LAUNGAN “Reformasi” dengan kelantangan sedemikian berkumandang semula di sekitar Dataran Merdeka, selepas 14 tahun pergolakan politik paling rancak dalam sejarah Malaysia. Jangka 14 tahun mampu mengubah wajah seseorang manusia, bahkan wajah sesebuah masyarakat.
Pelbagai cerita sarat di laman sosial internet, menyaksikan perubahan yang ketara dalam masyarakat Cina sendiri, ketika berdepan dengan tanggal 28 April 2012. Seorang ibu berkongsi pengamatannya di Facebook, “Ketika perhimpunan Bersih 2.0, sahabat saya yang meninggalkan status ‘Saya akan turun ke jalan raya pada 9 Julai’, akan disusuli dengan komen rakan lain, ‘Saya tak dapat turun. Saya berikan sokongan moral kepada anda’. Menjelang perhimpunan Bersih 3.0, apabila seseorang meninggalkan status ‘Saya tak dapat hadir pada 28 April’, komen di bawahnya adalah ‘Kesiannya kamu.’”
Ada juga pengalaman yang mencuit hati. Seorang anak muda Cina tidak berani memberitahu ibu bapanya bahawa dia akan pergi, kerana takut dirinya dihalang. Maka secara senyap-senyap dia keluar pada hari itu. Dan apa yang paling mengejutkan dirinya di situ, rupa-rupanya, ibunya pula yang “curi-curi” keluar untuk menyertai ‘Duduk Bantah’ tanpa memberitahu ahli keluarganya.
Seorang lagi ibu, dihalang anaknya untuk turun kerana bimbang kesakitan pada kakinya bakal menyukarkan pergerakannya. Anaknya memesan, agar si anak sahaja yang turun mewakili pihak orang tuanya. Tapi, orang tua berusia 69 tahun ini berdegil.
Maka pada awal pagi 28 April, dia menipu anaknya bahawa dia keluar bersenam. Anaknya yang mencurigai ibunya mengekori sehingga akhirnya, anak itu terpaksa membawa ibunya ke jalan raya, dan menjaganya sepanjang perhimpunan.
Sememangnya, kelompok manusia yang turun ke jalan raya pada 28 April adalah Malaysia yang sebenarnya, dengan nisbah kaum yang memperlihatkan kepelbagaian, malah jika diperhatikan, kumpulan itu merangkumi pelbagai golongan – artis, penganut agama, OKU yang bertongkat atau berkerusi roda, puak berambut panjang, suri rumah tangga, anak muda yang mengejar trend fesyen dan sebagainya. Kalau disimpulkan dengan satu ayat, saya akan mengatakan bahawa orang yang paling mustahil turun berdemonstrasi sebelum ini, telah menampilkan diri pada hari itu.
Malah pertubuhan Cina yang paling konservatif secara tradisionalnya, juga tidak segan silu turun ke jalan raya.
Golongan ini paling takut dilabel sebagai “antikerajaan”. Paling berani pun golongan yang biasa menulis kenyataan media untuk “menyeru kerajaan agar ini dan itu...”, mereka protes dalam pagar dan berteduh di ibu pejabat Dong Jiao Zong, Kajang pada 25 Mac 2012.
Segala-galanya berubah. Saya terbaca luahan hati seorang guru sekolah menengah Cina, yang ditujukan kepada pengetuanya.
“Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air berkimia.
Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan Bersih 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti saya. Bukankah ia sesuatu yang memilukan?”
Di Kuala Lumpur pula, seorang pengetua sekolah menengah swasta Cina memberi amaran kepada pelajarnya agar tidak menyertai Bersih 3.0. Hukumannya dibuang sekolah. Apa yang menarik, ibu bapa kepada pelajar sekolah itu mengadu kepada China Press, dipetik berkata, “Saya menganggap kenyataannya (pengetua) melampau.
Sesetengah pelajar telah menjangkau usia 15 tahun.
Mereka sudah mampu berfikir secara berdikari. Apakah mereka tidak berhak menyertai perhimpunan, menyumbang untuk membina masa depan negara yang lebih baik?”
Bukan sahaja pendidik, malah peniaga yang seringkali dilihat sebagai “mata duitan”, membuat kejutan kali ini. Sebelum 28 April, gambar tersebar dalam laman sosial, bahawa sesetengah tauke telah meletakkan notis di kedainya, berbunyi “Kedai ditutup pada 28 April kerana pemilik kedai ini mahu menyertai perhimpunan Bersih 3.0. Dibuka semula pada 29 April. Harap Maklum.” Malah, ada juga yang menambah, “Jumpa kalian di Dataran Merdeka!”
Saya gagal bayangkan kesemua yang berlaku di atas. Cukup memberangsangkan.
Malah artis-artis terkenal, sama ada turun sendiri, mahupun tinggalkan mesej dalam laman sosial sendiri, sebagai solidariti untuk Bersih 3.0. Duta Pelancongan Malaysia, Fish Leong yang berbuat demikian, didesak untuk menarik balik mesejnya. Seperti biasa, Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen menafikan bahawa tekanan itu daripada kementeriannya. Cuma, siapa yang percaya?
Dari laungan “Reformasi” pertama 14 tahun yang lalu, hinggalah ke hari ini, segalagalanya berubah. Keberanian yang menakjubkan - apabila seorang gadis yang menyambut ulang tahun ke-18 pada 28 April, mengangkat kad dengan hasrat hari jadinya “Aman dan Adil”, berlatarbelakangkan tembakan air meriam oleh FRU.
Tinggal Umno sahaja yang tidak berubah, dari dulu, kini dan selama-lamanya. Empat belas tahun lalu Mahathir Mohamad jatuhkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat. Hari ini apabila ratusan ribu rakyat ke jalan raya, “skandal seks” Azmin Ali pula yang digunakan untuk mengalih pandangan. Polis dan media yang sama digunakan untuk berdepan dengan masyarakat yang sudah berubah dari 14 tahun lalu. Percayalah, kita akan lakar sejarah baru untuk mensejarahkan Umno-Barisan Nasional.
Oleh LIM HONG SIANG
Sunday, May 20, 2012
Umno-BN bakal ‘disejarahkan’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang itulah hasrat Kerajaan, Anwar. Anwar. Anwar. Tak sudah-sudah dengan Anwar.. Ayuh kita bermunajat dan berdoa setakat kemampuan kita.. allah Allah lepaskan Anwar dan Azmin ..kita wajib berdoa semoga kehancuran UMNO dan Allah memberi balasan laknat kepada mereka-mereka yang tak habis2 mencari jalan untuk menjahnamklan Anwar.. Aminn
ReplyDeleteKalaupun jadi sejarah saya pasti banyak yang telah dilakukan oleh UMNO untuk rakyat. Hanya rakyat yang berhak untuk menilai dan memberi kan undian mereka kepada parti yang benar2 layak.
ReplyDeleteRakyat kena ambil risiko jika ingin melakukan perubahan. Hanya ada dua conditions, bertambah teruk atau bertambah baik.
ReplyDeleteKita belum tahu lagi sama ada UMNO BN akan disejarahkan ataupun tidak pada PRU-13 kali ini. Tapi kita tunggulah dan lihat undian rakyat selepas ini.
ReplyDeleteSemua ini terletak dalam tangan para pengundi, pilihan rakyat akan didedahkan nanti.
ReplyDeleteDatuk Musa Aman has emphasised the importance for all Umno and BN members to give total support to any candidate picked by the top leadership for the coming 13th General Election
ReplyDeleteperjuangan dalam BN adalah perjuangan parti dan bukan individu, terutama dalam memastikan gabungan itu memenangi semua kerusi negeri dan parlimen, termasuk merampas semua kerusi yang tewas kepada calon-calon pembangkang
ReplyDeletepengundi akan tentukannya. kita lihat pilihan pengundi.
ReplyDeletepengundi yang menentukan haruskah bn dipilih lagi..
ReplyDeleteRakyat Sabah dan Sarawak akan menentukannya.
ReplyDeleteMungkinkah berlaku tsunami politik pada PRU kali ni?
ReplyDeleteDisejarahkan sebab UMNO kali2 memang. Pembangkang putih mata ada
ReplyDeleteYang menjadi sejarah ialah apabila pembangkang putih mata mahu takluk Putrajaya.
ReplyDeleteKita tunggu saja apa yang BERSIH mampu lakukan.
ReplyDeletekalau boleh semua wajib turun berdemo termasuk warga emas dan bayi yang baru lahir.. sebab Pakatan dan penganjur Bersih lebih suka jika ada yang meninggal dunia ketika perhimpunan berlangsung.. syabas..
ReplyDeletemungkin semua yang turun berdemo itu telah dibayar oleh Nik Aziz guna dana awam kerajaan negeri.. Nik Aziz pernah cakap beliau sanggup mengeluarkan dana untuk membayar peserta2 perhimpunan asalkan tujuannya adalah untuk menumbangkan kerajaan..
ReplyDeletePrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said public confidence in the Barisan Nasional (BN) leadership at the federal and state levels is growing because the coalition fulfills its pledges according to its capability.
ReplyDeleteBN are capable of doing what has been promised, thus will implement them as the government.
He said the promises were proven through the various aid given to the people such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M), the existence of the 1Malaysia People’s Shop (KR1M) and the 1Malaysia People’s Menu, the granting of subsidies in the various sectors such as petrol subsidy.
In addition, Najib also hinted that he would announce a ‘windfall’ for the settler community soon as well as several other incentives for the people.
“The quantum I will not disclose yet, when the time comes I will make the announcement. Let there be a little suspense,” he said.
However, he said there were quarters that tried to deny the efforts of the government in helping the people.
He said the BN government constantly strived for the prosperity of the people and ‘did not know how to spin’.
“That is their (opposition’s) politics, always spinning, everything (that we do) is wrong. What we are doing for the people, they want to destroy,” he said.
He said that under the BN government since the country’s independence, a son of a fisherman had succeeded to become a menteri besar to lead a state.
Najib also expressed his commitment to continue to work hard as the prime minister for the sake of the people.
“I have told my wife that my days are getting longer and my nights shorter. But it is alright for the sake of the people,” he added.