Sunday, September 29, 2013

DUN Sg Limau: SPR mesyuarat Khamis

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis depan (3 Okt) di ibu pejabatnya di Putrajaya untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, di Kedah.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N.20 Sungai Limau daripada Dewan Undangan Negeri Kedah awal hari ini.

“Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mempengerusikan mesyuarat khas yang akan membincangkan tarikh seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan.

“Selepas itu akan diikuti dengan satu sidang media oleh Pengerusi SPR,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak Khamis lepas.

Azizan, bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Allahyarham menjalani rawatan lebih empat bulan berikutan masalah kesihatan yang serius.

- Bernama

1 comment:
Write comments
  1. pilihan raya kecil ini adalah kayu pengukur sama ada rakyat tolak atau terima BN,dgn siri kenaikan harga barang selepas pru13, jika pas boleh menang bermakna rakyat sudah celik mata.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.