Friday, May 25, 2012

Janji Kosong Wakil Rakyat?

Saudara Pengarang,...JALAN utama Kampung Ayer di hadapan rumah Tun Sakaran ini telah dilaporkan kerosakannya sejak tahun lalu di media masa termasuk SabahkiniTV (TONTON VIDEOKLIP), namun tiada sebarang diambil untuk memperbaikinya, sama ada oleh Jabatan Kerjaraya, Majlis Daerah Semporna, ADUN dan Ahli Parlimen yang sebelum ini berjanji akan mengatasi masalah ini.

Maka benarlah kata orang bahawa kuasa harta dan wanita mengatasi kuasa warga; buktinya ada pemimpin yang sanggup menyerahkan wang tunai RM1.5 juta, rumah bernilai RM4 juta, kereta bernilai RM1 juta dan belanja bulanan lebih RM100,000 kepada gundik dan artis; tetapi tidak mampu menggantikan sekeping papan jambatan atau menampal lubang aspal.
Jalan yang terletak bersebelahan Masjid Daerah ini telah lama rosak namun terbiar begitu sahaja sehingga menyusahkan penduduk Kampung Ayer yang mempunyai pengundi paling ramai bagi DUN Senallang, DUN Bugaya dan juga Parlimen Semporna.

Kampung Ayer adalah kampung tradisi yang dihuni oleh penduduk asal Daerah Semporna, pernah dan sedang diwakili oleh hampir semua Adun dan Ahli Parlimen Semporna kerana sehingga ke hari ini rumah-rumah asal Wakil Rakyat berkenaan masih ada di sini walaupun majoriti mereka telah berhijrah dari kampung ini.

Namun, benarlah kata orang sifat manusia yang lupa daratan memang masih wujud di zaman moden ini, maka dakwaan pemimpin masyarakat Semporna sebelum ini bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan hanya menaburkan janji 'KOSONG' dan 'PEMBOHONG’ adalah tepat.

Jesteru itu saya mewakili penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai pengundi hampir 2,000 orang supaya jangan lagi memilih wakil rakyat yang tidak peka kepada kehendak rakyat dan suka bercakap bohong walaupun telah diberi peluang selama tiga atau empat penggal.

Pilihlah saya sebagai Wakil Rakyat baru kerana mereka telah diberi peluang seluas-luasnya oleh rakyat dan telah diberi sebesar-besar kuasa oleh kerajaan sehingga menjawat menteri penuh kabinet Sabah dan Persekutuan sejak berpuluh tahun lalu, namun isu sekecil jalan Kampung Ayer ini pun tidak dapat diselesaikan.

Sekian,
Salam Hormat,

ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH
(Sabahkini)

10 comments:
Write comments
  1. Kalmarin di akhbar Harian Express menyiarkan keluhan masyarakat di KG Kelatuan Papar yang mana jalanraya mereka diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional. Jalanraya tersebut diselenggara dengan baik semasa era USNO, Berjaya dan PBS. Tapi apabila BN memerintah diabaikan. Kali ini di semporna pula. Belum lagi masuk jalanraya Penampang Lok Kawi melalui Maang yang runtuh tapi tidak ada tindakan dilakukan selain menutup kanvas. Inikah pembangunan yang BN bangga-banggakan. BARISAN NASIONAL hanya tahu janji itu dan ini sebagaimana kata Najib undi BN semua selesai. PENIPULAH kenapa jalan-jalan tersebut diabaikan. Barisan Nasional kehabisan wang kerana dibagi-bagikan sesama sendiri oleh pemimpin-pemimpinnya. Sebab itu BN tunggu lepas pilihanraya umum untuk mengenakan cukai maksimum kepada rakyat. Talqinkan BN pada pRU13

    ReplyDelete
  2. sebenarnya banyak lagi jalan-jalan yg rosak yg tak mampu di baiki oleh BN sabah,...jalan-jalan di Merotai juga sama situasinya begitu juga jalan di sepanjang laluan Tawau - Kunak - Lahad Datu - Sandakan - Telupid - Kota kinabalu hampirnya semuanya seperti jalan tak berkerajaan yg mampu untuk di baiki....apakah BN dah kehabisan wang ??????????????????? kita tukar kali ini kerajaan BN kepada PR....ok bos//////

    ReplyDelete
  3. macam mana kalau kerajaan BN selalu guna kapal terbang mana rasa ada lubangg!!!

    ReplyDelete
  4. SAPIe x afdal sibuk tampal lubang ZR bah...

    ReplyDelete
  5. he..he tu lubang terbaiiiikkk

    ReplyDelete
  6. Itu lubang apa bosss? apa lubang jalan Raya atau lubang sedap!

    ReplyDelete
  7. Penyakit lubang emas harga juta-juta.

    ReplyDelete
  8. HeHeHEEE ini lubang cobaan atau lubang betul-betul!

    ReplyDelete
  9. ni pasti lobang betul punya...

    ReplyDelete
  10. Sama2 kita bergerak dan mnympai maklumt yg benar. Kita tahu pemimpin UMNO/BN akn berhabis2n mnafikan fkta dn memutrbelitkn kbnran dn kenytaan. Pemimpin UMNO/BN bertukar ganti tetapi senario dn konsp perjuangn mereka dari dulu sampai kini adalh sama tdk berubah. Rakyat akn terus dprbodohhkn dn tipu olh pimpinan UMNO/BN pd hr ini dari dahulu sdgkn mrka tlh gagal dn tak dapt menfikn btpa derita rakyt gd harga barang2 kprluan bukn turun tetapi semakin hrga barg naik mnyiksa dn mmbuat rakyat smkin miskin tk dapt tmpg keprluan harian fikirknlh dg org kg yg tiada sumbr pndptn bgaimana mrka biaya anak2 yg ramai dn untk sekolah yg sptutnya?....Keturunn Tun Sakaran sampai Shafie apdal tlh gagal dn tak layak jd pemimpin daerah Semporna krn mrka hnya jaga kluarga gn kpntgn kroni. Dimn kekayaan Datuk shafie dn Datk Nasir slma ini tiada rumah di SEMPORNA?....tetpi mrka bukn sj ada rumah didaerah lain tetpi pasti mrka masing2 ada rumah diluar NEGARA trmasuk mnyediakn rumah gundik mrka. Pemimpin ini Zalim dan pgkhianat amt penipu BESAR! Sila datg dan lawat keseluru kg2 yg trdapt didaerah SEMPORNA hri ini masih ramai yg MISKIN dn tiada sumber perusahaan!Siapa dalg prushn SEAFISH?..siapa dalg G-MART dn kmana hignya TAPAK PUTU SMPORNA?...Siapa pncroboh tanah KOLABEBANG dan TAGASAN,PJ NAGOS dn bnyk lg....siapa disekllg pgursn pntdbrn mrka adlk trdri dr hamba bodoh yg hnya ANGOK KEPL! knpa Dtk Najib TAKUT DEBAT dg Dtk seri Anwar Ibrahim?....Kali ini rakyt semporna buat perubahn,musnahkn pgaruh dn penipuan kroni Tun Sakarn tumbgkn UMNO/BN yg zalim dn penipu. AYU KITA IKUT ROKET NAIK KE BULAN CARI KEADILAN UNDI P A K T A N untk semua rakyat Malaysia hidup aman hak rakyat tempatan dapt diselamatkan. Hubungi sy atau tgglkn mesj di no ini 01114114364

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.