Wednesday, September 18, 2013

Perbezaan Kitab Al-Quran Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Di dalam ajaran Syiah, mereka mempercayai bahawa Al-quran yang ada sekarang ini sudah diselewengkan. Maka bagi mereka tidak ada lagi faedah terhadapnya. Mereka lebih mempercayai dan mengimani dengan apa yang dituturkan oleh Imam-Imam mereka kerana mereka mempercayai bahawa kata-kata imam mereka adalah wahyu daripada Allah swt.

kitab

Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sepakat atas kebenaran al-Quran dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan. Beriman dengan setiap huruf dan beriman bahawa sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah SWT bukan baharu dan bukan makhluk.

Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah kitab yang terakhir daripada Allah kepada manusia tanpa sebarang penyelewengan atau berlaku penukaran sama ada pada masa lalu atau masa akan datang sehinggalah berlakunya hari Kiamat.

Al-Quran yang berada di tangan kaum muslimin ini (Mushaf Uthmaniyah) terjamin daripada kekurangan atau penambahan tidak seperti kitab-kitab diturunkan sebelum ini iaitu Zabur, Taurat dan Injil selepas ketiadaan Nabi Daud a.s , Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s.

Pemeliharaan kitab suci al-Quran itu juga dijamin oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam ayat ke-9 Surah al-Hijr yang bermaksud; “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya.”

Ringkasnya, al-Quran terpelihara daripada segala keburukan dan menjadi sumber paling utama kepada umat Islam.

Syiah

Mereka menuduh ke atas kebenaran iaitu al-Quran ada yang telah ditambah dan dikurangkan. Jika berlawanan dengan iktikad mereka, pendapat imam-imam adalah antara sumber utama di sisi mereka.

Antara penyelewengan yang dikemukakan oleh pendapat Syiah berhubung pertambahan dan pengurangan al-Quran ialah wujudnya ‘surah al-Wilayah’. Surah itu menyebut tentang kewalian Saidina Ali bin Abu Talib sebagai imam selepas Rasulullah SAW.

Kewujudan surah ini dinyatakan oleh seorang ulama Syiah yang bernama alHaj Mirza Husain ibn Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 1320 hijrah di dalam bukunya bertajuk (maksud) ‘Pembuka kata dalam menetapkan penyelewengan dalam kitab Tuhan segala Tuhan (al-Quran)’ pada muka surat 180.

Kitab ini juga mengumpulkan beratus-ratus dalil daripada ulama Syiah pada setiap zaman bahawa al-Quran telah ditambah dan dikurangkan.

Wallahualambissowab…

sumber: http://fikrahhalaqah.com

1 comment:
Write comments
  1. Setelah sekian lama baru tau Syiah ada kitab Kur'an versi mereka. Kenapa? Kalau ianya tulin dan betul,kenapa tak keluar sejak azali lagi. Yg msyarakat Islam tau..alqur'an ada 30 juz,114 surah dgn 6666 ayat. Tiba2 ditengah jln begini, msyarakat Islam dihebahkn oleh syiah yg kur'an mereka lebih utama lebih baik dan menyeluruh. Hai dunia dunia. betul le Nabi SAW mnjelaskan akhir zaman nanti umat baginda akan brpecah kpd 73 puak tetapi 1 puak shj ke syurga iaitu mereka yg ikut alqur'an,hadis,kias & ijma' ulama' dan ianya jelas trsandar kepada golongan ahli sunnah waljama'ah. Masalahnya ialah syeikh bg Syiah, Muktazillah, Qadariah atau lain2 lagi tidak mau semuka dan bermusyawarah atau berhujah mncari kebenaran. Masing2 asyik mghujah yg kump mereka adalah BENAR tanpa berpaksi kpd kitab suci dan hadis Nabi. Masing2 mmbawa kitab masing2 dgn andaian kitab mereka lebih benar. Itu masalah umat Islam akhir zaman.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.