Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya.
Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?"
Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah.
"Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya.
Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008.
Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik.
"Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3 majoriti.
"So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut.
Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas PRU13 berlalu.
Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia.
Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah. -HD
Thursday, September 19, 2013
Rakyat mahu Najib letak jawatan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Klu dapat cepat sikit keluar drp putrajaya adalah amat2 dialu2kan. Dan sekarang ni ternyata Ku Li akan lawan najib buat kali terakhir mudahan2 Ku Li menang dan tamatkan riwayat dua laki bini berkuasa di Melayasia
ReplyDelete"Jangan sampai yang dikeluarkan tu "harimau", yang masuk tu "buaya"."
ReplyDeleteJangan lupa Mahathir Kutty sudah memulakan langkahnya. Dia dah mula buat kenyataan yang kononnya tidak "menguntungkan" UMNO. Dia mahu pemimpin lama diganti dengan pemimpin baru. Yang dia lupa ialah pemimpin lamakah ? atau baru kah? dalam UMNO, semuanya tidak berakhlak dan tiada integriti. Jangan lupa dengan menggantikan pemimpin lama dengan yang baru, ibarat macam kita gantikan isi sup daging dengan daging kambing. Isinya bertukar tapi kuahnya tetap mempunyai rasa yang sama.
Lihat saja anak Mahathir Kutty yang menjadi MB Kedah iaitu Mukriz Kutty. Baru memerintah Kedah dah tak mampu selamatkan Insaniah, satu-satunya pendidikan tinggi di Kedah kepunyaan kerajaan negeri. Kalaulah dia ambilalih Kedah macam waktu Ustaz Azizan, tentu dia pengsan. Hutang banyak yang belum langsai. Ini hutang dah dikurangkan, masih kata tak mampu. Kasihan melihat orang Kedah, termasuk aku, yang mempunyai seorang MB yang impotent.
Lupa aku akan Mukriz Kutty. Adakah dia ni Melayu? Mahathir sudah memulakan langkah untuk menjadi Malaysia sekali lagi dengan legasi Kutty. Malaysia Boleh. Jangan lupa sebab Melayu Mudah Lupa. Siapa yang cakap kalau bukan Mahathir Kutty?