Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa pulang tergesa-gesa apabila majlis perasmian Karnival Belia Pekan yang dirasmikannya gagal mendapat sambutan.
Sasaran 10,000 kehadiran meleset dengan kira-kira hanya 5,000 sahaja ke majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Merujuk Buletin Online, saksi seorang pegawai tinggi swasta dilapor berkata, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah jamuan petang di Dewan Majlis Daerah Pekan pada 12 Mei lalu itu.
“Majlis bermula jam 3.00 petang dijangkakan kehadiran 10,000 tapi yang hadir kurang 5,000.
“Selepas perasmian dan penyampaian hadiah, PM sepatutnya bersama ke jamuan petang, tapi PM tergesa-gesa berangkat pulang,” katanya yang tidak mahu dikenali.
Beliau menyifatkan tindakan Najib itu membazir kerana meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin satu petanda BN akan tersungkur pada pilihan raya umum akan datang.
“Apa jadi jamuan yang disediakan berpuluh-puluh meja, (akhirnya) cuma tiga meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Datuk Seri Adnan Yaakob), satu meja orang awam, (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita.
“Selebihnya kosong dan yang luar dewan juga kosong,” jelasnya menambah, majlis penyerahan tajaan karnival tersebut kepada Najib juga terpaksa dibatalkan. -KD
Thursday, May 17, 2012
Majlis Najib Di Pekan Tak Dapat Sambutan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pening lalat Najib tinggalkan majlis hahahaha
ReplyDeleteFITNAH SEJA NI..NI PROGRAM ANJURAN P.K.R DI PEKAN..HAHAHA
ReplyDelete5,000 org ini pun kakitangan kerajaan, askar, polis, budak2 sekolah n reporters yg dipaksa datang... di kandang sendiri pun ah cheap gor x laku? ulan bator @ paris boleh sold out mangkali...
ReplyDeletesila lihat kat pentas...kita akan tahu tu pr atau bn...
ReplyDeletePRU13 penentu segalanya..
ReplyDeletePasti rakyat tidak sabar mahu melaksanakan tanggungjawab
ReplyDeleteentah betu ke tidak ni. .tau2 sengaja direka saja.
ReplyDeletemajlis dah habis... orang mau susun pinggan daaa
ReplyDeleteMajlis belum pun mula ni..
ReplyDeletePembangkang tidak mau kalah tu. Baru-baru ni mereka gembar gemburkan bilangan peserta bersih yang dikatakan mereka mencecah ratusan ribu tapi hakikatnya hanya puluhan ribu saja yang datang.
ReplyDeleteMungkin ramai orang yang tidak tahu tentang majlis ini, kalau bukan artikel ini, saya pun tidak tahu bahawa PM kita mengadakan majlis ini pada hari itu.
ReplyDeleteTidak cukup promosi bah ini, jadi bukan semua orang tahu.
ReplyDeleteBetulkah tidak cerita ni?
ReplyDeleteMustahil la dakwaan ini. Selalunya ramai saja yang datang ke majlis PM.
ReplyDeleteKita tunggu saja nanti keputusan PRU 13 akan datang.
ReplyDeletepehh.. Najib tinggalkan majlis awal pun boleh jadi petanda BN akan tersungkur??
ReplyDelete