Naib Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fuad Tukirin menafikan cuba menjatuhkan bosnya Mohd Fadil Muskon dengan melobi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Mohd Fuad mengakui beliau dan rombongan 17 Pemuda Umno bahagian di Johor berjumpa Khairy pada 8 Mei lalu tetapi ia tidak berkaitan dengan khabar angin untuk menjatuhkan Mohd Fadil yang dilantik sebagai ketua Pemuda negeri.
"Saya menafikan perkara tersebut. Tidak ada (buat) desakan apa-apa. Kenapa disalahtafsirkan. Kita mengunjungi beliau kerana mahu mengucap tahniah sebab dilantik menjadi pengerusi PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Bhd )," katanya Mohd Fuad sambil ketawa.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Mohd Fuad berkata pertemuan beliau bersama rombongannya dengan Khairy berlangsung di ketua Pemuda Umno di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Mohd Fuad berkata kunjungan mereka itu tidak disertai Mohd Fadil yang juga ketua Pemuda Umno bahagian Ayer Hitam dan beliau "tidak pasti" sebab ketidakhadirannya.
"Saya pergi bukan atas kapasiti naib ketua pemuda Johor, tapi sebagai ketua pemuda bahagian ... Kita maklumkan (kepada semua) siapa nak pergi, pergilah," katanya yang juga ketua Pemuda Umno Bakri.
'Tidak salah manja-manja dengan bos'
Beliau diminta mengulas dakwaan berlaku pergolakan dalam pergerakan Pemuda Umno Johor yang diedarkan melalui e-mel sejak 15 Mei lalu dan dikatakan tersebar luas di negeri kubu kuat Umno itu.
Kumpulan itu juga didakwa memberi kata dua kepada Khairy untuk mengikut keputusan mereka atau mereka akan mendesak menteri besar Johor campur tangan untuk menukar ketua Pemuda Umno negeri.
Diminta mengulas dakwaan tindakan kumpulan mereka itu didalangi Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim, Mohd Fuad sekali lagi mengulangi dengan berkata:
"Tak ada desakan apa-apa. Kenapa buat tuduhan melulu. Yang lain-lain saya no comment (tiada komen)," katanya.
Selain mengucap tahniah kepada Khairy, Mohd Fuad berkata rombongannya turut membangkitkan rungutan terhadap kepada ahli parlimen Rembau itu supaya "tengok-tengok" Pemuda akar umbi di negeri itu.
"Beliau jarang turun. Jangan berada di Kuala Lumpur sahaja. Tidak salah nak manja-manja dengan ketua Pemuda, bos kami," katanya sambil ketawa.
"Kami tak ada baling batu, cakap belakang... Mesti ada pihak yang menangguk di air keruh," Katanya lagi.
-MK
Sunday, May 20, 2012
Pemuda Umno Johor bergolak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BN perintah penuh dengan rasuah...PAS perintah kelantan, ketua audit negara kata rasuah ZERO. Penang, DAP ambil hutang negeri yang besar yang ditinggal makhluk perosak BN dah dikurang lebih 60-70% . Begitu juga negeri Kedah dan Selangor.
ReplyDeleteSama kat mana ? Ko yang skeptik dengan politik dan politikus jahat. Walhal berlambak ahli politik yang baik yang memang jujur nak ubah Msia ke arah lebih baik.
Tumpo kome...Ape yang mamat cakap ni betoi,.. Ni belom lagi bukak pekung di Pej Daerah Perak Tengah, laaaggiiii la banyak seleweng tanah.... Memang kroni2 jer yang dapt...
ReplyDeleteDia ni bukn marh sbb x dpt projek, tp dia dh lma brsabar mksudnya dia dh buat ikut prosedur la tu, mslhnya tak lulus2, birokrasi la tu.
ReplyDelete(Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya; (Al-Mu'minuun 23:63)
AMEKKKKAAWWWWWW UMNO..........JUDI,ARAK,BOCORR....sekarang ambek kawww....janji dia ni sokong PAS ......
ReplyDeleteKalau khabar angin, syukurlah. Jangan pula bergaduh sesama dan matlamat utama pula di dilupakan.
ReplyDeleteJika ada masalah selesaikan masalah itu dengan segera dan jangan biarkan hal itu menjadi alasan untuk pihak pembangkang mencari kesalahan dan membuat gosip.
ReplyDeleteTidak perlulah membesar-besarkan isu ini, jangan begitu serius bah.
ReplyDeleteMohd Fuad Tukirin cuma melobi Khairy Jamaluddin sahaja, tidak bermaksud beliau berniat menjatuhkan Mohd Fadil Muskon.
ReplyDeleteThe next general election is vital and all in BN must ensure a strong mandate for the ruling coalition
ReplyDeleteperpaduan dan kerja berpasukan akan memastikan kemenangan besar kepada BN supaya ia boleh kekal sebagai parti pemerintah
ReplyDeletesetiap ahli UMNO kenalah bersatu padu, apa2 masalah kena diselesaikan dgn cara baik.
ReplyDeleteKalau benarlah, tidak hairan juga dakwaan di mana ahli UMNO tidak mengundi UMNO.
ReplyDeletePergolakan memang ada saja timbul dalam mana2 parti. penyelesaian dengan cara yang lebih profesional tu penting agar kesatuan akan tetap kukuh di kalangan ahlinya.
ReplyDeletePRU13 mahu dekat sudah, ketepikan ego masing2 dan bekerjasama untuk menang.
ReplyDeleteDebat KJ dengan Rafizi hari tu apa cerita?
ReplyDeleteBerhati-hati dengan permainan yang direka oleh pembangkang.
ReplyDeleteahli politik pembangkang Malaysia memang teruk.. kalau dia nampak ahli umno berselisih dengan ketua pembangkang pun dia akan cakap di media konon ahli umno itu berjumpa dengan ketua pembangkang bla, bla, bla.. akan keluar parti tidak lama lagi...
ReplyDeletePrеtty paгt of cоntеnt.
ReplyDeleteӀ јust stumbled uрon youг blоg and in aссeѕsion capіtal to assert that Ι acquire in fаct enjоyеd аccount your weblog
ρostѕ. Αny wау I'll be subscribing on your feeds and even I fulfillment you get entry to constantly fast.
Also visit my blog ... payday loans