Yaman. Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.
Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya. "Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya. "Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik itu mahupun suaminya.
Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi. Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.
Warga Yaman meminta kerajaan menjatuhkan hukuman berat untuk sebuah keluarga selepas seorang anak perempuan yang baru berusia lapan tahun meninggal dunia di malam pertama perkahwinannya.
Gadis kecil itu ternyata dinikahkan dengan seorang lelaki dengan usia lima kali lebih tua darinya. Demikian berita dari harian terbitan Kuwait, Al Watan, Ahad (8/9/2013).
Gadis kecil bernama Rawan itu meninggal dunia diyakini akibat menderita luka di alat kelaminnya dan pelbagai pendarahan dalam.
Para aktivis hak asasi manusia di Yaman mendesak polis tempatan untuk menangkap pengantin lelaki, keluarga Rawan, dan membawa mereka ke mahkamah untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya.
Para aktivis berharap jika kerajaan menangani kes-kes yang berlaku di bandar Hardh, Wilayah Hajjah ini, maka boleh menjadi alasan kuat untuk menghentikan amalan perkahwinan awal di negeri itu.
Setelah harian Kuwait Al Watan menyiarkan kisah itu, para bloger di negeri kaya minyak itu mengecam keluarga Rawan dan pengantin lelaki.
Seorang bloger dengan identiti Angry Man berkata, si pengantin lelaki sangat layak dihukum seberat-beratnya kerana kejahatan yang dilakukannya.
"Semua yang menyokong jenayah ini harus dihukum," ujar Angry Man.
Bloger lain mengatakan, seharusnya keluarganya menyedari bahawa Rawan masih terlalu muda untuk berkahwin.
"Keluarganya dan pengantin lelaki seharusnya menunggu beberapa tahun sebelum menikahinya," kata bloger bernama Sad.
"Keadaan ini sangat tidak adil dan semua perkahwinan seperti ini harus dihapuskan meski mereka meyakini hal ini sebagai sebahagian budaya mereka," tambah Sad.
Sementara itu, bloger dengan nama Bu Omar mengaku sangat terganggu mengetahui kisah tragis Rawan ini.
"Keluarga Rawan bukan manusia. Mereka tak pantas mempunyai anak," kata dia. -kompas
Friday, September 13, 2013
Gadis Mati Di Malam Pertama Perkahwinannya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yaman, Pakistan dan Afghanistan...standard le tu. Kes2 seumpama ini kerap berlaku. Di Afghanistan nun,siap suroh isteri yg baru dikahwini jadi pelacur. Malah mmbabitkn mertua sekali dan gadis itu dikurung dan dibakar/disiksa kerana tak mau. Dahsyatkan.
ReplyDeleteGanas betul Pak Arab ni ......
ReplyDeleteYa ...Allah..selamatkanlah Negara-Negara Islam yang sepatutnya menjadi contoh kepada Negara-Negara yang bukan.
ReplyDeleteSemoga Allah merahmati Allahyarhamah Rawan. Amin.
ReplyDelete