Kajian Cetak Rompak Perisian Global BSA 2011 menunjukkan 78 peratus pengguna komputer di Malaysia menggunakan perisian cetak rompak.
Kajian oleh Business Software Alliance (BSA) itu juga menunjukkan sebilangan pengguna menggunakan perisian cetak rompak sepenuhnya atau sebahagian besar masa manakala yang lain sekali-sekala atau jarang-jarang. "Tahun lepas, sebanyak 55 peratus cetak rompak perisian berlaku di Malaysia, bermakna 11 daripada 20 program yang digunakan tidak berlesen," kata BSA dalam satu kenyataan semalam.
Pengerusi Jawatankuasa BSA Malaysia, Ronald Chua berkata, cetak rompak perisian menuntut respons serupa seperti kesalahan lain, pendidikan awam bersepadu dan penguatkuasaan undang-undang.
"Jika 78 peratus pengguna mengaku mencuri, pihak berkuasa akan bertindak dengan meningkatkan rondaan polis atau hukuman," katanya.
Kajian itu juga mendapati mereka yang mengaku menggunakan perisian cetak rompak di Malaysia terdiri daripada lelaki berusia antara 18 dan 24 tahun.
-Kosmo
Wednesday, May 16, 2012
78 peratus guna perisian cetak rompak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cetak rompak harus dibanteras dan pihak polis harus kerapkan serbuan di tempat2 blacklist.
ReplyDeletesindiket cetak rompak merugikan ekonomi dan meluaskan jenayah
ReplyDeleteperisian cetak rompak lebih murah, kerana itulah ramai menggunakannya.
ReplyDeletesekarang ni semua pun mau yang murah dan mudah.
ReplyDeleteCetak rompak ni pun takkan berleluasa kalau tiada permintaan.
ReplyDeleteSiapa suruh perisan tulen terlalu mahal. Tetapi saya bukan guna yang cetak rompak, ada perisan yang percuma boleh didownload menerusi internet seperti Linux.
ReplyDeleteSaya ada cadangan yang boleh membantu mengurangkan pengguanan perisan cetak rompak, apa kata kerajaan kita memberikan subsidi untuk membeli perisan yang tulen supaya lebih ramai orang mampu menggunakannya. Ataupun bagilah tax rebate.
ReplyDeleteThis is nothing new.
ReplyDeleteMasalah ini jika tidak dibendung dari awal akan menjadi kronik dan penjual perisian akan rugi.
ReplyDeleteIni mungkin kerana harga yang tidak mampu dimiliki menyebabkan perkara ini berlaku.
ReplyDeletemahal betul ba perisian yang ori.. cuba la kasi turun harganya pigi rm20 ka, kan mantap juga..
ReplyDelete