Datuk Seri Najib Razak perlu jelaskan ke mana lesap RM52 bilion saham Bumiputera sebagaimana diakui Perdana Menteri itu pada 24 Mac 2011.
“Berapa bilion wang rakyat lesap kerana rasuah dan salah tadbir kerana tiga tahun lalu, Najib mengakui daripada RM54 bilion nilai saham diperuntukkan kepada Bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan masyarakat itu.
“Persoalannya ke mana hilang RM52 bilion saham itu,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.
Beliau merujuk pengumuman Najib sebelum itu yang mengunjurkan beberapa langkah kononnya untuk memperkasa ekonomi Bumiputera.
Antara lain, Najib mengumumkan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta, serta memperkenal Skim Permulaan ‘Entrepreneur’ Baharu Bumiputera (Superb).
“Sudah tentu mengangkat martabat Bumiputera cabaran besar buat Malaysia, namun PM dan Timbalannya perlu menjawab mengapa Bumiputera kekal lemah di bawah Umno yang memerintah sejak lebih 50 tahun lalu,” tegas Nik Nazmi.
“Najib juga harus menjelaskan mengapa jurang sosioekonomi masyarakat semakin melebar,” kata beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Beliau mendesak Najib tidak menyalahkan Bumiputera ekoran kegagalan golongan itu mencapai ekuiti 30 peratus dalam Dasar Ekonomi Bumiputera (DEB).
Katanya, ini kerana Umno seringkali mendakwa hanya parti itu layak memerintah Malaysia, manakala bagi yang menolak dianggap pengkhianat.
“Hakikatnya, Umno bertanggungjawab atas kelemahan Bumiputera. Rakyat sering menjadi mangsa kegagalan dasar Umno BN kerana parti itu mementingkan retorik.
“Pendekatan mereka hanya membelanjakan wang untuk semua masalah dengan harapan masalah itu kononnya selesai,” katanya.
Menurutnya, pengumuman Najib pada 14 September lalu sekadar menunjukkan kelemahan Bumiputera yang dimanipulasi Presiden Umno itu sebagai kempen menjelang pemilihan Umno Oktober ini. -KD
Wednesday, September 18, 2013
Mana Lesap RM52 bilion Saham Bumiputera?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya memang betul, terlalu ramai ushawan bumiputera yang betul berusha telah ditindas dan telah dihalangan untuk maju oleh Kerajaan Malaysia terutama pemimpin UMNO . . .
ReplyDeleteSaya ada bukti kukuh dan contohnya di Negeri Sabah ramai usahawan bumiputera Sabah di ibaratkan kais pagi makan pagi dan walaupun beratus juta peruntukan untuk membangunkan, memperkasa usahawan bumiputera Sabah tetapi HABIS semua peruntukkan itu telah dimakan oleh kakitanggan kerajaan.
cakap berkobar-kobar untuk bantu tetapi atas kertas saja la...tidak sampai kepada usahawan bumiputera terutamanya di sabah ni..hebah peruntukkan itu ini tapi sampai masa memohon cakap belum terima dan sebagainya lambat la.. fedap sudah mau dengar
ReplyDeleteTiap kali nak perhimpunan UmNO, atau PRU masa tulah macam agenda nak memperkasa, memperjuangkan HAK dll untuk BUMIPUTRA......lepas tu senyap aje...yang berjaya boleh dikira dari golongan mana? ...perbelanjaan pun tak tahu mana arah tujunya....tutup akaun duit dah habis...yang dapat ?/?? mana BUMInya...dan mana PUTRAnya.........
ReplyDelete