Tuesday, May 29, 2012

Maksiat Bermaharajalela Di Hari Belia

Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.

Ketua penerangan sayap parti itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.

"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.

Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.

Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut.

Sambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut.

Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut.

Tiga daripadanya cedera parah. -mk


4 comments:
Write comments
  1. bikin kc berdiri butu c haji logiut najib???

    ReplyDelete
  2. UMNOPORNO lah katakan semua majlis yang dianjurkannya mesti bersifat porno. Aduhai Malaysiaku negara Islam!

    ReplyDelete
  3. ISLAM HANYA PADA NAMA.....

    ReplyDelete
  4. haha...citarasa N sehingga sekarang masih tak ubah2.saribuuu....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.