Wednesday, May 16, 2012

BN Catat Rekod Cemerlang?

KENINGAU: Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman meminta para pemimpin komponen BN, Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kampung dan Kapitan Cina bekerjasama menggalakkan aktiviti rakyat; seterusnya membantu menyelesaikan masalah rakyat agar dapat memastikan semua calon BN menang dan BN terus memerintah Sabah selepas PRU-13.

Beliau berkata demikian baru-baru ini dalam satu majlis perjumpaan Ketua-Ketua Masyarakat Komponen Bn Termasuk Daerah Tambunan, Tenom, Nabawan, Keningau dan daerah-daerah kecil seperti Kemabong, Sook dan Pagalungan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Ahli Parlimen P.180 Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin; menteri-menteri, Ahli Parlimen dan ADUN, Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, WKAN, ketua-ketua kampung, ketua-ketua masyarakat, Pengerusi-Pengerusi JKKK dan JKDB, kapitan-kapitan Cina dan lebih 2,000 tetamu khas dari Pedalaman Atas untuk mendengar ucapan daripada Ketua Menteri Sabah dan beberapa menteri di Dewan Masyarakat Keningau.

Musa juga meminta semua pemimpin komponen BN agar rajin turun padang bagi merapatkan hubungan dengan rakyat khasnya penduduk di luar bandar. Di samping itu, pemimpin komponen BN dapat menyampaikan sendiri dasar-dasar kerajaan dan memberi penerangan kepada rakyat di luar bandar mengenai kenyataan daripada parti lawan yang tidak boleh dipercayai.

Musa berkata, dakyah parti lawan ialah umpama ubat yang mempunyai racun dan ia boleh membunuh. Maksud beliau ialah propaganda daripada parti lawan tidak boleh dipercayai. Sekiranya rakyat percaya, mereka seperti telah termakan ubat yang beracun dan akan membawa bahaya kepada rakyat.

Musa berkata, tujuan parti lawan ialah memburuk-burukkan kerajaan. Apa yang dikatakan oleh parti lawan tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab.

Sebagai contoh kata Musa, kerajaan BN telah membuktikan selama ini telah melaksanakan banyak perubahan kepada kehidupan rakyat. Sebelum ini banyak agensi kerajaan mengalami kerugian. Namun selama beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, pendapatan kerajaan Sabah telah bertambah berkali ganda dan kini mempunyai RM 4 bilion untuk membangunkan ekonomi Sabah.

Kerajaan BN juga telah menambah gaji dan elaun kakitangan kerajaan. Murid-murid sekolah juga mendapat yuran percuma dan wang RM 100 untuk perbelanjaan pelajar, buku-buku percuma dan komputer (IT) percuma. Banyak kawasan juga mendapat sekolah baru, hospital baru, kilnik 1Malaysia dan kedai 1Malaysia. Inilah dasar-dasar kerajaan telah yang merubah nasib dan kehidupan rakyat.

Musa juga berkata, Kerajaan Malaysia ialah antara kerajaan yang terbaik di seluruh dunia dan boleh bersaing dengan negara-negara maju dengan pendapatan rakyat yang semakin meningkat.

Pada masa kini, di Keningau kerajaan telah membina satu Pusat Kraftangan Sabah. Di Lahad Datu, diadakan satu pusat kilang kelapa sawit manakala di Tawau mempunyai kilang produk makanan. Pendapatan ladang-ladang lembu tenusu, ladang getah dan ladang kelapa sawit juga turut meningkat.

Musa berkata, inilah contoh pemimpin kerajaan BN yang sentiasa turun padang meninjau dan membantu meningkatkan kehidupan rakyat. Semua ini bertujuan untuk membangunkan ekonomi kerajaan khasnya rakyat di luar bandar seperti di kawasan Pedalaman Atas.

Kerajaan juga tidak lupa memajukan pembangunan rakyat dengan memberi peruntukan yang begitu banyak untuk mengubah sikap dan kehidupan rakyat di Pedalaman berbanding dengan pihak pembangkang yang hanya tahu bercakap kosong.

Oleh itu Musa berharap rakyat tidak mudah percaya dengan propaganda daripada parti lawan.

Musa berkata, pemimpin-pemimpin parti lawan ini ialah pemimpin yang pernah menjadi menteri kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin politik kerajaan. Mereka bermimpi ingin menubuhkan kerajaan yang baru. Apakah yang mereka boleh lakukan? Ini kerana semasa mereka memerintah atau berada di dalam kerajaan, mereka juga tidak boleh mentadbir dengan baik.

Oleh itu hanya kerajaan BN sahaja yang boleh mentadbir negara ini khususnya Negeri Sabah dengan begitu baik. Pada masa kini, pembangunan seperti sekolah-sekolah, jalan raya, hospital dan kemudahan infrastruktur yang ada sekarang telah banyak memberi perubahan kepada rakyat.
Selain daripada itu, rakyat juga sedia maklum bahawa kerajaan BN memang boleh dipercayai. Sekiranya rakyat masih lagi mendengar parti lawan, ini umpama termakan ubat racun yang boleh membawa maut.

Musa juga menyindir parti lawan kononnya mereka sangat pandai mahu mengajar itik berenang, namun mereka tidak membawa apa-apa hasil semasa mereka pernah memerintah.

Oleh itu, Musa menyeru rakyat tidak berasa bimbang. Beliau berharap belia dan beliawanis dapat bekerjasama dengan kerajaan BN dengan membuka kebun. Beliau berharap fikiran kononnya membuka kebun tidak membawa apa-apa keuntungan haruslah dikikis kerana dengan berkebun, ramai yang telah berjaya mendapat hasil yang lumayan.

Kata Musa, pada Disember 2007, beliau pernah mengumumkan bahawa seluas 300,000 hektar hutan simpan akan digunakan untuk menanam semula kayu yang berharga.

Dalam satu hektar sebanyak 7,000 pokok kayu berharga akan ditanam termasuk kayu jati dan kayu-kayu lain yang komersil berbanding dahulu, dalam sehektar hanya mempunyai 2 atau 3 pokok kayu berharga sahaja.

Tujuan kerajaan ialah untuk membela nasib generasi muda kerana selepas 20 tahun, kayu ini akan matang dan mereka pada ketika itu boleh mendapat hasilnya. Kerajaan juga melancarkan dasar ekonomi jangka panjang dan pendek agar ekonomi Sabah bertambah maju.

Musa berkata, banyak anak syarikat dan agensi kerajaan yang mendapat keuntungan seperti agensi-agensi kerajaan di mana tidak ada kakitangannya yang tidak mendapat gaji berbanding dahulu ramai syarikat agensi yang tidak mendapat gaji.

Sebagai contoh, syarikat Koperatif Sabah yang sebelum ini hanya mendapat keuntungan RM 7–8 juta sahaja setahun, namun kini telah meningkat dengan keuntungan RM 400 juta.

Oleh itu Musa berharap agar pemimpin masyarakat, ketua-ketua kampung, kapitan-kapitan Cina dapat pulang ke kampung masing-masing dan mengikut program kerajaan serta memberi penerangan dan pengetahuan kepada rakyat tentang dasar-dasar kerajaan bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang.

Oleh : USIM WANGKUI (sabahkini)

2 comments:
Write comments
  1. tidak semestinya rekod cemerlang membuktikan ketelusan kerajaan dalam menyelasaikan masaalah rakyaat,pada pandangan saya pemimpin sabah bukan tidak pandai mentadbir negeri tetapi masaalahnya rakyaat mempertikaikan ketidak telusan kerajaan pusat dalam soal pembangunan dan taraf hidup disabah,contohnya:
    1)kenapa harga getah lebih mahal di malaya dan serawak
    2)Kenapa gaji minimum lebih murah disabah dan serawak
    3)Kenapa ada guru-guru disabah mengajar di malaya mendapat elaun rumah di bawah RM 400.00
    4)kenapa guru-guru dari semananjung mendapat elaun rumah di atas RM 800.00
    dalam senario 4 diatas sudah terang lagi bersuluh kerajaan pusat menganaktiri kan rakyaat sabah,bila kena orang mereka cakap harga barang mahal disabah tapi jika ia diberi kepada rakyaat sabah boleh pula mengatakan harga barang disabah murah...oleh yang demikian bukan kami tidak sokong ini BN tapi kami rakyaat sabah ingin menumbangkan BN di pusat,salah satu caranya kita terpaksa sapu lah Negeri dan pusat...jadi maaf lah BN ini kali lah saya tidak akan undi BN..mungkin lain kali lah saya akan undi BN jika kerajaan baru tidak bagus.

    ReplyDelete
  2. kasi buang saja tu musa aman,pairan dan pemimpin BN Lain kat laut.tak boleh pakai punya pemimpin.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.