Wednesday, May 16, 2012

25 penduduk pulau Tanjung Batu Sertai PAS



KINABATANGAN: 25 penduduk pulau Tanjung Batu, 20 minit perjalanan dengan bot dari perlabuhan Sandakan, memohon untuk menyertai PAS dengan diketuai sendiri oleh Ketua Kampung mereka, Selamat bin Abdillah.

Borang permohonan untuk menyertai PAS itu diserahkan oleh Selamat kepada Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut serta adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah.
Di samping itu, turut serta adalah rombongan anggota Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang sedang dalam rangka kunjungan ke Sandakan.

Selamat mula menjadi Ketua Kampung pada tahun 1989 lagi. Namun sejak Mac lalu, seorang ketua kampung baru dilantik di pulau itu tanpa melalui peraturan yang biasa dimana Salamat tidak dimaklumkan mengenainya.

"Tahu-tahu sejak Mac, elaun saya tidak diberikan," kata Selamat kepada rombongan lajnah Penerangan PAS ini.

Sebulan lalu, Hamzah bersama beberapa rakannya dalam PAS Sabah turun ke pulau Tanjung Batu yang mempunyai 200 keluarga ini.

Ketika itu, jambatan yang menghubung antara rumah ke rumah sudah hampir reput dan berlubang di sana-sini.

"Baru dua minggu lepas (dua minggu selepas kunjungan Hamzah), mereka membina jambatan baru ini," kata Selamat.

"Baru saja saya datang berkunjung ke sini, tuan-puan sudah dapat jambatan baru. Bayangkan kalau tuan-puan undi PAS dalam pilihan raya umum nanti, saya yakin apa yang tuan-puan hendak akan diberikan semuanya," kata Hamzah ketika memberikan ucapan ringkas di majlis hari ini.

Tuan Ibrahim, ketika berucap pula mengajak penduduk di situ membuat perkara yang sama.

"Macam kedai di kampunglah tuan-puan. Kalau ada satu kedai, semua harga ditentukan oleh kedai itu. Tetapi kalau ada dua kedai yang berniaga, kedua-duanya akan saling menurunkan harga dan kita pengguna yang akan untung.

"Begitu juga dalam politik ini. Selama ini Umno sahaja yang ada. Sekarang PAS datang menawarkan khidmat untuk tuan-puan semua, jadi kita bertandinglah secara yang adil. Saya yakin tuan-puanlah yang bakal untung nanti," kata beliau.

Beliau juga yakin, jika Pakatan dipilih penduduk di sini dalam pilihan raya umum akan datang, kemudahan untuk rakyat akan jauh lebih besar lagi.

"Sekurang-kurangnya Umno akan berusaha memberikan khidmat yang jauh lebih baik untuk tuan-puan," katanya.

Beliau juga yakin, selepas rombongan beliau balik, Umno akan datang segera ke pulau ini dan memberikan segala kemudahan untuk penduduk tempatan.

"Jadi tuan-puan ambillah apa yang mereka bagi kerana itu hak kita sebenarnya sebagai rakyat...bak kata Menteri Besar Kelantan, bagi duit ambil, bagi kain pakai bagi gula buat air tetapi bila mengundi pilih bulan," kata Hamzah menambahkata Tuan Ibrahim.

Semalam, kira-kira 50 penduduk pulau Shanghai dalam kawasan Parlimen Batu Sapi menyertai PAS. Borang permohonan juga diserahkan kepada Tuan Ibrahim.

Oleh : MUSTAMAN MUSTAIN (sabahkini)

24 comments:
Write comments
  1. konsep kesedarhanaan yg d bawa oleh PAS adalah tepat untuk kita semua sebagai rakyat Merhain.. Amin

    ReplyDelete
  2. KAMI WARGA PR...BERIKRAR BJIHAD MENENTANG KEZALIMAN BN SAMADA DI ALAM SIBER ATAU DI ALAM NYATA.LAWA TETAP LAWANNNNNNNNN!!!

    ReplyDelete
  3. buatlah macam2 peraturan rakyat dah bertikad menhumban UMNOBEND dalam longkang.tolak UMNOBEND pada PRU ke13 ini ABU ABU ABU

    ReplyDelete
  4. baru 25 orang pun nak heboh2 ke.. huhu..

    ReplyDelete
  5. doesn't matter how many members join because the real competition is during election time.

    ReplyDelete
  6. 25 orang tu masih sedikit. tiada yang perlu dibanggakan. parti lain mungkin lebih daripada tu. biasalah ada yang keluar dan ada yang masuk parti juga.

    ReplyDelete
  7. semoga memilih parti yang tepat.

    ReplyDelete
  8. Saya masih rasa PAS kurang sesuai untuk Sabah dan Sarawak disebabkan mereka parti yang fokus dengan perjuangan Islam tetapi Sabah dan Sarawak adalah negeri yang mempunyai pelbagai kaum dan agama. Tidak tahulah sama ada mereka dapat mempertahankan hak rakyat yang bukan-Islam.

    ReplyDelete
  9. Semoga rakyat sendiri akan membuat pemilihan yang sewajarnya bila tiba masa untuk pilihanraya.

    ReplyDelete
  10. mereka ada hak untuk memilih.

    ReplyDelete
  11. Selamat berjuang bersama PAS walaupun bukan ramai rakyat Sabah yang menyokong.

    ReplyDelete
  12. Mengapa PAS tidak memastikan keperluan rakyat mereka di Selangor dan Kelantan ditunaikan dulu sebelum cuba memasuki Sabah? Rakyat Kelantan amat marah kepada kerajaan PAS kerana mereka gagal menunaikan janji 22 perkara kepada mereka.

    ReplyDelete
  13. Pada PRU-13, rakyat Kelantan pasti akan menggulingkan kerajaan PAS kerana mereka cakap tak serupa bikin, bukan sahaja begitu orang asli Kelantan juga mendakwa bahawa keraajaan PAS merampas tanah mereka.

    ReplyDelete
  14. baru 25 orang pun mahu kecoh. Andu bah..

    ReplyDelete
  15. PAS tidak payah bertanding dalam PRU ni di Sabah. Tiada harapan.

    ReplyDelete
  16. Setakat satu dua tempat saja PAS bagi bantuan, rasanya usahlah bermegah sangat.

    ReplyDelete
  17. Terpulang dengan pilihan sendiri untuk menyertai mana-mana parti yang ada.

    ReplyDelete
  18. Sokong atau tidak kita lihat saja nanti siapakah pilihan majoriti rakyat nanti.

    ReplyDelete
  19. Let see how PAS to achieve in Sabah for PRU13.

    ReplyDelete
  20. Moga-moga sertaan ini membawa kesan yang positif.

    ReplyDelete
  21. yang penting pertambahan ahli membawa kesan positif terhadap kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  22. Adakah PAS diterima orang Sabahan?

    ReplyDelete
  23. "Baru saja saya datang berkunjung ke sini, tuan-puan sudah dapat jambatan baru. Bayangkan kalau tuan-puan undi PAS dalam pilihan raya umum nanti, saya yakin apa yang tuan-puan hendak akan diberikan semuanya,"

    pehh, macam la itu jambatan dia yang buat.. kebetulan saja lepas dia datang ada kerja2 pembaikkan dilakukan oleh pihak kerajaan..

    ReplyDelete
  24. berhati2 dengan PAS, jika Kelantan gagal dimajukan selepas lebih 20 tahun PAS mentadbir negeri itu, inikan pula Sabah yang saiznya jauh lebih besar dari Kelantan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.