Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.
Noor Azman Azemi (gambar atas, kedudukan di tengah) yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.
"Yang paling rendah sebanyak RM100,000... Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.
Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.
Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Wednesday, May 16, 2012
Azman Lihat Zahida Masuk RM1 Juta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hahaha..Seluruh rakyat Malaysia kenal Shafie Afdal tapi ko kata tak kenal...Oooo..Dulu masa terima duit bukan main lagi ko kenal tapi bila dah kantoi semua org ko dah tak kenal wahai Zahida manis...
ReplyDeletedekat seorg artis dia bagi RM 1 juta....dekat 150 keluarga org asli utk baiki rumah dia bagi RM 50 ribu sahaja.org asli tak pandai guna duit, artis banyak nak guna duit.....org asli buat rumah bangsal gitu2 shj, artis kena bina banglow RM 1.4 juta.....
ReplyDeleteJangan kasi malu kami orang SABAH bah Shafie . . . mangaku saja macam Chua Soi Lek ndak panjang cerita bah.
ReplyDeleteAdillah ni....artis belaan menteri dapat RM1 juta, peneroka pula dapat RM15K, nak apa lagi?
ReplyDeleteUNTUNG LA MENTERI-MENTERI MAIN JUTA-JUTA DAN BILION ... RAKYAT MERANA PUAS KEJE SIANG MALAM NAK CARI MAKAN .. UNTUK SARA ANAK BINI NAK MAKAN ... DIA ORANG SENANG-SENANG JER .... CAM NA NIEEEE ... RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN .......
ReplyDeletepemimpin umno songlap juta2 ni biasa jer, kalau lambat sangat nak kira diorang pakai timbang jer duit tu, main kilo2 punya, 1,2 juta celah gigi jer
ReplyDeletezahida rafik bukan lah artis TOP
ReplyDeletedan bukan selalu sangat dapat JOB
jadi, dari mana datangnya INCOME beliau
yang dilihat di LUAR kemampuannya.
LHDN patut datang buat TAX AUDIT.
jika zahida benar-benar KAYA kerana usahanya
adakah beliau membayar CUKAI yang sepatutnya.
dan menteri, dari mana datang WANG JUTA-JUTA?
apa bisnes yang menteri BUAT?
artis, menteri jangan GELABAH
biar polis & LHDN buat KERJA
dah SIASAT baru boleh TAHU
benar atau tidak DAKWAAN ini
knp bapa mertua SAPIe x afdal [trio datuk T] lambat betul kc keluar video baru???
ReplyDelete