Monday, September 6, 2010

PKR TERUS GUGAT KUBU UMNO DI TENOM

ROMBONGAN calon Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman dengan Krew Sabahkini Net tiba di kampung Kaliwata Lama, Ulu Tomani, Tenom tepat jam 3.00 petang tadi dan disambut meriah ahli PKR dan ahli-ahli UMNO dan BN dengan penuh semangat sehingga bergema teriakan suara, "Hidup PKR! Hidup DSAI” dan diiringi oleh tepukan gemuruh para hadirin.

Majlis dimulakan dengan menjemput seorang Ketua Cawangan UMNO (meminta namanya dirahsiakan) dari sebuah kampung lain yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut untuk memberi ucapan berikut;

"Sudah bertahun-tahun lamanya kami undi calon BN, Rubin Balang DUN Kemabong dan Raimie Unggi Ahli Parlimen Tenom. Namun lihatlah bagaimana hidup kami dalam BN, tidak ada apa-apa perubahan. Yang miskin terus miskin yang menjadi kroni YB terus kaya raya".

Jelas beliau lagi, "Jangan bimbang, kami akan umumkan nama kami dan cawangan kami yang bakal kami bubarkan kepada umum tidak lama lagi, kerana kami sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO dan BN, sebab pimpinan UMNO/BN mementingkan diri sendiri bukan membela nasib rakyat".

Semasa menerima borang kemasukan ahli UMNO/BN ke dalam PKR Cabang Tenom, Halik Zaman menyatakan rasa gembira beliau kerana hampir semua kubu kuat parti lawan sudah tergugat berkat kerjasama bekerja secara berkumpulan, tanpa sebarang selisih faham dan tanpa mengungkit isu perkauman.

"Kalau rakyat Tenom mahu berubah, kita mesti tolak UMNO dan BN. Kalau rakyat Tenom merasa kos hidup sudah meningkat tinggi, buat apalagi undi BN? Bukankah lebih baik kalau YB-YB UMNO/BN semasa PRU13 beri tangki air, pam air, plywood, zink, papan dan wang RM200 ringgit, ambil sahaja. Rezeki. Tetapi jangan lupa undi PKR," jelas Halik Zaman.

Tambahnya lagi, “Kita tipu BN cuma 5 minit semasa mengundi tetapi kita sudah ditipu selama 5 tahun atau 1,800 hari. Siapa yang dosa besar?,” tanya Halik disambut dengan ketawa dan sorakan hangat hadirin.

"Kalau kita tidak mahu tukar Kerajaan BN, maka selama-lamanyalah nasib kita, anak dan cucu cicit kita akan ketinggalan ke belakang. Tidak akan ada perubahan yang dibawa BN dan kesengsaraan kita hidup di bumi yang kaya, tapi kos hidup yang tinggi akan menjadikan kita miskin dan papa kedana," kata Halik lagi,

Menurut Halik, Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang bijaksana mentadbir Negara dan mahu melihat sebuah kerajaan bersih dan hak rakyat terpelihara, lihatlah! Denganlah! Beliau difitnah, diaibkan, dianiaya oleh manusia-manusia yang mengaku pembela bangsa, tetapi sebaliknya mereka adalah pengkhianat rakyat.

"Jika kita mahu pimpinan bijaksana seperti Anwar Ibrahim memimpin Kerajaan Malaysia, biar apa sekalipun fitnah, keaiban, penganiayaan BN terhadap beliau, kita tetap bersatu. Lawan Tetap Lawan untuk tumbangkan Kerajaan UMNO dan bonekanya Barisan Nasional," tegas Halik lagi.

Oleh : KREW SABAHKINI NET

34 comments:
Write comments
  1. habis Tenom disapu PKR. pemimpin2 PKR tidak patut mendedahkan kelemahan pihak lain untuk mendapatkan sokongan tetapi dedahkan pencapaian PKR/PR selama mereka memerintah Selangor, P.Pinang, Kedah dan kelantan. apa kemajuan yang telah dicapai dinegeri2 ini dan apa perubahan yang telah dilakukan. apa penjelasan PKR berhubung dengan pelabur2 asing meninggalkan negeri2 ini?..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. PKR nampaknya sedang berusaha untuk mengumpulkan sokongan dari rakyat Tenom. tapi PKR perlu jelaskan apa langkah yang mereka ingin ambil untuk majukan tenom. jangan hanya bercakap tentang kelemahan parti lawan tapi parti sendiri pula tidak terjaga.

    ReplyDelete
  4. Tenam nampaknya menjadi sasaran utama PKR untuk mendapatkan sokongan rakyat. rkyat Tenom jgnkah mudah terpengaruh dgn propaganda PKR ni.

    ReplyDelete
  5. I hope whatever the PKR has promise to the tenom ppl will be fulfilled.

    ReplyDelete
  6. Apa-apa pun, keputusan terakhir bergantung pada rakyat bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  7. It's all depend on the rakyat. They may say they will vote for PKR but in the end they might change their mind.

    ReplyDelete
  8. PRU13 menentukan nanti keputusan. Peringatan untuk rakyat TENOM, jangan mudah percaya dengan kata-kata PKR tersebut. Adakah anda yakin bahawa mereka akan memberikan yang terbaik kepada rakyat nanti atau hanya kata-kata yang mana hanya inginkan kepada Jawatan setelah itu hilang tidak tahu kemana, lupakan rakyat dan pergi pentingkan diri sendiri dengan kejayaan.Sebaiknya jgan terlalu percaya dengan janji PKR kepada rakyat. Lihat sendiri apa yang berlaku di Pulau Pinang, DAP bermaharajalela dan Rakyat Melayu dalam kesusahan. Sebelum ini, Janji seribu janji tapi setelah itu apa yang berlaku dengan Pulau Pinang, ramai orang melayu ditindas. Jadikanlah ini contoh apa bila pembangkang akan memerintah.

    ReplyDelete
  9. Kejadian seperti ini memang akan berlaku apabila menjelang pilihan raya..... Tidak ada yang perlu ditakutkan oleh BN jika mereka melakukan kerja dengan teratur dan telah memberikan apa yang diiginkan oleh rakyat, tapi jika sebaliknya mereka perlu bekerja lebih untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat di Tenom..

    ReplyDelete
  10. PKR sedang berusaha untuk mendapat sokongan di Tenom. namun BN mempunyai rekod yang baik di negeri ini. apa pun semuanya terpulang kepada rakyat.

    ReplyDelete
  11. Rakyat yang akan tentukan siapa mereka mahukan. Tapi rakyata jangan mudah tertipu dengan janji PKR itu, dan pandai-pandailah sendiri berfikir untuk kebaikkan sendiri kelak.

    ReplyDelete
  12. Tunggu dan lihat bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. sebenarnya hanya segelintir sahaja penduduk Tenom yang meyokong PKR, BN tetap masih kukuh di Tenom. apapun kita lihat ja PRU nnti.

    ReplyDelete
  15. nampaknya jentera PKR di tenom semakin menyerlah. harus diteliti oleh kerajaan BN-mengapa rakyat membelakangi BN dan memilih PKR/PR?

    ReplyDelete
  16. mengapakah PKR pada akhir2 ini menyasarkan kawasan Tenom untuk meraih sokongan rakyat di sana? wakil rakyat BN di kawasan Tenom harus meneliti perkembangan ini dengan mendalam serta merumus formula agar sokongan rakyat tidak berpaling kepada pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  17. rakyat Tenom yang berpaling kepada PKR dilihat tidak berpuas hati dengan wakil rakyat yang telah dipilih. YB2 di kawasan Tenom harus lebih sensitif dengan isu2 yang membebankan rakyat. YB2 tersebut harus bertindak lebih aktif dalam usaha menyelesaikan isu2 rakyat sesuai dengan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

    ReplyDelete
  18. rakyat janganlah terus mempercayai apa yang dikatakan/dijanjikan oleh PKR. hak sebagai pengundi harus digunakan sebaik2nya. harus diingat bahawa masa depan terletak di tangan rakyat sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  19. apa2 pun keputusan terletak pada tangan rakyat. PRU seterusnya akan memberikan jawapan yang pasti.

    ReplyDelete
  20. mungkin umno/BN boleh menggunakan strategi yang sama dengan mendedahkan kelemahan kerajaan PR. dedahkan isu tindakan kerajaan PR merobohkan rumah di Permatang Tepi Laut, Batu Maung dan Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong. dedahkan juga penganiayaan terhadap peniaga2 tempatan dan perkembangan ekonomi yang lembab di negeri2 jajahan PR.

    ReplyDelete
  21. Semuanya akan didedah bila PRU-13 nanti. Undi jangan tak undi.

    ReplyDelete
  22. Dari mana kenyataan ini berasas? UMNO masih mantap dan kuat di seluruh Sabah. Percaya tidak?

    ReplyDelete
  23. hairan saya dengan orang yang mengagungkan parti import dan pemimpin Tanah Melayu yang menjajah hasil mahsul bumi Sabah tercinta ini..

    ReplyDelete
  24. Namanya kubu, manalah begitu senang digugat. UMNO sudah berdiri tegah selama setengah abad. Jangan pandan ringan kekuatan UMNO.

    ReplyDelete
  25. Memang baik kalau Sabah boleh dipimpin oleh parti berasas dari Sabah.

    ReplyDelete
  26. PBS? UPKO? PBRS? LDP? SAPP? Yang mana satu paling sesuai menerajui Sabah?

    ReplyDelete
  27. Inilah helah yang sentiasa berlaku apabila bunyi gendang pilihan raya menmhampiri.
    Parti ini menerima kemasukan ahli dari pihak lawan dan sebaliknya.
    Apakah ini semuanya benar atau sekumpulan kecil orang mengembar gemborkan keadaan?

    ReplyDelete
  28. PKR sememannya raja perampas undi.Maka tidak hairan la kawasan Tenom menjadi mangsa yang pertama.

    ReplyDelete
  29. I don't like them. Very very much.

    ReplyDelete
  30. Chim Chim,

    Saya mempunyai perasaan yang sama terhadap parti ini. PKR hanya pandai merampas hak milik orang. Taburan janji yang tidak putus2 harus memberi pengajaran kepada kita.

    ReplyDelete
  31. Back off. You shouldn't be here.

    ReplyDelete
  32. Nemia,

    PKR memang tidak sepatutnya berada di Tenom mahupun di mana2 bahagian Sabah. Parti ini hanya pandai membangkang tanpa sebab.

    ReplyDelete
  33. Saya berpendapat semua parti yang ada di Malaysia, apakah parti itu pihak kerajaan atau pihak pembangkang,.mempunyai hak mutlak penuh berada dimana-mana pelusuk di Malaysia,..ini namanya DEMOKRASI., dari pengetahuan saya diluar negara seperti Amarika, Jepun, Rusia, parti pembangkang yang kuat sangat diperlukan dalam sesuatu negara, untuk check and balanced.,supaya keadilan, pembahagian kemajuan samarata dlm berbagai-bagai bidang didalam negara tersebut. Menegur dan membetulkan apa yang tidak sesuai. Jadi dalam hal ini,. maka rakyatlah yang mempunyai kuasa otonomi untuk menentukan,. parti mana yang layak diberikan kuasa untuk memerintah,. KUASA RAKYAT AMAT KUAT DALAM MENENTUKAN MASA DEPAN NEGARA DAN RAKYATNYA.

    ReplyDelete
  34. Pada pendapat saya, Jika output BN selaras dengan peruntukan yang diberikan, tidak mungkin rakyat akan bising.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.