Wednesday, September 25, 2013

Video : Pak Cik "Guard" yang Dimaki Hamun Isteri Mat Yo.



Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.

Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.



Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawanMynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.

Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.

Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.

Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.

Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.

” Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.

” Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’ sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.

” Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya di sini hari ini.

Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian.

” Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.

” Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).

” Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.

Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.

“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.

Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai lambang kerabat diraja.




Sumber: MyNewsHub

14 comments:
Write comments
  1. lakinya baru main di liga m, belum lagi BPL [entah brp 'besar' lagi bininya]...

    ReplyDelete
  2. Mat Yo tu pun pukul pakcik tu sekali..Mat Yo mmg jantan dayus!

    ReplyDelete
  3. Kesian tenguk matyo tergamam melihat gelagat isterinya yg gelita mempunyai bakat makihamun org depan public....kalau good public speaking ok la jugak...bila dah kayaraya begini sifat manusia..sombung bongkak....tapi tak semua...hanya yg kacang lupakan kulit aje...akhirnya memalukan diri sendiri......

    ReplyDelete
  4. Lepas ni dengan kejadian tendang menendang ini dan bermaki-makian begini akan lenyap lah semua kekayaan kamu wahai MATYO dan lepas ni kita akan baca plakkk hal masalah rumahtangga dia plakkk ......

    ReplyDelete
  5. Mulut perempuan tu macam bertih jagung.. elok bg penampar je utk bg die berhenti berccakap benda xde asas..

    ReplyDelete
  6. Bodoh punya betina... uplod perangkap diri sendiri..

    ReplyDelete
  7. Memang Mat Yo dan bini dia kurang ajar.Dia ingat orang bekerja tu bola bapak dia orang ke?. Kurang ajar punya budak.

    ReplyDelete
  8. Allah Maha Mengetahui. Setiap yang baik dan jahat akan terbalas. Kalu baik...baiklah balasannya, begitulah sebaliknya......

    ReplyDelete
  9. kerja pengawal mungkin lebih ikhlas dan tiada rasuah dari jadi kaki booki bola; atau kerja pegawai tinggi mkereta besar ta[pi rasuah lagi jahat dan jahil dari pengawal.

    ReplyDelete
  10. Baru isteri pemain bola sudah perangai tak betul, macam orang gila. Tak tahu kalau jadi isteri menteri, habis Malaysia huru-hara. Saya ucapkan tahniah kepada pakcik Azman yg menjalankan tugasnya dgn betul.

    ReplyDelete
  11. Agak sayalah dia ni ada masalah dengan Mat Yo.....Mat Yo kan selalu main bola dan berasa letih.......Entah apa yang dia tak dapat dari Mat yo dia lepaskan perasaannya kat Jaga tu.....Cakaplah jerlah kat jaga tu nak apa......

    ReplyDelete
  12. Malaysia terkenal dgn budi bahasa alangkah baik nya kalau kita menghormati orang yang lebih tua daripada kita kepada yang berkenaan bayang kan kalau keluarga kita kena dgn kita insaf lah jadi kan pengajaran

    ReplyDelete
  13. mungkin bini mat yo ada masalah itu pasal mahu marah marah enda tentu pasal habis ubat kali tu

    ReplyDelete
  14. .Si isteri Mat Yo ..tu GILA ESEM.....sampai maki orang tua ...BODOH, isteri mat Yo tidak sedar yang mengeluar perkataan bodoh berkali-kali dia akan jadi BODOH. Masa ini beliau sentiasa ingat perkataan BODOH dalam otak bodoh bini Mat Yo. Ingat Mat Yo
    walau pun kesal....orang semua ingat siapa Mat Yo..Mat Yo apa kabar suami orang BODOH.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.