Semua pemimpin BN tahu jika mereka kehilangan kuasa selepas PRU13 nasib masing-masing tidak keruan. Sebahagian akan ke mahkamah atas dakwaan mempunyai wang yang berlebihan hingga boleh memberikannya kepada artis seksi dan sebahagiannya pula terpaksa ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa.
Itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika baru-baru mengambil alih jawatan PM, antara ucapannya di hadapan perwakilan UMNO ialah "kita akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan dara terakhir".
Kata-kata ini ada kaitan denga ketakutan yang amat sangat pemimpin BN terhadap kehilanga kuasa. Lebih-lebih lagi selepas PRU12 BN sudah merasakan mereka tidak kebal dan rakyat boleh memilih parti mkana yang mereka suka, membolehkan BN tumbang di lima buah negeri.
Bukan main gelabah UMNO, parti terbesar di dalam komponen BN menerima keputusan PRU12. Mereka hairan mengapa akhbar dan media eletronik yang selama ini merupakan "sebahagian dari parti komponen BN" gagal memberi kelebihan kepada BN di dalam PRU12.
Disebabkan itu, pelbagai desakan bermula menyerang kepimpinan Pengerusi Bn ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ia bermula di Johor dan kemudian diikuti pelbagai pihak hinggalah Abdullah melepaskan jawatan PM tersebut kepada Najib.
Dalam keadaan sebegini, dengan mood rakyat yang tidak berpihak kepada BN kepimpinan BN sudah dapat merasakan mereka bukan sahaja memerlukan akhbar dan media elektronik, malahan buat pertama kalinya blogger dan media baru seperti mendapat pengiktirafan yang amat istimewa.
Najib dan Muhyiddin Yassin sudah pun ada akaun FB dan tweeter. Mereka akan menggembar gemburkan jumlah yang menjadi rakannya tetapi tidak diketahui apakah mereka yang menyertainya itu sudah boleh mengundi atau tidak.
Dalam nanar dan kepeningan yang amat sangat, media massa memberi gambaran kononnya sokongan anak muda sudah kembali ke pangkuan BN.
Tetapi pelbagai tragedi dari pihak mahasiswa dan beberapa perhimpunan yang disertai anak-anak muda, jelas BN masih belum berada dalam zon selamat.
Itulah sebabnya apabila Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz membuka mulut kesediaan muzakharah mereka berlumba-lumba memberi kenyataan, walaupun berbagai bunyinya tetapi memasang satu harapan, mahu PAS meninggalkan KeADILan dan DAP.
Pada perkiraan Najib, jika PAS masih bersama Keadilan dan DAP, sokongan masyarakat Cina memang berpihak kepada Pakatan Rakyat dan harapan untuk BN kembali mengekalkan kuasa amat tipis. - Safar Jumaat
Friday, May 25, 2012
BN Cemas, Jika Kalah Ramai Yang Ke Penjara?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BN/UMNO kena belajar dari banyak peristiwa yang boleh menjatuhkan mereka dari tempat tinggi.
ReplyDeleteKalau BN kalah Najib akan menjadi duta Malaysia ke Mongolia.
ReplyDeletebelum didapati bersalah,takkan tiba2 sj di masukkan dlm penjara,bayangan pemerintahan yg lebih kejam daripada yahudi.
ReplyDeletepemimpin bn ka atau pemimpin pr (yg banyak kena saman skrg sbb fitnah) yg akan masuk penjara?fikir2 kan
ReplyDeletecepat lari ah cheat gor, pigi tapuk sana dlm kain sarung dr rosmah...
ReplyDelete