Friday, September 13, 2013

Najib : Utusan Malaysia suara lidah keramat Melayu

Najib mengatakan Utusan Malaysia suara lidah keramat Melayu. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 September, 2013.Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan bangsa Melayu di negara ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu.

"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Najib, Utusan ditubuhkan atas semangat kebangsaan yang tinggi dan sejarah membuktikan ia lahir atas jerih perih masyarakat Melayu.

"Peranan Utusan Malaysia diakui membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir ... memang benar jika dilihat sejarah, Utusan adalah milik Melayu yg begitu berjasa kepada negara," kata Najib, dan juga Pengerusi Umno.

Umno adalah pemegang saham majoriti Utusan Malaysia selepas diambil alih pada tahun 1961 walaupun mendapatkan bantahan termasuk mogok pekerja akhbar itu.

Najib dalam ucapan perasmiannya turut menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.

Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu.

Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut. - TMI

6 comments:
Write comments
  1. Utusan Malaysia adalah lambang kejatuhan Melayu dengan penaburan fitnah yang semakin berleluasa sehingga kerap kali kalah dimahkamah.

    ReplyDelete
  2. Lidah syaitan banyak yg suka sebab nafsunya kearah itu.Hanya Iblis shj yg bersekutu dgnnya.Melayu Haprak,Melayu Dayus menjadikan Utusan Melay.. sebagai talian hayat dan saluran propaganda murahan pihak pemerintah.Nama Melayu di hujung namanya patut dibuang sebab ianya tidak melambangkan Melayu Keseluruhannya dan hanya merosakkan Bangsa Melayu.Inilah akhbar melayu kampong dan tidak bagi melayu bandar.Busuknya bangsa melayu adalah kerana akhbar ini dulu kini dan selama-lamanya.Inilah surat khabar untuk ahli neraka.

    ReplyDelete
  3. duit utusan meloya banyak dah abih bayo saman fitnah...tu sebab jibby mta glc bli iklan kt utusan...hahaha...

    ReplyDelete
  4. Najib : MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI. Dah takde org nak tolong angkatkn.

    ReplyDelete
  5. Utusan Melayu saya buat alas untuk kucing tidur saja. Di situ kucing saya berak dan kencing

    ReplyDelete
  6. akhbar tembirang yg dpt tunjukajar drpd UMNgOk!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.