Saturday, September 18, 2010

Teguran Buat LDP?

1709-najib-2a SANDAKAN: Parti Liberal Demokratik (LDP) diingatkan agar mengamalkan prinsip Barisan Nasional (BN) dengan menyelesaikan masalah menerusi perundingan dalam keluarga BN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masalah dalam parti tidak seharusnya dizahirkan secara terbuka kerana boleh menimbulkan kesan yang tidak baik terhadap imej BN.

Katanya, para pemimpin LDP sudah berjumpa dengannya dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musyiddin Yassin untuk membincangkan masalah yang timbul dalam parti terbabit.

“Kita akan cuba mencari penyelesaian dalam perkara ini dan mengingatkan mereka supaya mengamalkan prinsip BN.

“Kita akan memberi masa kepada mereka untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya ketika mengulas mengenai pergolakan dalam parti LDP dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Juara Rakyat Peringkat Negeri dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Padang Bandaran, di sini, kelmarin.

Najib turut mengulas kedudukan BN di negeri ini amat kukuh dan terus berakar-umbi di hati rakyat.

Beliau berharap semua bahagian dalam Umno dan parti komponen BN yang lain akan mengamalkan kaedah dan semangat yang sama.

Jelasnya lagi, sekiranya kaedah rundingan dalam keluarga BN diamalkan, tiada sebab sokongan rakyat terhadap kerajaan di negeri ini tidak dapat dipertingkatkan.

Ditanya mengenai perkembangan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi individu, Najib melahirkan penghargaannya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak pantas dalam membongkar individu yang bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut.

Beliau berharap PDRM akan dapat mencari bukti jelas yang boleh dikemukakan di mahkamah bagi membolehkan mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas perbuatan kejam itu.

“Individu yang bertanggungjawab tidak boleh diburu. Polis perlu cari bukti yang dapat dikaitkan di mahkamah.

“Setakat ini mereka didakwa tetapi pendakwaan mesti disabitkan dengan kesalahan,” katanya.

Antara individu yang turut dibunuh adalah pembantu peribadi Sosilawati iaitu Kamaruddin Shamsuddin, 44, Pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan Peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.

Najib berkata polis perlu diberi ruang secukupnya untuk mencari bukti yang boleh dibawa ke mahkamah sehingga tidak menimbulkan keraguan sama sekali terdapat bukti berkenaan. -NST

34 comments:
Write comments
  1. LDP harus berfikiran rasional dan kembali kepada agenda utama perjuangan mereka, teruskan bersama kepimpinan BN.

    ReplyDelete
  2. Betul, sebagai parti komponen BN, LDP perlu bersatu dan bekerjasama dengan semua parti komponen yang lain dan juga kerajaan. Memupuk semangat setiakawan untuk menerusi kejayaan dan kebaikan rakyat dan negeri.

    ReplyDelete
  3. sometimes, you have to forget your personal opinion & interest for the sake of the family...because any negative action that we take will surely going to affect the family as a whole...

    VK Liew should clarify the stands that their take not only to east things up, but to explain their intention so that other member in the coalition will not going to be confuse or have the wrong impression...

    ReplyDelete
  4. LDP mestilah mengamalkan prinsip Barisan Nasional (BN) dengan menyelesaikan masalah menerusi perundingan dan perbincangan dalam keluarga BN.

    ReplyDelete
  5. Mungkin mereka hanya mahu populariti?

    ReplyDelete
  6. setiap masalah boleh diselesaikan dengan baik berdasarkan semangat kekeluargaan.

    ReplyDelete
  7. Diharapkan LDP akan terus bekerjasama dengan semua parti komponen BN.

    ReplyDelete
  8. LDP harus terus bersama BN dalam membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  9. Semua masalah boleh di selesaikan dan diperbetulkan... tindakan LDP pada masyuarat lalu hanya mengundang masalah bukan sahaja dalam parti mereka tetapi juga seluruh parti komponen BN.....

    ReplyDelete
  10. LDP tidak harus mengenepikan kepentingan parti BN semata-mata untuk kepentingan individu..

    ReplyDelete
  11. segala masalah yang timbul haruslah mengikut saluran yang betul untuk diselesaikan..perundingan dalam keluarga BN seharusnya menjadi landasan bagi LDP menyelesaikan masalah yang timbul dengan pucuk pimpinan BN negeri..imej BN secara keseluruhan harus dijaga dan bukannya dicemari dengan kata2 yang menyinggung..

    ReplyDelete
  12. masalah dalam parti harus diselesaikan mengikut prinsip parti..tindakan LDP yang secara terbuka menyatakan masalah yang timbul dengan KM Sabah telah mencemari imej BN..LDP tidak harus terburu-buru bertindak sedemikian..LDP harus lebih matang untuk menangani sebarang masalah yang timbul dengan rasional dan bukannya atas emosi semata-mata..teguran PM ini harus diambil secara positif..

    ReplyDelete
  13. diharap pada masa akan datang mana2 parti dalam BN harus mengamalkan perundingan dalam keluarga BN bagi menyelesaikan mana2 isu dalam parti..

    ReplyDelete
  14. kerjasama yang padu dari semua parti komponen BN negeri harus diperkukuhkan bagi memperkasakan dan memantapkan lagi kedudukan BN di sabah..

    ReplyDelete
  15. sebarang konflik dalaman atau krisis yang berlaku dikalangan parti komponen BN wajib diselesaikan melalui meja rundingan bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan buruk sesetengah pihak terutamanya dikalangan pembangkang yang giat mencari kesalahan kerajaan sebagai bahan politik mereka.

    ReplyDelete
  16. Open up your heart and mind with open arms.

    ReplyDelete
  17. Any internal issues that LDP have with the party component BN should be solve as soon as possible. Don't be childish!

    ReplyDelete
  18. Segala kritikan dan teguran harus diambil secara positif. Perselisihan faham dalam LDP harus diselesaikan secara damai.

    ReplyDelete
  19. Tak salah jika perselisihan berlaku, tetapi harus matang utk mengendalikannya. Jangan terlalu emosi dan ikut sedap mulut bercakap ja.

    ReplyDelete
  20. Ssetiap komponen parti BN harus bersatu dan utamakan matlamat utama... Jangan jadi budak yang sentiasa pentingkan keinginan diri sendiri tanpa fikirkan orang lain!

    ReplyDelete
  21. Jika timbul masalah, haruslah diselesaikan dengan cara baik. Bawa berbincang dan cari jalan terbaik untuk selesaikan perkara itu!!

    ReplyDelete
  22. Setuju Velove. Setiap kritikan dan teguran harus diambil secara positif dan selesaikan dengan tenang. Saya yakin pasti semuanya akan OK nanti :)

    ReplyDelete
  23. Apapun amalkanlah prinsip BN, buat rundingan dalam keluarga BN:) Fokus kepada kebajikan rakyat agar kedudukan parti kekal kukuh :)

    ReplyDelete
  24. Teguran terhadap LDP sepatutnya dijadikan peringatan dan pengajaran selama-lamanya. Hal-hal dalaman parti seharusnya tidak dijadikan krisis yang mengakibatkan rakyat Sabah hilang keyakinan terhadap parti tersebut.

    ReplyDelete
  25. apa pun kisah pergolakan antara Peter dan LDP, hanya mereka sahaja yang memahaminya. Masing2 mempertahankan bahawa mereka berada di pihak benar dan ia semua tidak diketahui oleh rakyat. Namun rakyat yang melihat krisis tersebut menganggap ia memalukan dan kureengg respect terhadap ahli politik yang suka gaduh-gaduh sesama sendiri dan suka lompat sana sini...so kena fikir dulu sebelum GADUH dan disiarkan pada media-media sehingga menjadi pengetahuan UMUM!

    ReplyDelete
  26. Terpulang jugalah dengan LDP adakah mereka mahu bersatu dan bekerjasama dengan BN. Rakyat akan menilai tindakan mereka.

    ReplyDelete
  27. Quarrels won't solve anything. Trust me, discussing is more practical. Do it before it's too late.

    ReplyDelete
  28. Paquin, setiap masalah harus diselesaikan dengan sebaik mungkin. Kalau tidak, bagaimana hendak mencapai kata sepakat?

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. elakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej keseluruhan parti lebih2 lagi dalam kegairahan semua parti politik melakukan persiapan bagi menghadapi PRU13.

    ReplyDelete
  31. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Setiap usaha pasti akan mencapai destinasi.Kalau LDP nekad untuk berubah memang masih belum terlambat.

    ReplyDelete
  32. Tiada makna berperang sesama diri, nanti pembangkang yang dapat habuan.

    ReplyDelete
  33. Pemimpin LDP sudah cukup matang dan tahu apa yang mereka buat, tidak perlu tegur mereka .

    ReplyDelete
  34. Mungkin LDP merasa semakin tidak diberi perhatian, jadi kenalah buat sesuatu untuk menarik perhatian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.