isteri bekas tahanan, Kontesa Ahadi, ibu Hummayroh Mohidin, pelajar yang dijangka ke Moscow awal Oktober depan, juga dengan sokongan kewangan sepenuhnya daripada pembaca Harakah, tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya.
"Maha Suci Allah, kami tidak pernah menduga pertolongan Allah, melalui usaha Harakah, datang secepat ini. Terima kasih banyak, Alhamdulillah," katanya ramah, dengan wajah berkaca. Kontesa memohon maaf kerana Hummayroh tidak dapat hadir meraikan jamuan kesyukuran. Anaknya berada di Kuala Lumpur ketika itu, mengikuti kursus pendek dan persiapan terakhir sebelum terbang keluar negara dan hanya pulang ke Sandakan pagi Ahad, 8 September.
Petang Ahad itu, Hummayroh dan kedua-dua ibu bapanya terlewat tiba beberapa minit ketika kami sudah pun masuk ke bilik menunggu di lapangan terbang Sandakan untuk berlepas ke KLIA. "Ustaz, minta maaf, kami terlewat, Hummayroh penat dan tertidur tadi. Bila kami sampai airport, nampak Ustaz dan isteri sudah masuk," kata Kontesa, melalui telefon, ketika saya berbaris panjang menuju pesawat.
Sempat saya membaca SMS Ustaz Zaidi: "Terima kasih dan jemput datang Kinabatangan untuk lain kali. Terima kasih juga dengan hidangan nasi Arab yang sedap kelmarin."
Ya, saya melihat keunikan Sabah dan Sandakan khususnya, bukan terhad kepada hidupan laut yang segat dan mengasyikkan, begitu juga keistimewaan tawaran alam semulajadinya, tetapi lebih kepada begitu banyak misteri kehidupan yang belum diselongkar, terutama yang menghimpit warganya dan pendatang, selain menyembunyikan kerakusan kuasa elit pemerintah. Majoriti penduduk negeri yang kaya dengan hasil bumi, khazanah hutan, destinasi pelancongan menarik dan sumber petroleum masih diasak kemiskinan dan kedaifan kemudahan awam.
Peluang menghadiri perasmian mesyuarat agung PAS Sandakan, yang disempurnakan Hamzah, pada pagi Ahad, juga menyuntik harapan tinggi bahawa peluang dan masa depan Parti Islam di Sabah begitu "menjanjikan". Kehadiran perwakilan anak-anak muda, lelaki dan wanita, membayangkan cabaran, tanggungjawab dan potensi besar yang menunggu.
Dan saya cuba, insya-Allah, untuk mengungkapkan isu-isu besar sosio-ekonomi-politik Sabah dalam tulisan akan datang, merujuk pengalaman di Sandakan.
Dalam pada itu, Harakah, dengan kerjasama PAS Batu Sapi bersedia untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata, Sandakan. Orang ramai boleh menyumbang terus ke dalam akuan Maybank HARAKAHDAILY DOT COM 5640 7000 0336.
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Friday, September 13, 2013
Misteri Sabah yang belum terbongkar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kau pi buat novel lagi bagus...boleh kasi naik lagi nama kau ahmad lufti...setakat siar di sini, apa lah sangat...alang2 mahu publisiti murah, buat lah betul2...
ReplyDeletePAS selamanya tidak akan relevan dan diterima di sabah...PAS perintah kelantan, masih juga miskin...tiada pun kaya...lagi mahu tabur janji kosong di sabah...PAS ni penjilat anwar aljuburi..
ReplyDeletePKR semakin kurang ajar dengan Pas
ReplyDeleteCerminlah diri dahulu sebelum berkata, berapa kerusi Dun dimenangi oleh PAS di Sabah.
ReplyDeletePR kalah di semua tujuh kerusi yang ditandingi sesama mereka melawan Umno. PKR menyalahkan Pas kerana mengacau kerusi mereka.
ReplyDeletesaya kasihan melihat Pas. Pas terlalu banyak berkorban untuk orang lain, sampai dirinya sendiri terkorban. Pas kelihatan seperti melukut di tepi gantang.
ReplyDeleteDalam isu fahaman Syiah yang telah menular ke dalam PAS, mengapa sehingga sekarang PAS masih lagi berdiam diri?
ReplyDeleteApa pun ianya itu penampilan muslimah PAS dulu di zaman muslimah PAS berfikiran kolot.. Sekarang ni semenjak PAS menjadi rakan sebantal dengan PKR dan DAP... Cara keislaman PAS pun turut berubah. PAS sudah tidak kisah muslimahnya berpakaian yang mampu menaikkan nafsu syahwat lelaki.
ReplyDeleteini serupa cerita novel.. cereka punya la.. maw baca pun saya malas.. tilongong punya penulis.. wei di sabah taknak la cerita politik keagaamn yg extrimist..boleh belah la weii
ReplyDeleteTidak pernah dengar pulak pemimpin PAS dibawa ke mahkamah. Yang pasti ada pemimpin Umno yang menipu rakyat. Sekurang-kurangnya PAS tidak pernah mendera rakyat dengan menaik harga minyak... sedangkan kita pengeluar minyak.
ReplyDeleteParoquux said...
ReplyDeleteSeptember 13, 2013 at 3:26 PM...jangan membuat fitnah....tak tau yg sebenar nak cakap.....insaf lah......
ya..sabah memang mundur
ReplyDeleteJIKA lanun serang kota kinabalu siapakah yang bertempiaran lari memikul wang dan harta berguni-guni? Jawab!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteAdui, apakah yang sedang kubaca ini. Boleh buat drama oo.. haha
ReplyDeleteSabah masih dalam proses perkembangan dan tak dinafikan memang masih banyak yang perlu diperbaiki. Namun semuanya ini pasti akan dapat diperbaiki lagi.
ReplyDeleteKalau betul Pas ini parti yang disukai ramai dan mempunyai matlamat yang lebih baik untuk masa depan negara, takkanlah juga rakyat tak undi kan. Ni ada yang undi pun sedikit saja so sendiri mahu ingatlah.
ReplyDeleteTerimalah hakikat tidak ada yang mahu menyokong PAS. Sampai bila-bila pun masih ramai yang akan setia dengan BN.
ReplyDeleteSalah tempat penulis ni tau. Patut hantar artikel ni ke stesen TV mana tau diterima untuk drama berepisod. hihi
ReplyDeleteMemang teraniaya Rakyat Sabah selama ini. Kuasa politik ditentukan oleh orang asing / pemain asing yang diimport !
ReplyDeletememang PAS sabah selama ini dari awal sampai sekarang tidak diterima oleh rakyat sabah...parti keagamaan sangat tidak sesuai di sabah yang berbagai etnik dan agama...PAS boleh lah gulung tikar, balik kelantan dan bangunkan negeri kelantan yang daif tu...tak payah sibuk2 di sabah...
ReplyDeletebaru 3 hari, dia mahu buat lagi penulisan pembohongan di masa2 akan datang...itu baru 3 hari...memang ni PAS sudah macam PKR...kelentong saja..
ReplyDeletekelantan di bawah pemerintahan PAS selama berpuluh tahun tu lagi mundur dari sabah...teruk...
ReplyDeletePAS tak laku di Sabah. Asal PRU jak gerenti tenggelam.
ReplyDeleteUrus Kelantan dulu beb, kalau ada kemajuan baru urus Sabah. Bangkai betul
ReplyDeletePenduduk kampung tersebut mahu rumah & tanah free.... sungguh tidak pandai bersyukur!!! sudah diberi rumah PPRT dengan kadar bayaran yang paling rendah... masih lagi tidak berterima -kasih, malah menuduh bukan2 lagi kepada kerajaan, inilah jadi kalau membiarkan para pembangkang jahanam ini berada lebih lama di Sabah, HALAU MEREKA SEMUA!!! Sabahan jangan terpengaruh dengan dakyah menghasut, & penipu di bawah pimpinan Anwar pembohong ni!!!
ReplyDeleteDengan menggunakan nama agama sebagai pelindung mereka, mereka menyebarkan hasutan untuk memburukkan kerajaan, kamu balik la ke semenanjung wahai PAS, jangan lagi jejakan kaki ke SABAH!!!
ReplyDeleteKenyataan Sabah Daily:
ReplyDeleteMalang sekali, kenderaan rakan Ustaz Zaidi yang sepatutnya mengambil saya dan wartawan kanan, Azamin Amin, jam tujuh pagi Sabtu itu, tiba-tiba rosak. Kami hanya dapat keluar dari bandar Sandakan ketika Zuhur apabila Ustaz Zaidi sendiri turun dari Kinabatangan.
*itu tandanya tuhan pun tidak mahu para pembangkang datang ke Sabah, petanda itu patut kamu ambil serius.
Kamu ingat Sabah ni macam Kelantan yang mundur tu ke? Jaga tampat kamu dulu la.... jangan sebok terhegeh-hegeh di tempat orang.
ReplyDeleteKalau saya ketua kampung sana, sudah saya halau para pembangkang ini, bukannya mahu membantu, tapi hanya memburukkan keadaan.
ReplyDeleteThis is so a mystery. LOL
ReplyDeleteSesungguhnya kemisterian itu
ReplyDeleteahmad luffi ni boleh disamakan dengan katak bawah tempurung...bodoh yang ekstrem dia ni..
ReplyDeleteorang PAS ni bodoh...dia ingat sana di kelantan tu maju sangat lah...buta kayu betul..
ReplyDeletekalau pembangkang, memang menipu lah kerja dia tu...siap dia tulis cerita mengarut macam ni...
ReplyDeleteahmad ni asal sabah kah? kalau bukan, jaga dulu tempat asal kau tu...situ tu pun banyak orang miskin tu...
ReplyDeletePenyokong Sabah masih kuat. Ini juga dibuktikan di PRU13 yang lalu.
ReplyDeleteSokongan PAS tidak baik seperti di Kelantan. Mungkin Misi perjuangan PAS tidak diterima oleh rakyat Sabah.
ReplyDeletePolitik tidak harus teramat berungsur keagamaan. Harus juga diseimbangkan.
ReplyDeleteDengan sumber semulajadi yang lumayan, Sabah harus lebih berkembang jiak berbandingkan dengan negeri dimana sumber semulajadi adalah terhad.
ReplyDeletepembangkang ni kalau masuk sabah ada tujuan lain..si ahmad sendiri yang mengaku...tidak hairanlah ada beberapa pemimpin pembangkang yang pernah dihalang masuk sabah...ada niat buruk di hati..
ReplyDeletewan, harus juga diingat sabah ni besar dan luas...jumlah penduduk pun banyak...bukan seperti kelantan yang kecil tu...
ReplyDeletePAS tidak laku di sabah...jual murah pun kena reject bulat2...terima lah hakikat..
ReplyDeleteMisteri Sabah yang masih belum selesai
ReplyDeleteWe called it something to resolve
ReplyDeleteMisteri kehilangan Sabah?
ReplyDeleteIt is for this oppressed people of Sabah. Political power is determined by the foreign / imported foreign players!
ReplyDeleteSabah is still in the process of development and no doubt there is still much to be improved.
ReplyDeleteAccept no one wants to support PAS . Until whenever there are many who would be faithful to the BN.
ReplyDeleteSabah PAS was for this from the beginning until now not accepted by the people of Sabah ... highly inappropriate religious parties in Sabah 's diverse ethnic and religious ... PAS can be wound up.
ReplyDelete
ReplyDeletePolitics should not be extremely religious.
Selaras dengan ikrar Janji Ditepati, tiada siapa boleh menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada rakyat dan negeri Sabah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteBeliau berkata jika diimbas kembali, ketika mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk turun padang dan melakukan tinjauan mesra untuk merasai denyutan nadi rakyat.
ReplyDeleteKatanya ini dibuktikan apabila Perdana Menteri telah memperjuangkan banyak agenda penting untuk kesejahteraan rakyat.
ReplyDelete“Pemimpin BN turun padang bukan dengan tangan kosong, bukan hanya berucap dan berceramah, tetapi merasai denyut nadi rakyat, tepati janji, prihatin terhadap masalah rakyat dan memastikan masa depan rakyat terjamin,” katanya.
ReplyDeletePelbagai inisiatif dan bantuan untuk membantu meringankan beban rakyat dilaksanakan, antaranya dalam Belanjawan 2013 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, Kedai Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan, baucar buku dan banyak lagi, katanya pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Batu Sapi dan upacara pecah tanah projek Masjid Lupak Meluas berharga RM5 juta yang disempurnakan oleh Najib di sini hari ini.
ReplyDeleteKatanya tidak seperti pemimpin pembangkang yang hanya kerap datang ke Sabah setiap kali menjelang pilihan raya dan selepas itu hilang entah ke mana.’
ReplyDelete“Mereka bercakap pelbagai janji manis semata-mata menyedapkan hati dan menipu rakyat.
ReplyDelete“Inilah cara politik parti pembangkang. Ternyata tujuan mereka berpolitik bukanlah untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi semata-mata untuk mencapai agenda peribadi, dan yang lebih teruk lagi memecahbelahkan perpaduan rakyat,” katanya.
ReplyDeleteMusa berkata pemimpin pembangkang hanya pandai mengkritik, menabur fitnah, retorik serta gimik politik sepanjang masa.
ReplyDeleteCenderamata? Kampung haram tu? sudah mau dekat 40 tahun diorang tinggal sana, penduduk di sana tahu mereka tinggal di tanah orang, kenapa mereka mendiamkan diri selama 40 tahun? sekarang nak salahkan kerajaan pula?
ReplyDeleteKampung cendramata? Owh yang mau ugut Ketua menteri tu sebab tidak bagi diorang rumah free? Cermin diri kamu dululah... sudah diberi bantuan mau tolak lagi... tu lah.... percaya lagi cakap pembangkang.
ReplyDeleteMisteri konon, misteri liwat Anwar bagaimana pula? Apa punya penulis ni... datang rumah orang bukan pandai bawa makanan, minta makan pula... puihhhh.. luftti konon.
ReplyDeleteKampung itu patut disiasat oleh pihak berkuasa, berkemungkinan mereka semua ni tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
ReplyDeleteDi Sabah, kerajaan sudah cukup membantu rakyatnya, buakn macam di kelantan, rakyatnya hidupn susah di bawah kerajaan pembangkang.
ReplyDeleteTahanan ISA adalah pengkianat Negara, jika mereka tidak suka tinggal di Malaysia... pergi la ke negara lain.
ReplyDeleteIni berita ka atau cerpen budak tingkatan 3??
ReplyDeletePenulis Cerpen Luffti says:
ReplyDelete'Malang sekali, kenderaan rakan Ustaz Zaidi yang sepatutnya mengambil saya dan wartawan kanan, Azamin Amin, jam tujuh pagi Sabtu itu, tiba-tiba rosak. Kami hanya dapat keluar dari bandar Sandakan ketika Zuhur apabila Ustaz Zaidi sendiri turun dari Kinabatangan.'
*Lihatlah keadaaan di Knabatangan pun tidak suka para pembangkang datang ke Sabah... hahahaha.
Penulis cerpen Luffti says:
ReplyDelete'Jadual kunjungan saya ke Sandakan selama tiga hari, bermula 6 September lalu, agak padat dan memenatkan.'
*MEMENATKAN??? Kalau tidak ikhlas datang ke Sabah, baik anda pulang saja ke tempat asal anda.... hakkkk tuih!!
PAS adalah parti ajaran sesat dan semua fatwa dikeluarkan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat wajib ditolak.
ReplyDeletePAS sebuah parti yang dibentuk oleh manusia untuk menegakkan Islam tetapi telah menyeleweng dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam.
ReplyDeleteNik Abdul Aziz sombong, takbur dan angkuh dengan fatwa-fatwanya yang didakwa syirik dan menyesatkan
ReplyDeleteMelayu akan hilang segala-galanya jika bertahalufkan pakatan pembangkang yang menyokong pluralisme
ReplyDeletekenyataan Nik Aziz bahawa UMNO buat masjid bukan kerana Islam melambangkan sikapnya yang memusuhi parti itu dan fatwa bahawa sesiapa menyokong UMNO tidak masuk syurga, menyimpang 100 peratus dari Islam dan menyalahi ulama muktabar.
ReplyDeletePAS dilihat semakin bercelaru dalam pendirian perjuangannya kerana mengikut telunjuk parti pakatan lain terutama DAP
ReplyDeletePAS sudah jauh menyimpang daripada matlamat asal kerana sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa politik
ReplyDeletePAS kini tidak memperjuang pembentukan sebuah negara Islam sebaliknya menyokong pembentukan negara kebajikan, hukum hudud tidak disebut dalam manifesto dan sanggup pula menghukum solat sesama Islam parti lain sebagai tidak dapat pahala
ReplyDeletePAS sekadar jadi makmum dalam pakatan pembangkang, jadi pengikut DAP
ReplyDeletePAS yang bermaruah dan mempunyai prinsip supaya meninggal parti itu segera, PAS sudah tidak lagi relevan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
ReplyDeletepemimpin PAS kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama dalam pakatan pembangkang yang termasuk DAP dan PKR.
ReplyDeletemengelak perkara yang tidak diingini termasuk melanggar peraturan parti yang boleh menjejaskan kekuatan Umno.
ReplyDeleteanggota perwakilan Sabah akan membuat pilihan mereka berdaarkan penialaian sendiri tentang kualiti kepimpinan, komitmen dan potensi calon.
ReplyDeleteTengku Razaleigh in suggesting a Parliamentary caucus be set up to review the position of Sabah and Sarawak in Malaysia after its establishment of 50 years.
ReplyDeleteanggaplah ini sebagai pemilihan keluarga besar Umno.
ReplyDeleteTiada ruang di Sabah kepada pihak pembangkang untuk mewujudkan sentimen politik perkauman.
ReplyDeleteperspektif nasional, bukan parokial
ReplyDeleteto ensure the rights of Sabah and Sarawak were not jeopardized and exploited.
ReplyDeleteIt is time for us to review it after 50 years and it is the best time
ReplyDeleteApa yang penting kita rapatkan hubungan antara satu sama lain
ReplyDeletepembangkang adalah berhenti menjual jenama ‘politik perkauman’ di Sabah kerana rakyat Sabah menolaknya dan usaha itu hanya boleh menimbulkan huru hara.
ReplyDeleteUmno Sabah tidak akan mempengaruhi keputusan anggota perwakilan negeri itu dalam pemilihan naib presiden.
ReplyDeleteNational policies drafted, does not reflect the spirit warranted in the 20-points Agreement.
ReplyDeleteDasar pengurusan hutan yang dirancang oleh kerajaan negeri Sabah merupakan satu kebanggaan walaupun mendapat pelbagai kritikan daripada pihak dalam dan luar negara yang kerap memandang negatif dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri ini.
ReplyDeleteGelombang pertama membantah kepimpinan kerajaan PAS Kedah yang semakin rakus merompak khazanah Hutan Simpan Tasik Pedu tiba ke kemuncaknya apabila lebih 12,000 rakyat dari seluruh negeri itu berkumpul menyertai perhimpunan secara aman anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di lokasi penebangan berdekatan Tasik Empangan Padu, Padang Terap.
ReplyDeleteSelaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan, sumber dan perbelanjaan kewangan negeri Sabah sentiasa diurus secara berhemat, berkesan dan efisien. Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang menjadikan penganugerahan ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.
ReplyDeleteMusa Aman mengetuai tampuk pemerintahan negeri Sabah, pelbagai cerita-cerita kejayaan meniti dibibir masyarakat negeri ini. Para penganalisa politik turut mengakui bahawa hanya pada era Musa Aman, barulah wujud pembangunan di negeri ini.
ReplyDeletePengurusan hutan yang lestari bukan sahaja berjaya menjadikan Sabah sebagai ‘hotspot’ biodiversiti utama dunia malah mendapat pelbagai pengiktirafan daripada badan-badan pengurusan hutan di peringkat antarabangsa seperti Badan-Badan Bersatu, World Wildlife Fund Malaysia, Forest Stewardship Council (FCS) dan Prince Charles Charity.
ReplyDeletelokasi Himpunan Bantah Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air itu terletak hanya beberapa meter dari kawasan yang dahulunya merupakan hutan hujan tropika, sekaligus menjadi tempat tadahan air kepada rakyat Kedah sejak tahun 1960an lagi. Malangnya, akibat kerakusan kerajaan PAS yang diterajui Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak untuk mengaut khazanah negeri, kawasan hutan yang berkeluasan kira-kira 500 hektar habis digondolkan sejak setahun lalu tanpa kawalan.
ReplyDeleteBilangan Jabatan dan Agensi yang mencapai penarafan empat bintang di bawah Indeks Akauntabiliti telah meningkat dua kali ganda untuk penilaian tahun 2011. Ini menunjukkan lebih banyak jabatan/agensi yang telah mengamalkan sistem pengurusan kewangan yang baik dan teratur.
ReplyDeleteAntara prestasi terbaik kerajaan ialah termasuklah kejayaan kerajaan negeri mengurus kewangan dengan baik seperti yang terkandung dalam Laporan Perbendaharaan Negara (AG) selain berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama beberapa tahun berturut-turut.
ReplyDeletebeberapa mesyuarat dan persidangan antarabangsa yang berkaitan dengan pemuliharaan hutan telah diadakan di negeri ini sejak beberapa bulan yang lalu. Malah, Wakil Residen Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Kamal Malhotra, mengakui Sabah sebagai model pengurusan hutan yang mampan bukan sahaja bagi Asia Tenggara, tetapi juga DUNIA.
ReplyDeleteKalaupun ada antara pemimpin-pemimpin PAS/PR yang sedar dan melihat wujudnya kezaliman terhadap rakyat dibawah pemerintahan Azizan Razak ini, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN; iaitu satu alasan atau jawapan ‘standard’ kerajaan PAS Kedah untuk menghalalkan jenayah yang mereka lakukan di negeri itu.
ReplyDeleteDengan mengambilkira kekayaan khazanah alam Sabah serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut.
ReplyDeleteAMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR.
ReplyDeletePas sudah hilang rasa hormat kepada ulama.
ReplyDeleteorang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama?
ReplyDeleteApalah nak jadi dengan nasib rakyat Kelantan yang menyokong PAS Kelantan setelah di kencing hancing oleh PAS yang kononnya PAS Kelantan hendak jadikan Kelantan sebagai negeri Serambi Mekah yang di tadbir secara Islam.
ReplyDeletePAS tak payah la nak mendabik dada mengaku kononnya cara pentadbiran Islam yang di lakukan mereka di Kelantan adalah satu kejayaan mereka kerana Kerajaan Negeri pentadbiran PAS Kelantan kini terpaksa patut pada kehendak DAP
ReplyDeleteTidak hairan la di sebabkan Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa turut kehendak DAP. Negeri Kelantan merupakan di antara negeri-negeri yang mempunyai masalah gejala sosial yang agak tinggi.
ReplyDeletePAS Kelantan gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pentadbir Negeri yang di amanahkan rakyat setelah gagal berusaha menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan terutamanya golongan-golongan anak muda yang terpaksa berhijrah keluar dari Kelantan untuk mencari pekerjaan.
ReplyDeletePAS Kelantan juga merupakan sebuah parti yang mempunyai ciri-ciri munafik kerana gagal menunaikan janji-janji yang di taburi kepada rakyat sejak 23 tahun menjadi pentadbir Negeri.
ReplyDeletePAS Kelantan bercirikan parti yang munafik adalah janji yang di taburi gagal di tunaikan setelah 17 tahun di janjikan.
ReplyDeletePelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang.
ReplyDeleteSegala kelemahan dan kekurangan PAS ini berpunca dari kelemahan urus tadbir dan ketidakmampuan untuk mengembangkan sumber pendapatan negeri. Akhirnya, pemimpin PAS Kelantan kembali kepada satu benda yang amat mereka pandai lakukannya, iaitu mengutip derma. Setelah puas mengutip derma dari tauke-tauke balak dan dari ahli partinya sendiri, sekarang rakyat Kelantan pula menjadi mangsa kutipan derma PAS.
ReplyDeletePAS tidak pernah khabarkan kepada rakyat bahawa, hampir setiap jalan di Negeri Kelantan, tidak kiralah jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah dibuat hasil ‘derma’ Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Bahkan projek jalan raya sepanjang 30 kaki untuk masuk ke rumah pimpinan-pimpinan PAS yang diberi kepada kontraktor berkopiah hijau itu juga datangnya dari wang pemberian Barisan Nasional.
ReplyDeleteBantuan yang disalurkan kerajaan kepada golongan nelayan atau petani dibuat secara berterusan dan bukannya bersifat bermusim seperti semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
ReplyDeleteKerajaan sentiasa prihatin dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan nelayan atau petani.
ReplyDeleteMaximus Ongkili menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak membawa pembangunan di daerah Kota Marudu, dan sebaliknya berkata "pembangkang buta hati" dan enggan menerima kenyataan.
ReplyDeleteBeliau berkata kawasan Parlimen Kota Marudu sudah melalui perubahan besar menerusi pelbagai program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteHampir setiap kampung di Kota Marudu menikmati infrastruktur asas yang disediakan oleh kerajaan menerusi inisiatif NKRA (bidang keberhasilan utama negara) terutama air graviti dan projek bekalan elektrik luar bandar.
ReplyDeleteKini hanya 30 kampung di Kota Marudu yang belum dimasukkan dalam kemudahan grid, dan kami sedang berusaha untuk menangani masalah penduduk yang terlibat.
ReplyDeleteSambil menyebut jalan berturap yang dibangunkan oleh kerajaan BN, termasuk projek jalan Kota Marudu-Marak Parak-Ranau membabitkan kos RM360 juta, beliau berkata dakwaan pembangkang itu tidak berasas.
ReplyDeleteSemua orang nampak pembangunan di sini, namun pembangkang pura-puramenafikannya seolah-olah tiada apa yang berlaku di Kota Marudu.
ReplyDeleteOngkili berharap penduduk di Kota Marudu tidak mudah teperdaya dengan propaganda pembangkang "yang hanya pandai mengktitik," namun tidak melakukan apa-apa untuk penduduk.
ReplyDeleteMengenai isu royalti minyak, beliau berkata ia sudah jelas dalam manfesto BN bahawa dana khas daripada kerajaan persekutuan BN sudah melepasi 20 peratus royalti yang dijanjikan Pakatan Rakyat kepada Sabah jika berjaya mengambil alih Putrajaya.
ReplyDeleteMengenai isu tanah di Kota Marudu, Ongkili berkata BN Sabah memandang serius perkara itu dan memasukkannya dalam manifesto tambahan memandangkan "urusan tanah merupakan isu sensitif kepada penduduk pribumi.
ReplyDelete