Pakatan Rakyat akan menentang sebarang cadangan mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya selagi pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dilucutkan jawatan.
“Persempadanan semula yang dijangka berlaku tahun ini akan ditentang jika (pimpinan) SPR sekarang tidak dipecat,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Rakyat menuntut SPR sekarang dibuang. Tidak ada wibawa untuk menguruskan soal persempadanan yang dikhuatiri memberi kelebihan kepada Umno BN,” katanya kepada Keadilan Daily.
Tegasnya, SPR gagal mengendali Pilihan Raya Umum ke-13, terutama sikap berdolak-dalik dan helah bahawa kononnya dakwat kekal yang diguna akan kekal.
“SPR gagal kendali isu dakwat kekal dengan alasan yang berubah-ubah sehinggalah jari dicelup dalam PRK Kuala Besut,” katanya. Tambah Saifuddin, puluhan petisyen pilihan raya yang difailkan ke mahkamah bukti parti politik, termasuk Barisan Nasional tidak diyakini lagi.
“Banyak petisyen difailkan bukti kegagalan SPR,” katanya. -KD
Wednesday, September 4, 2013
Persempadanan Semula: PR Akan Lawan Habis-habisan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SPR sememangnya akan gagal. Memang tidak adil bagi rakyat Selangor jika pemsempadanan semula tidak dibuat. Tetapi daripada suruh pengkhianat negara buat kerja baik jangan dibuat selagi orang dia orang tidak ditukar. Selagi tidak ditukar selagi itulah SPR dikenali sebagai "Surahanjaya Penipu Rakyat". Suruhanjay Penipu Rakyat adalah tidak layak buat pemsempadanan semula. Hanya Surahanjaya Pilihan Rakyat yang layak.
ReplyDeleteYg paling penting selali tentang SPR ni ialah pastikan betul2 kepimpinan nya bukan ahli UMNO/ BERKECUALI. Perangai 2 makluk SPR ni sebiji seperti yg di sebut dlm hadith nabi sejak 1400 thn dulu & juga dlm Al Quran.
ReplyDeleteNak lawan,lawan lah. Apa SPR nak heran. Ada UMNO, SPR, PDRM,SPRM atau agen2 barua BN tu goyah? Tak...Kalau peristiwa di Medn Rabiah , Mesir berlangsung di Msia, baru BN gentar.
ReplyDeleteSalah satu kaedah diantara berpuloh2 kaedah yg SPR nak menangkn UMNO dlm mana2 PRU. Trbukti sudah kaedah ini yg mnyaksikn BN menang selesa di bbrapa MP/DUN spt contoh Kuala Muda ,Kedah. Sebelum sempadan semula kaw. pilihnraya, Sdra Mat sabu adalah Ahli Parlimen tetapi semasa persempdann semula dlm proses draf, Abg Mat Sabu dah namnpak berapa undi yg beliau akan kalah dlm PRU ke 11. Hasilnya,tepat dn benarla yg beliau kalah dgn culaan yg telah diandaikn dan kalah lagi pd PRU ke 12 dan 13. Nampak ?? Bukan mnidakkan kekalahan atau menagih kemenangan, tetapi mnampakkan BANGSAT nya SPR serta agen2 BN yg lain dlm memanipulasikan demokrasi berparlimen melalui pilihanraya.
ReplyDelete