Friday, September 13, 2013

Lajim : Dr M Bohong, Tangkap & Siasat Dalang Projek IC Sabah

Keadilan Sabah membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memberi keterangan palsu pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah.

Pengerusinya, Datuk Seri Lajim Ukin menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar segera mencari dalang dalam projek IC memandangkan hanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh mengeluarkan kad pengenalan.

“Ini satu penipuan oleh Dr Mahathir. Beliau telah berdusta. Sebelum pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), beliau mengakui sebanyak 200,000 pendatang asing dari Filipina dan Indonesia yang beragama Islam telah diberikan kerakyatan.

“Semasa menjawab pertanyaan daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan beberapa NGO pada satu majlis sebelum PRU 13, Dr Mahathir turut menjelaskan ada dalang di sebalik projek IC tersebut.

“Kerajaan BN lambat bertindak dalam isu ini. Mereka seharusnya menangkap dalang projek ini lebih awal. Projek ini jelas memberi kewarganegaraan kepada warga asing yang belum layak menjadi warganegara,” katanya, lapor The Malaysian Insider.

Beliau turut menggesa parti komponen BN Sabah seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain yang menafikan berlakunya projek IC di negeri di bawah bayu itu agar segera membuat laporan polis.

Katanya, projek IC telah mencetuskan pelbagai persoalan seperti nama mereka yang memperoleh kad pengenalan menerusi projek tersebut muncul dalam daftar undi beberapa PRU lepas.

“Sebelum ini, banyak nama yang telah disebut berkait dengan projek IC. Kita harus selesaikan kes ini dengan menangkap mereka seperti bekas Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Kebanjiran pendatang asing di Sabah bukan sahaja memberi kesan buruk kepada negeri itu tetapi nama baik Malaysia secara umumnya.

Perniagaan di negeri Sabah kini banyak dimonopoli pendatang asing ini kerana mereka mampu menawarkan harga dengan lebih murah,” katanya dipetik. -KD

184 comments:
Write comments
  1. Ada berani nak tangkap Mahathir, Datu Mustapha atau para pensubahat yg buat onar ni ? Tangkap le kalau berani. Sama dgn Taib Mahmud di Srwak. Balak,tanah dan samseng yg brmaharajalela di Srwak tu bukn apa, Taib punya angkara le tu. Camni pun BN boleh hidup,heran aku rakyat Malaysia. Sabah dgn ic palsu dan Srwak dgn balak tanah habis dikebas Taib,masih mnyokong BN lagi. Bg BR1M RM500/RM1000...BN sapu RM1b.

    ReplyDelete
  2. bab begini rakyat sabab suka sangat projek i/c..

    ReplyDelete
  3. Dr Mahathir Kutty bin Mohamed Kutty,...
    Seorang pemimpin yang amat licik, bijak berbicara, berwawasan, ... juga lidah bercabang.
    Bagi dia, yang baik tu saja dia yang buat manakala yang jahat tu orang lain yang buat.
    Projek IC berlaku waktu dia memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, mana mungkin dia tak tahu tentang hal ini? Waktu tu ada orang lain yang lebih berkuasa dari diakah?
    Waktu operasi lalang pun, bukan dia yang arah. Yang dok arah tu Ketua Polis Negara????? walaupun waktu dia adalah Menteri Dalam Negeri. Ini mungkin KPN memaksa dia menandatangani surat penangkapan kot.
    1998, ketika ekonomi negara jatuh merudum, yang salah ialah Anwar Ibrahim??? Sebab tu dia pecat dan ambil alih jawatan Menteri Kewangan dan terus tebus MISC. Siapa punya MISC tu ya?Aku amat simpati dengan Mahathir ni. Kubur dok lambai tangan kat dia tapi dia masih lagi tak sedar diri. Bayangkanlah kalau seorang manusia yang enggan mengaku keturunan bapa dia, apa lagi yang ada pada dia? Integriti ada? Kebolehpercayaan? Telus? ...
    Udahlah dok layan orang tua ni. Kita doa agar dia diberi petunjuk dan hidaya dari Allah swt. Kasihan kalaulah seorang pemimpin "Melayu" yang hebat dan tersohor menamatkan sisa-sisa hidup dengan .....Aku tak kata Mahathir tipu tapi tuan-tuan nilailah dengan waras..rakyat sabah tertipu..

    ReplyDelete
  4. wahai sabahan, undi kagi bah bn sampai kiamat baru tau.kebodohan sendiri.siapa suruh kasi manang itu bn.tanah habis di sapu oleh vvip bn.padan muka ko orang sabah

    ReplyDelete
  5. anon. September 14, 2013 at 1:41 PM :

    jumlah kerusi parlimen sabah hanyalah 25/222...samada kau yg bodoh @ sy yg gila!!!

    ReplyDelete
  6. Setiap perkara yang benar atau palsu pasti akan terbukti disuatu masa akan datang, hanya keadilan yang sebenar2nya yang diperlukan

    ReplyDelete
  7. Projek IC itukan projek rahsia antara penjahat, mana boleh bagitau orang baik. Kalau dah bagitau tentulah itu bukan projek rahsia lagi

    ReplyDelete
  8. Saya amat bersetuju dengan anda katakan bahawa Mahathir bersikap angkuh dan tidak mahu menjawab pertanyaan dan soalan secara jujur tetapi cuba menafikan penglibatannya dengan cuba menyalahkan semua pihak termasuk Anwar Ibrahim.

    Dan hanya setelah berbalah sahaja Anwar mahu sedikit sebanyak bercerita tentang kelemahan Dr Mahathir dahulu. Sesungguhnya Mahathir dan Anwar bersama-sama melakukan kesalahan ini atau setidak-tidaknya Anwar membiarkan sahaja kedurjanaan itu berlaku.

    Dan saya juga bersetuju dengan pandangan anda....Bagi saya kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan Anwar juga terlibat dengan mendiamkan dirinya itu adalah benar.

    Anda boleh saja mengeluarkan pendapat bahawa apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir merupakan satu tindakan ‘treason’ atau tindakan menderhaka kepada negara yang tidak sepatutnya ada pihak yang menafikannya.

    Tapi anda tidak boleh meletakkan hukuman keatasnya kerana dia adalah wakil dari parti UMNO Baru. Jika anda tidak faham, UMNO Baru itu adalah klon dari UMNO Lama yang ditaja oleh British.

    Jika anda masih keliru maksud diatas...Tun Mahathir itu adalah pewaris penjajah British yang mengambil tindakan penjajahan keatas Sabah secara berhemah.

    Jika anda tidak nampak... bahawa ketika Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan menjadi Ketua Menteri Sabah ke-7 telah merancang akan menarik keluar Sabah dari gagasan Malaysia. Cadangannya itu telah disokong oleh pribumi Sabah yang majoritinya adalah penganut agama kristian dari Philipina dan Indonesia.

    Namun beliau gagal menguasai Sarawak secara direct kerana perbuatan itu telah dikesan oleh Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan beliau telah menghalang kemasukan UMNO Baru kenegeri itu.

    Jika tindakan tegas tidak diambil ketika itu, apakah Sabah masih bersama Malaysia hari ini, seperti yang berlaku keatas Singapura ?

    Suka atau tidak suka, penjajahan mesti dilakukan demi kepentingan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  9. Anwar membiarkan kedurjanaan itu adalah di sebabkan beliau takut Mahathir menyingkirnya. Saya percaya Anwar hanya menurut kehendak Mahathir sehingga sampai suatu ketika dia dapat bertindak keatas kedurjanaan Mahathir "memberi kad pengenalan kepada warga asing".

    Sehingga sekarang dia tidak dapat membendung gejala itu hingga sekarang. Cuba Tuan siasat kenapa Kerajaan sekarang terus memberi dan membenar ramai warga asing masuk negara diwaktu sekarang. Menuduh Anwar dengan perkataan durjana melihatkan Tuan masih bersekongkol dengan umno membiarkan perkara ini terus berlaku. Adakah salah Anwar lagi sedangkan beliau bukan kerajaan yang memerintah sekarang?

    ReplyDelete
  10. This man scared jail to death

    ReplyDelete
  11. AWAITING ANWAR'S TESTIMONIAL

    ReplyDelete
  12. Nampaknya lajim pasti kan timbulkan satu masalah lagi

    ReplyDelete
  13. Mahadi bukan suda berpaling tadah ka

    ReplyDelete
  14. Apa boleh buat la labu? Nyanyuk

    ReplyDelete
  15. Responding to questions from the leaders of the People's Alliance and a number of NGOs in a ceremony before GE-13, Dr Mahathir also said there behind the IC projects.

    ReplyDelete
  16. Whatever it is I suppose it is for the interest of the national economy.

    ReplyDelete
  17. This project clearly give citizenship to foreigners who are not eligible to become a citizen, "he said, according to The Malaysian Insider.

    ReplyDelete
  18. Business in the state is now much monopolized immigrants because they are able to offer cheaper price with, "he quoted.

    ReplyDelete
  19. The government should capture the mastermind of this project earlier.

    ReplyDelete
  20. lajim ada lagi yang kau lupa..si anwar ibrahim...mesti mau tangkap juga dia..

    ReplyDelete
  21. kalau anwar ni tidak terlibat, kenapa dia bantah penubuhan RCi tahun 1994? lajim takkan lupa sudah? atau pura2 bodoh?

    ReplyDelete
  22. aik, lajim...macamana kau tahu si mahathir menipu? kau ada super power kah? kau ni lajim...jangan2 kau cuba menipu untuk si anwar ni kan..kau tu katak lah lajim...

    ReplyDelete
  23. Scepticism over the integrity and independence of the Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate an extraordinary increase in the population of Sabah has so far been proven wrong.

    ReplyDelete
  24. witnesses who had testified in SAbah's RCI thus far have given evidence and statements with ease and without fear or favour.

    ReplyDelete
  25. All parties should hold on to their opinion as their comments during the RCI hearing could intimidate incoming witnesses and prevent them from giving evidence without fear or favour.

    ReplyDelete
  26. No one should make any conclusion at this point in time because there are still many more witnesses to come and members of the RCI need to be given ample space and time to complete their investigation.

    ReplyDelete
  27. Najib was genuinely implementing political transformation as evident in the government decision to abolish several laws which have been described by various quarters as draconian such as the Internal Security Act (ISA) and the University and Colleges Act and the like.

    ReplyDelete
  28. The establishment of the RCI was not a mere slogan but implemented with vigour within the underlying theme of transformation, namely political transformation, government transformation and economic transformation.

    ReplyDelete
  29. Surely, Datuk Seri Najib Tun Razak as the Prime Minister must have been confronted with various challenges in arriving at a decision to establish the RCI.

    ReplyDelete
  30. However the challenges are understandable because the extraordinary increase in the population of Sabah is historical in perspective all of which happens during the tenure of two previous administrations.

    ReplyDelete
  31. RCI masih dalam perkembangan untuk membuat siasatan yang terperinci.

    ReplyDelete
  32. RCI akan membuat penilaian sama ada penerangan Mahathir benar boleh diharapkan.

    ReplyDelete
  33. Mahathir & Anwar yang berkuasa masa itu, tidak mungkin juga Mahathir tidak tahu apa yang berlaku tentang projek ic ini.

    ReplyDelete
  34. RCI masih mengesan bukti yang kukuh. Lebih banyak saksi akan dibawa untuk memberi penerangan.

    ReplyDelete
  35. Jangan membiarkan projek ini terus merebak sehingga ke generasi yang akan datang.

    ReplyDelete
  36. Saluran mana mereka mendapatkan ic ini? Siapakah yang meluluskannya?

    ReplyDelete
  37. RCI akan mencari bukti yang sah melalui penerangan saksi yang begitu banyak. Semoga saksi ini dapat memberi kerjasama yang terbaik.

    ReplyDelete
  38. Mahathir sanggup memberi kerjasama, ini adalah keadaan yang baik berbanding yang lain yang tidak sanggup kerjasama.

    ReplyDelete
  39. Kerajaan akan teruskan usaha untuk menanggani isu PATI yang menghantui seluruh negara.

    ReplyDelete
  40. Semua penerangan dari jumlah saksi yang banyak ini akan dinilai.

    ReplyDelete
  41. Pembohongan akan terbongkar akhirnya.

    ReplyDelete
  42. Mahathir sudah memberi kerjasama yang terbaik. Penerangan beliau juga dibuat. RCI akan membuktikan sama ada penerangan beliau boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  43. They make use of the foreigner to stay in power. This is an insane project.

    ReplyDelete
  44. w/bagamaimana pun, rakyat sabah tetap ingat pada tahun 1994, anwar membantah penubuhan RCI..

    ReplyDelete
  45. lajim macam banyak tahu saja pasal projek IC...jangan2 dia ni pun terlibat ni...

    ReplyDelete
  46. kau siapa o lajim mahu menilai sama ada mahathir berbohong atau tidak? bos kau si anwar tu pun berbohong..dia cakap mahu bersara tapi sampai sekarang tidak juga...kau sendiri pun penipu juga lajim...jadi kalau diri sendiri tu pun tidak jujur, jangan memandai-mandai menilai orang lain lajim..

    ReplyDelete
  47. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin negeri Sabah akan mencapai tahap pembangunan dan kemajuan lebih pesat di bawah Malaysia bagi tempoh 50 tahun akan datang.

    ReplyDelete
  48. Najib yang menyifatkan Sabah sentiasa 'dekat di hati beliau' berkata kejayaan seperti itu boleh dicapai sekiranya rakyat negeri itu terus memilih kerajaan negeri yang sama dengan kerajaan di peringkat persekutuan.

    ReplyDelete
  49. "Kalau kita dah berjaya 50 tahun untuk membawa Sabah ke hari ini, kita berazam 50 tahun akan datang (Sabah) lebih hebat...ini janji kita pada sambutan yang bersejarah malam ini yang mendapat sambutan hangat dari rakyat jelata.

    ReplyDelete
  50. "Kita berikrar kepada rakyat Sabah yang merupakan sebahagian Malaysia untuk terus mempertahankan kemerdekaan Sabah agar setiap inci bumi bertuah ini akan mencapai kemajuan itu.

    ReplyDelete
  51. "Kita berikrar bahawa kita akan bersama-sama 50 tahun lagi. Sabah bertukar wajah dan tujuh tahun lagi Malaysia mencapai status negara maju dan berharap Sabah juga mencapai status negeri maju," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Malaysia dan perayaan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia di Taman Prince Philip, Tanjung Aru di sini malam Isnin.

    ReplyDelete
  52. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin yang juga Pengerusi Induk Sambutan.

    ReplyDelete
  53. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun setiap tahap pembangunan akan memakan masa kerana saiz negeri Sabah yang luas, namun kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini terus terbela.

    ReplyDelete
  54. Beliau menegaskan bahawa kerajaan BN akan bekerja keras untuk mencapai kemajuan dan merealisasikan janji dan hala tuju terbaik kepada rakyat Sabah yang menyokong BN pada pilihan raya umum ke-13 yang lepas.

    ReplyDelete
  55. Terdahulu, perdana menteri merasmikan Ekopembangunan Tanjung Aru dan pelancaran wang syiling emas 50 tahun sempena sambutan Hari Malaysia ke-50 tahun.

    ReplyDelete
  56. Sempena sambutan yang dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung itu, turut diadakan persembahan khas 50 tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia yang menampilkan tujuh segmen dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

    ReplyDelete
  57. Anonymous said...
    September 14, 2013 at 1:41 PM
    wahai sabahan, undi kagi bah bn sampai kiamat baru tau.kebodohan sendiri.siapa suruh kasi manang itu bn.tanah habis di sapu oleh vvip bn.padan muka ko orang sabah

    ko bukan Sabahan, klu xpun isu tanah di Sabah ni xberapa kedengaran bah, sbb Sabah ni luas...ko ni mesti anak kna buang xda kna bagi tanah pusaka kn alasan kena ambil kerajaan..jd siapa yg padan muka???

    ReplyDelete
  58. akal said...
    September 19, 2013 at 12:26 PM
    lajim macam banyak tahu saja pasal projek IC...jangan2 dia ni pun terlibat ni...

    ko engat knpa dia tarik diri dari jd saksi tuk RCI..penakut bah tu...takut kenapatan...

    ReplyDelete
  59. Pumae said...
    September 19, 2013 at 8:23 AM
    Kerajaan akan teruskan usaha untuk menanggani isu PATI yang menghantui seluruh negara.

    sbb tu la Najib meluluskan penubuhan RCI tuk tangani masalah PATI di Sabah

    ReplyDelete
  60. Anwar testimonial???
    can't wait any longer~~~

    ReplyDelete
  61. Jamaludin said...
    September 18, 2013 at 8:50 PM
    Saluran mana mereka mendapatkan ic ini? Siapakah yang meluluskannya?

    tu lah..ingat senang ka dapat IC ni...kna ikut peraturan yg betul barula dapat..tu pun kna ambil masa lg..

    ReplyDelete
  62. semuanya harus disiasat. RCI perlu siasat dengan detail.

    ReplyDelete
  63. Kita tidak perlu memberikan mereka kewarganegaraan

    ReplyDelete
  64. Lajim tidak perlu mempersoalkan keupayaan RCI untuk menyiasat masalah PATI di Sabah.

    ReplyDelete
  65. RCI adalah badan berwibawa yang ditauliahkan untuk menyiasat masalah pendatang asing di Sabah dan sepatutnya dihormati semua pihak.

    ReplyDelete
  66. Terpulanglah kepada RCI untuk mengadili sama ada seseorang yang dipanggil memberi keterangan itu bercakap benar atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  67. Pemimpin-pemimpin politik terutama sekali daripada pembangkang tidak perlu campur tangan dengan urusan RCI

    ReplyDelete
  68. Lajim kelihatan cuba memperkecil-kecilkan peranan dan tanggungjawab RCI.

    ReplyDelete
  69. BANYAK BETUL TULISAN ORANG BARISAN NASIONAL (UMNO) 'TAIK' DI SINI INI, MENYAMPAH ORANG BACA...........

    ReplyDelete
  70. pencacai PKR marah sudah...marah pasal diorang tu salah...tapi anggap diri sendiri betul..haha

    ReplyDelete
  71. lajim, si anwar cakap dia langsung tidak pernah tahu pasal projek IC sebelum ini...tapi kan lajim, hairan juga kan sebab anwar pernah bantah cadangan penubuhan RCI untuk siasat projek IC pada tahun 1994..macamana tu? cakap tidak tahu tapi pernah pula bantah...bukan anwar hipokrit dan menipu kah tu dalam keterangan dia? cuba kau ulas sikit lajim...kau ulas saja di sini lajim..

    ReplyDelete
  72. SABAH BULI KASI KALAH BN, DGN SYARAT.. 1 LWN 1.. tida payah la pemimpin2 parti lain berebut dlu.. kasi kalah BN dlu, baru atur..

    ReplyDelete
  73. yang penting di sini cari dalang yg buat projek IC tu, lepas tu baru basmi semua warga haram tu.. kalau masing2 saling tuduh menuduh, sampi 10 keturunan warga haram pun tidak selesai2.. mahakutty PM time tu, sepatutnya dia la bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  74. Jika terdapat sebarang usaha pihak pembangkang untuk menyekat pembangunan luar bandar, harus dihentikan

    ReplyDelete
  75. pembangkang memasuki kawasan luar bandar untuk meraih sokongan politik dan mengganggu kemajuan rakyat

    ReplyDelete
  76. BN mengambil perhatian terhadap perkembangan politik pembangkang di pedalaman sejak kini.

    ReplyDelete
  77. BN masih menerima sokongan tinggi di luar bandar

    ReplyDelete
  78. Polis Marin sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk membantu agensi penguat kuasa lain dalam operasi bersepadu mengesan dan menahan pendatang tanpa izin

    ReplyDelete
  79. Polis Marin mengawal perairan negara dari sebarang pencerobohan anasir asing termasuk kemasukan pendatang asing tanpa izin terutamanya dari negara jiran.

    ReplyDelete
  80. Kesediaan pendatang asing tanpa izin membayar sebarang amaun untuk mendapatkan IC Malaysia telah membawa kepada kewujudan sindiket pemalsuan IC di Sabah


    ReplyDelete
  81. memperoleh IC merupakan strategi pendatang asing tanpa izin untuk kelangsungan hidup di Sabah dan mereka bersedia membayar harga tinggi untuknya.

    ReplyDelete
  82. memiliki IC Malaysia akan memudahkan mereka di sini kerana terdapat banyak kelebihan dengan memiliki IC

    ReplyDelete
  83. PATI saudara-mara yang akan membantu menjamin keselamatan mereka apabila mereka masuk ke negeri ini menerusi saluran tidak sah.


    ReplyDelete
  84. Lajim mahu menyuruh kerajaan tangkap Mahathir? Dulu semasa dia belum LOMPAT dari BN ke PKR ada dia berkata-kata begini ke??? Dasar talam dua muka.

    ReplyDelete
  85. Mahathir juga janganlah berdolak-dalik dalam memberikan keterangan, sekejap cakap ada, sekejap cakap tiada.

    ReplyDelete
  86. Semasa Lajim dalam BN, ada dia buat laporan Polis ke? Anak dia terlibat rasuah ada dia kisah ke?

    ReplyDelete
  87. Lajim x keterangan ka?

    ReplyDelete
  88. Saya cabar Lajim membuat laporan polis kepada Anwar, kerana dia juga terlibat dalam isu projek i.c ini, 20 tahun yang lalu dia tahu ada kumpulan khas... tapi dia hanya berdiam diri...

    ReplyDelete
  89. Why he didnt been called to testify?

    ReplyDelete
  90. Orang tua nyantuk ni layak bersara dari dunia politik, semua kenyataannya hanya menghuru-harakan negara, begitu juga dengan tuan si Lajim tu Anwar yang hanya tahu menghuru-harakan Negara.

    ReplyDelete
  91. R.C.i adalh jasa parti komponen BN, & mendapa sokongan dari semua parti komponen BN yang lain termasuk Ketua menteri... ini bukan mudah dilaksanakan, tapi dengan adanya Najib sebagai perdana Menteri Malaysia.... R.C.i dapat diluluskan.

    ReplyDelete
  92. Lajim ni hanya tahu bercakap kosong... hoi lajim... Kau buat la laporan polis terhadap Anwar kerana menuduh kerajaan pasal 40k bangla, & isu blackout.

    ReplyDelete
  93. This is going to rock the world

    ReplyDelete
  94. Semua yang dikatakan oleh Lajim disini adalah untuk melaga-lagakan pemimpin BN, tapi dia tidak sedar yang partinya sendiri sedang tenat,

    ReplyDelete
  95. Saya Cabar Lajim untuk membuat laporan polis terhadap Anwar kerana penipuannya dalam R.C.i

    ReplyDelete
  96. Lajim telah dibenci oleh semua pencacai Anwar yang lain kerana dia telah dilantik sebagai ketua pembangkang, & sekarang dia mahu menyuruh BN membuat laporan terhadap Mahathir, BN bukan parti yang terlalu ikut cakap seseorang tanpa usul periksa, tapi BN menilai, & jika berlakunya provokasi... ianya tidak akan dilayan.

    ReplyDelete
  97. Dia ni asyik nak kenakan orang kan

    ReplyDelete
  98. The main culprit has to be charged

    ReplyDelete
  99. Mahathir berpenyakit

    ReplyDelete
  100. Banyak orang berbhong skrg ni

    ReplyDelete
  101. So how to make them confess?

    ReplyDelete
  102. Mahathir has urged delegates to choose their leaders wisely

    ReplyDelete
  103. whose name has been linked to a project which allegedly issued Malaysian identity cards to illegal immigrants, has to say.

    ReplyDelete
  104. opposition parties aimed to discredit the government

    ReplyDelete
  105. There is a need to review all the Malaysian identity cards which were issued without going through the necessary process

    ReplyDelete
  106. huge responsibility in ensuring that

    ReplyDelete
  107. Mahathir who was scheduled to give evidence

    ReplyDelete
  108. they accused the government of cheating

    ReplyDelete
  109. this was because of the evidence and facts revealed through the RCI on illegal immigrants in Sabah


    ReplyDelete
  110. the leadership calibre needed by Umno

    ReplyDelete
  111. RCI adalah kerajaan punya.... tak akan ada kesudahannya nanti bodoh.... apa tindakan selepas selesai RCI nih??????? tak ada akhirnya najib akhirnya ikut apa yang si kuty nih buat ......

    ReplyDelete
  112. RCI tak ada kuasa memutuskan samada orang2 yang di soal itu ditahan atau tidak.... kenapa tak serahkan kepada polis sahaja, mereka yang ditanya dan mengaku terlibat... contohnya mereka yang mengaku menerima ic projek tu....

    ReplyDelete
  113. Lajim Ukin yang mana popularitinya semakin menurun sejak keluar daripada umno

    ReplyDelete
  114. Lajim terpaksa "angkat bakul" sendiri selepas popularitinya sudah dibakul-sampahkan oleh rakyat Sabah yang muak dengan perjuangan palsu beliau.

    ReplyDelete
  115. Patutlah ramai adun pembangkang Sabah menyokong Lajim Ukin mengetuai mereka. Malah, parti paling menyerlah dikalangan pembangkang iaitu DAP, juga sanggup "menikam" rakan sendiri semata-mata mahu memastikan Lajim Ukin kekal sebagai ketua mereka. Sungguh mengherankan apabila Lajim yang baru sahaja menyertai pembangkang amat mudah dilantik ke jawatan ketua pembangkang Sabah, sedangkan masih ramai pemimpin pembangkang di negeri ini yang lebih layak menyandang jawatan tersebut berbanding dengan Lajim. Jika dikatakan Lajim mempunyai pengaruh yang kuat di Sabah, pemimpin pembangkang lain juga memiliki pengaruh yang sama kuatnya, malah mungkin lebih hebat dari Lajim.. atau jika dikatakan Lajim berpengalaman, ramai lagi ahli-ahli politik pembangkang yang jauh lebih berpengalaman dari beliau terutamanya dalam kerja-kerja membangkang.

    ReplyDelete
  116. Lajim cuba menggunakan sebaik-baiknya akuan bersumpah beliau untuk menghentam kepimpinan kerajaan negeri Sabah sekaligus untuk mempromosikan diri beliau sebagai pemimpin yang bersih, telus dan berintegriti.

    ReplyDelete
  117. Walau macam mana cara sekalipun Lajim cuba mengangkat dirinya sebagai pejuang tulin Sabah dengan harapan agar diberikan peluang sekali lagi oleh rakyat, saya tidak yakin bahawa usaha Lajim itu akan membuahkan hasil selepas pengabaian demi pengabaian dilakukan beliau terhadap penduduk kurang bernasib baik di Beaufort.

    ReplyDelete
  118. Lajim memiliki kekayaan yang sungguh luar biasa. Bayangkan sahaja Lajim dengan mudah menghulurkan RM50 ribu hanya untuk membeli surat cinta Anwar. Entah apa yang istemewanya dengan surat cinta tersebut sehingga Lajim sanggup mendapatkannya dengan harga begitu mahal

    ReplyDelete
  119. skandal rasuah beliau sejak memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri dan parti. Malah, menurut RPK Lajim keluar meninggalkan umno juga didorong oleh sikap tamak beliau yang menuntut balasan berbentuk wang ringgit bagi membayar hutang-hutangnya serta menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya jawatan Ketua Menteri Sabah.

    ReplyDelete
  120. Lajim berbelit-belit lidah beliau menafikan bahawa kerajaan BN berjaya membawa pembangunan di negeri ini, berbelit-belit juga lidah Lajim Ukin menuduh kerajaan tidak menyalurkan peruntukkan kepada kawasannya (Beaufort) sehingga banyak kemudahan prasarananya gagal dinaik-taraf.

    ReplyDelete
  121. Belumpun menjadi Ketua Menteri, Lajim sudahpun menunjukkan ciri-ciri mendahulukan kroni dan membelakangkan rakyat. tidak heranlah bilamana orang tua kemaruk jawatan Ketua Menteri ini berkeupayaan menarik sokongan dikalangan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti DAP walaupun persekongkolannya dengan puak-puak terdesak itu baru sahaja bermula.

    ReplyDelete
  122. Lajim tidak boleh dijadikan Ketua Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kerana terlalu banyak skandal rasuah beliau yang menurut RPK akan didedahkan pada bila-bila masa sebaik penamaan calon dibuat.

    ReplyDelete
  123. Lajim Ukin cuba menonjolkan dirinya benar-benar memberikan sumbangan kepada penduduk Beaufort, agaknya beliau telah terlebih belit sehingga tanpa sedar beliau terbelit leher sendiri.

    ReplyDelete
  124. Kenyataan Bekas PM Mahathir Mohamad sejak akhir2 ini tidak sewajarnya dipandang remeh dari setiap pimpinan BN di peringkat Cawangan, Bahagian hinggalah barisan Majlis Tertinggi.

    ReplyDelete
  125. Menerusi 22 tahun pengalaman mentadbir Negara dan Parti, sudah pasti beliau individu paling releven memberi ramalan paling tepat dalam melihat masa depan lanskap politik di Malaysia.

    ReplyDelete
  126. Apatah lagi rentetan kronologi penglibatan politik satu2 nya Pemimpin Tertinggi UMNO yang lahir dan dibesarkan dari kalangan golongan kebanyakan ini. Ketegasan prinsip tidak dipamer menerusi teriakan di pentas. Akan tetapi terkenal dengan nada sinis sebagai peringatan buat parti dan pemerintah.

    ReplyDelete
  127. Beliau menegaskan walaupun BN masih menang, namun kemenangan tersebut disifatkan "kosong" kerana sebuah kerajaan yang berwibawa memerlukan kemenangan majoriti besar dalam Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  128. dalam sistem demokrasi, kerajaan yang lemah amat mudah diserang dan kekuatan mereka akan terus merosot jika tidak berani bertindak.

    ReplyDelete
  129. kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah.

    ReplyDelete
  130. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.

    ReplyDelete
  131. Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

    ReplyDelete
  132. ADAKAH TUN MAHATHIR DAH JADI PERDANA MENTERI PADA TAHUN 1975?

    ReplyDelete
  133. pada tahun 1975, Tun Dr. Mahathir hanyalah seorang Menteri Pelajaran (dari tahun 1974-1978)

    ReplyDelete
  134. Tun Dr. Mahathir dilantik oleh Tun Abdul Razak sebagai Senator (1973) selepas kemasukan kembali beliau dalam UMNO pada tahun 1972

    ReplyDelete
  135. UMNO pula memasuki Sabah pada tahun 1994. Pada 15 Julai 1975, Naib Presiden USNO, Haris Salleh dan Tun Fuad menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Tun Fuad (nama baru Donald Stephens yang memeluk Islam pada tahun 1971) kemudiannya meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri untuk memimpin BERJAYA.

    ReplyDelete
  136. Mahathir was willing to cooperate , this is a good situation compared to others who are not willing to cooperate.

    ReplyDelete
  137. All descriptions of the large number of witnesses to be evaluated.

    ReplyDelete
  138. Mahathir is the best cooperative. His explanation also made. RCI will prove whether his explanation credible.

    ReplyDelete
  139. They make use of the foreigner to stay in power. This is an Insane project.

    ReplyDelete
  140. The government will continue efforts to address the issue of illegal immigrants who haunt the country.

    ReplyDelete
  141. Sejauh mana Lajim menyorok. Kata orang, tak kan ada asap jika tiada api. Keadaan ini melanda Lajim Ukin

    ReplyDelete
  142. tindak tanduk Lajim dan Bumburing secara terus menerus dicurigai, kerana, peluang yang diberikan oleh pucuk pimpinan untuk berbincang bagi menyelesaikan unek-unek dalam hati kedua-dua mereka, tidak digunakan, akan tetapi tindakan mereka secara terbuka secara terus menerus menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  143. Kenapa Lajim dan Bumburing meninggalkan BN? Banyak spekulasi yang dibuat mengenainya. Daripada kekecewaan tidak mendapat apa yang dihajati di dalam BN kepada janji yang diumpan oleh pihak sebelah kepada tuduahan bahawa BN gagal mentadbir negara. Apa pun sebabnya, itu adalah hak kedua-dua pemimpin tersebut. Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam perjuangan politik mereka

    ReplyDelete
  144. Pengaruh beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi kerana kekuatan parti UMNO yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort. Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. Mereka mengundi parti bukan indidvidu. Sekadar seorang individu tidak akan dapat menjamin kepentingan mereka terjamin.

    ReplyDelete
  145. pengeluaran dokumen pengenalan diri itu didalangi sindiket yang turut membabitkan pegawai JPN bagi mengaut keuntungan.

    ReplyDelete
  146. Abd Rauf mengaku mengeluarkan 6,305 kad pengenalan dan mendapat RM167,300. Beliau turut mengaku ia bagi mengaut keuntungan dan tidak beritahu ada mendapat arahan pihak tertentu

    ReplyDelete
  147. bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamaruddin yang ditemu bualnya pada 1996 mengaku mengeluarkan 16,000 resit 1/9 (resit sementara kad pengenalan) dan resit 1/11 (resit sementara kad pengenalan hilang) kepada warga Indonesia, Filipina, Pakistan dan India. Ramli beritahu resit itu dijual RM250 setiap satu dan mereka mengumpul lebih RM1 juta hasil daripada penjualannya

    ReplyDelete
  148. Ramli beritahu 14,000 resit diberi secara berkelompok kepada kakitangan JPN lain, manakala 2,000 lagi diserahkannya sendiri kepada individu yang menemuinya di pejabat.

    ReplyDelete
  149. Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Sabah memberi
    keterangan bahawa dia dan yang lain-lainnya menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang ketika itu merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir, untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

    ReplyDelete
  150. niat tindakan mereka itu adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah dan untuk memastikan bahawa mereka akan mengundi untuk Umno dalam pilihan raya 1994 di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  151. mereka tidak memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tetapi memberi mereka resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

    ReplyDelete
  152. dalam keterangannya, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin yang menggantikan Abdul Rauf, mendakwa operasi itu bermula hampir dengan tarikh pilihan raya.

    ReplyDelete
  153. Ramli mendakwa operasi itu dijalankan selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

    ReplyDelete
  154. Ramli mendakwa beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

    ReplyDelete
  155. Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi

    ReplyDelete
  156. saksi ke 187 Mantan Pemimpin PBS Dr Chong Eng Leong dan Saksi ke-188 mantan Setiausaha Kerajaan negeri Sabah Tan Sri Simon Sipaun di mahkamah Kota Kinabalu, berkaitan RCI Pati Sabah, lebih banyak menjurus kepada perasaan dendam.

    ReplyDelete
  157. jawatan kuasa khas bagi mencari pendatang tanpa izin untuk dijadikan ahli Umno dan seterusnya menjadi pengundi; memperbanyak pengundi berketurunan "melayu" untuk membolehkan Umno bertapak di Sabah, serta usaha menjatuhkan kerajaan PBS yang diketuai oleh orang kristian dan "agenda Persekutuan" untuk menjadikan Sabah sebuah negeri islam dengan menggalakkan muslim dari Filipina dan Indonesia untuk datang ke Sabah- semuanya berunsur dendam dan persepsi.

    ReplyDelete
  158. Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991, atas sebab jemputan Tun Datu Mustapha untuk menggantikan Parti Usno. Faktor penyebab kepada kemasukan Umno ke Sabah, ekoran tikam belakang Parti PBS kepada BN pada ambang PRU-1990; apabila parti itu keluar BN untuk bersengkokol dengan Pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  159. Pembubaran Parti Usno adalah untuk membolehkan semua ahli parti itu menyertai Umno secara enblock; bukannya seperti mana dakwaan yang diutarakan di Mahkamah RCI Pati Sabah, bahawa wujudnya satu Jawatan Kuasa untuk mencari penduduk "melayu" bagi membolehkan Umno bertapak.

    ReplyDelete
  160. Pasukan Siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah menerima kerjasama baik daripada Kerajaan Negeri.Demikian menurut Ketua Pasukan Siasatan suruhanjaya itu, Superintenden Mohd Azman Ahmad Sapri.

    ReplyDelete
  161. Tiada sebarang tindakan diambil terhadap mana-mana individu sejak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing tanpa izin di Sabah dijalankan.

    ReplyDelete
  162. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kerajaan akan hanya mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam penyelewengan projek pemberian kad pengenalan (Projek IC) palsu kepada rakyat asing di Sabah sebaik sahaja laporan penuh daripada RCI disiapkan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  163. Suruhanjaya itu yang sepatutnya berakhir pada 21 September lalu dilanjutkan sehingga 21 Disember bagi menyelesaikan siasatan dan penyediaan laporan.Semua perkara yang dibangkitkan dalam RCI akan diambil tindakan. Kita akan tahu berapakah angka sebenarnya selepas siasatan selesai.

    ReplyDelete
  164. Setelah siasat, ada kesalahan, kita pasti akan ambil tindakan, jadi kita minta bersabar dahulu, apa yang dibangkit dalam suruhanjaya itu bukan satu keputusan.

    ReplyDelete
  165. Menurut Shahidan, mana-mana pihak yang mengesan terdapat sindiket pemberian IC kepada warga asing, boleh terus membuat laporan kepada polis.

    ReplyDelete
  166. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia membantu Operasi Bersepadu membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di seluruh negara.

    ReplyDelete
  167. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM pernah terlibat dalam penguatkuasaan Proses Pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) dan tidak menolak kemungkinan ATM terlibat dalam operasi bersepadu kali ini.

    ReplyDelete
  168. KDN memulakan gerakan besar-besaran memburu Pati hari ini selepas mereka diberikan masa secukupnya dalam program pemutihan 6P sebelum ini.

    ReplyDelete
  169. Khalid pula berkata setakat ini operasi bersepadu memburu Pati belum melibatkan ATM.Tapi tidak mustahil (ATM akan terlibat selepas ini)...setakat ini operasi bersepadu itu melibatkan Jabatan Imigresen, PDRM, pihak kastam dan lain-lain.

    ReplyDelete
  170. Ini bukan pemutihan. Tempoh 6P sudah selesai. Sekarang ialah masa untuk mengambil tindakan dan menangkap mereka yang masih berada di negara ini dan tumpuan di Semenanjung dulu.

    ReplyDelete
  171. “Batalkan dokumen pengenalan IMM13 bagi warga negara Filipina di Sabah”. Itu cadangan Saksi ke-196, Datuk Radin Malleh kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah, di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  172. Jelas beliau, pengeluaran IMM13 pada masa kini tidak seharusnya berlaku. Ini kerana Selatan Filipina tidak lagi mengalami huru-hara seperti yang berlaku sekitar awal tahun 1970-an.

    ReplyDelete
  173. Sehubungan itu, katanya warga Filipina berkenaan harus kembali ke negara asal.Datuk Radin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar turut mencadangkan PATI yang mendapat dokumen kerakyatan secara haram perlu dihantar semula ke negara asal masing-masing.

    ReplyDelete
  174. Beliau turut menyokong cadangan bekas Peguam Besar Negeri, Tan Sri Herman Luping agar sindiket atau ejen pemberi dokumen secara haram didakwa mengikut kod jenayah berbeza dan dibicara di mahkamah terbuka.

    ReplyDelete
  175. Pemberian taraf kewarganegaraan di Sabah digantung dahulu hingga siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah selesai, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    ReplyDelete
  176. permohonan dan pemberian taraf kewarganegaraan akan diteruskan sebaik sahaja siasatan RCI itu tamat.

    ReplyDelete
  177. Wan Junaidi juga memaklumkan bahawa pemberian taraf kewarganegaraan berjalan seperti biasa di Sarawak, antaranya melalui program ‘outreach’ bagi memastikan anak-anak tempatan dapat menikmati kemudahan pendidikan dan bantuan kerajaan.

    ReplyDelete
  178. “Saya berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak bahawa kita tidak mahu masyarakat yang tidak berstatus warganegara, menjadi masyarakat yang terbuang dan tersisih di masa hadapan,” katanya

    ReplyDelete
  179. Wan Junaidi berkata kuasa khas di bawah undang-undang negeri akan diberikan kepada ketua kampung, ketua kaum dan kapitan Cina membantu Jabatan Pendaftaran Negara mengenalpasti status perkahwinan dan kewarganegaraan ibu bapa.

    ReplyDelete
  180. Beliau juga meminta wakil-wakil rakyat yang mempunyai masalah kewarganegaraan di kawasan masing-masing untuk membawa dokumen berkaitan dan berjumpa dengan beliau.

    ReplyDelete
  181. Mengenai jumlah kes yang masih tertunggak, Wan Junaidi berkata: “Pada masa ini, tidak ada permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang dikategorikan sebagai tertunggak.”

    ReplyDelete
  182. beliau berkata beban untuk membuktikan kelayakan untuk dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.