Sunday, May 20, 2012

Keluar Umno Akibat Hina Ulama

Mesyuarat Agung Tahunan PAS kali ke-34 di sini mencatat sejarah apabila 50 anggota Umno Kampung Sungai Tias, dekat sini menyerah borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyerahan borang tersebut dilakukan Wan Nor Abdullah, 46 mewakili rakan-rakan lain. Pada majlis itu juga Presiden memakaikan baju-T bergambar Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, timbalannya, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim dan Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria.

Wan Nor ketika ditemui berkata, beliau memilih PAS selepas melihat dasar-dasar kebajikan kerajaan negeri dan PAS lebih baik berbanding Umno. Katanya juga, pemimpin Umno tidak menghormati ulama dan sanggup menghina golongan terbabit bagi kepentingan politik mereka.

“Mereka sanggup mencaci ulama sedang mereka sendiri tidak betul,” katanya kesal.

Rakannya Muhammad Omar, 42 berkata, pemimpin Umno jarang mengambil berat masalah rakyat kerana tinggal jauh dari tempat yang diwakili dalam pilihan raya.

Kata beliau bekas Adun Dabong, Dato’ Ramzi Abdul Rahman bukan orang Dabong dan hanya datang sekali sekala biarpun mempunyai banglo mewah di atas bukit di Jelawang.

“Sedangkan Adun sekarang orang tempatan dan mudah ditemui. Arif sering keluar masuk kampung menemui rakyat tanpa mengira parti.

“Inilah yang menyebabkan saya dan kawan-kawan mengambil keputusan keluar Umno dan menyertai PAS,”tambahnya.

Arifabillah berkata, beliau bersama pemimpin PAS di Majlis Tindakan Dun Dabong sentiasa menganjur program bersama rakyat termasuk Cakna Keluarga, sukan dan lawatan dari rumah ke rumah.

“Alhamdulillah melalui program yang diadakan sejak beberapa tahun lalu berjaya mendekatkan PAS dan penyokong-penyokong Umno sehingga ada yang membuat keputusan menyertai kita,” katanya.

Beliau juga berkata, seramai 30 lagi ahli Umno iaitu dari Kampung Lanchang akan menyertai PAS dalam masa terdekat.

Manakala di Chalil, Gua Musang lebih 100 ahli dan penyokong Umno di tanah rancangan tersebut dijangka membuat kejutan keluar Umno pada satu program yang akan diadakan 20 Mei ini.

Sementara itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, biarpun ada pihak cuba mempertikaikan bekas Presiden Majlis Peguam, Dato’ S Ambiga mengetuai Bersih 3.0, namun bagi PAS persamaan perjuangan bagi membersihkan pengendalian pilihan raya di negara ini lebih penting.

Katanya, soal siapa yang berada di depan Bersih 3.0 tidak menjadi isu utama, sebaliknya matlamat perjuangan memastikan proses pilihan raya telus di negara ini lebih penting.

“Tak kiralah siapa yang berada di depan Bersih 3.0 baru-baru ini, kerana apa yang lebih penting berjuang memastikan pilihan raya benar-benar bersih dan adil,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tersebut.

Manakala ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa pada hari yang sama, beliau menyifatkan Umno menyebarkan ajaran salah apabila mendakwa hanya parti itu sahaja yang boleh memberi pembangunan dan kemajuan kepada rakyat.

“Kerana tamak kuasa Umno sanggup mencanangkan fahaman tersebut, seolah-olah mereka pemberi rezeki kepada rakyat. Umno terus mendabik dada,” ujarnya.

Turut hadir pada mesyuarat agung di Putik itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, anak bekas Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar dan rombongan PAS Kuala Kangsar.

-GB

5 comments:
Write comments
  1. betul doh tu..comel sangat lah.

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya `ridho pengundi` sgt2 dituntut oleh PAS hga suka berkawan, intim dan berzina dgn syaitan dalam usaha membalas dendam! konsep dajjal itu luas.. logo satu mata lebam pada PKR membawa imej PAS yang sgup menang bersama dajjal?

    *mengenai kemajuan rakyat/ negeri, lantaklah asalkn sts tackle `ridho pengundi`..PAS sudah jauh dgn hudud..kebenaran.. hga ulama dan pejuang islam sgup ditolaknya. PAS hanya pengikut dlm PR. demi dendam yg amat kesumat ~ apa nak takut, setiap ucapan2 syok sendiri pemimpin PAS, tiada sesi soal jawab! ahli PAS terutama muslimah kena patuh dengan keputusan pemimpin. wp calon itu pekak, bisu dan buta pasti akan disokong dan diundi demi syurga yang diuar2 oleh pemimpinnya.

    ReplyDelete
  3. SATU ketika dahulu, Nik Aziz - jgn menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia.
    Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz. Ada gambar Nik Aziz menangis sedang berdoa, ada gambar Nik Aziz sedang bersolat dan berbagai-bagai lagi.
    gambar- gambar itu, dan perbuatan itu sebenarnya adalah riak, perbuatan itu juga mengharapkan supaya orang jahil memuji atau mendewa-dewakan Nik Aziz.
    Nik Aziz berkata UMNO tolak Islam. - pihak yang menolak Islam juga adalah kufur. Pihak mana yang sebenarnya menolak Islam? UMNO atau Pas? atau DAP (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh). Rasulullah SAW ada bersabda bahawa al-Quran itu adalah menjadi hujah atau bukti yang kuat untuk menolong diri seseorang itu pada hari kiamat kelak, atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya hingga ditimpakan azab ke atas seseorang itu pada hari tersebut.
    Ini memang jelas. Dengan keterangan ini tiada sesiapa pun boleh atau dibenarkan berdusta dengan ajaran al-Quran iaitu wahyu Allah SWT. Sebenarnya kita tiada pilihan, suka atau tidak suka, kita kena ikut al-Quran, bukan al-Quran kena ikut cakap kita. Nik Aziz suruh al-Quran ikut cakap dia. Contoh, ringkas saja, dalam al-Quran banyak ayat yang Allah melarang kita daripada mendekati syaitan, contoh, di surah Faatir ayat 6 bermaksud:
    Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka. Tetapi Nik Aziz kata, kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana? Allah kata tak boleh, Nik Aziz kata boleh. Jadi, sekarang siapa kufur? Pernahkah pemimpin UMNO kata begitu? Jawapannya adalah tidak. Hanya Nik Aziz sahaja yang berani berkata begitu.
    Pada tahun 1999 (PRU-10) apabila Pas menang di Terengganu, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk mengundi PAS. Kata penceramah itu lagi, Nik Aziz berkata malaikat memegang dan menggerakkan tangan pengundi untuk mengundi Pas. Nik Aziz nampakkah malaikat turun dari langit? Siapa berbohong dan siapa kufur?
    Pada tahun 2004 (PRU-11) apabila Pas tewas di Terengganu lain pula kata penceramah Pas, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai pengundi hantu UMNO datang dari Kuala Lumpur dengan berpuluh-puluh bas untuk mengundi UMNO hingga Pas hilang kuasa. Kata Nik Aziz lagi, ini pilihan raya tidak adil dan pilihan raya tidak bersih. Persoalannya, mana perginya para malaikat di tahun 1999 itu? Siapa berbohong dan siapa kufur?
    Dengan hujah-hujah di atas, seolah-olah pada tahun 1999 Nik Aziz nampak para malaikat turun ke bumi, dan pada tahun 2004 Nik Aziz nampak hantu pula sebagai pengundi. Tidak logik langsung. Nik Aziz ialah manusia biasa. Nik Aziz bukan manusia istimewa. Nik Aziz bukan manusia ajaib. Nik Aziz bukan antara 10 sahabat Nabi SAW yang dijanjikan syurga oleh baginda. Nik Aziz ialah Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 (22 tahun lalu). Nik Aziz juga seperti manusia lain, Nik Aziz juga terikat kepada ibadat kepada Allah SWT, Nik Aziz juga tertakluk kepada syurga dan neraka.
    Namun, Nik Aziz sentiasa bercakap besar seolah-olah dia adalah manusia paling hampir dengan Allah SWT.
    Saya masih ingat, menjelang PRU pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 penceramah Pas menggunakan strategi yang sama iaitu mana-mana calon yang diputuskan oleh parti merupakan calon terbaik kerana Nik Aziz mendapat petunjuk setelah bermunajab kepada Allah SWT.
    Penyokong tidak boleh menolak mana-mana calon yang diputuskan oleh parti kerana ia telah diputuskan terlebih dahulu oleh Mursyidul Am Pas setelah diperkenankan oleh Allah SWT kata penceramah Pas dengan sombong, dan disambut dengan takbir, takbir, takbir.
    Tetapi yang peliknya ramai juga calon yang diputuskan oleh Nik Aziz itu telah tewas di tangan UMNO. Para pembaca boleh fikir sendiri

    ReplyDelete
  4. saya sekeluarga tetap sokong UMNO& BN kerana parti ini menepati janji. ada sesi dialog selepas berucap. menghormati semua agama. tidak mengeksploitasi agama islam! bina sekolah agama rakyat. bina masjid.
    kepada yang keluar parti tuh, moga anda berbahagia.. amiiin.

    *umno...bn

    ReplyDelete
  5. UMNO-BN adalah parti lama patut sekarang di tukar jangan makan ikan masin saja cuma rasa yang lain ikut cara USA tiada parti kekal lama
    peminpin setiasa di tukar ganti manalah tau ada giliran kita.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.