Monday, September 9, 2013

Kenaikan Harga Barang Pun Ketentuan Allah?

Keratan akhbar di atas menunjukkan betapa dasyatnya kenyataan seorang "ulamak muda UMNO" mengulas mengenai kenaikan harga barang terutama harga minyak yang diumumkan oleh PM baru-baru ini.

Mudah sahaja bagi beliau meletakkan "ketetapan Allah" sebagai alasan bagi membela kenaikan harga minyak tersebut.

Qada dan qadar adalah salah satu rukun iman, dan semua umat Islam wajib meyakini bahawa segala-segalanya, samada di langit atau pun di bumi adalah "ketetapan Allah". Itu adalah "hakikat". Namun di dalam Islam, sebelum sampai ke hakikat, ada "syariat" - peraturan - yang wajib di ikuti dan dipatuhi. Dan lantaran kerana syariatlah sekalian nabi dan rasul diutuskan kepada umat manusia.

Berkata para ulamak, syariat tanpa hakikat adalah hampa dan hakikat tanpa syariat adalah sesat.

Adalah tidak wajar untuk meletakkan alasan "ketetapan Allah" semata-mata untuk melakukan pembelaan terhadap apa juga perbuatan di alam syahadah sebelum dipatuhi segala "peraturan" (hukum syariat)nya.

Misalnya seseorang itu ditahan polis kerana telah berlaku kemalangan. Bolehkah beliau menjawab, "ah sudah ketentuan Allah bahawa, budak itu mati kerana dilanggar kereta!"

Dr. Asri, mantan mufti Perlis telah memberikan contoh yang agak baik:


Atau contoh kes ini: jika berlaku seseorang perogol ditangkap, bolehkah diterima alasan jika perogol itu menjawab: "oh sudah ketentuan Allah yang saya menjadi perogol" atau "sudah menjadi ketentuan Allah, budak itu menjadi mangsa rogol saya".

Jika demikian halnya maka tuan hakim pun boleh memberikan penghakiman begini:

"Kerana kamu kata sudah menjadi ketentuan Allah kamu menjadi seorang perogol, maka saya jatuhi hukuman sudah menjadi ketentuan Allah bahawa awak sang perogol dihukum dengan seratus kali sebatan!"

Dan mengikut analogi itu, maka kita menjawab kepada ulamak muda itu:

Tentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang itu pun ketentuan Allah juga! -GB

6 comments:
Write comments
  1. apa mau diharapkan drpd org "bijak ttg agama" yg menerima gaji drpd UMNgOk???

    ReplyDelete
  2. Khas buat pencacai BN dan Orang bernama Ust FBari.
    Agama dijual untuk habuan dunia MAKA terbitlah kata kata yang Manusia tak salah sbb sudah Takdirnya begitu.Makanlah nasi tu Meskipun ianya sudah basi, Ini adalah Ketetapan Allah bagi kamu.Lontarkan balik kata kata ini dalam FB beliau yg bernama UFBari.Apa balasan Ulama Palsu ni pulak.

    ReplyDelete
  3. mangkuk mana bagi title ulamak muda pada mangkuk kuat ampu & bodek demi tembolok & pangkat tu? ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  4. Orang agama dekarang jelas tak tau ekonomi...

    ReplyDelete
  5. Nanti anak ulama ini kena rogol pun ketentuan dia kata ketentuan Tuhan?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.