Sunday, May 20, 2012

Nelayan Sengsara Angkara Birokrasi

Kira-kira 150 bot nelayan tidak dapat ke laut sejak Jumaat lepas kerana karenah birokrasi dalam pengurusan bekalan minyak diesel bersubsidi.

Pengerusi Persatuan Pemilik Kapal Nelayan Kota Kinabalu, Simon Hong, mendakwa masalah kekurangan bekalan minyak subsidi itu disebabkan karenah birokrasi antara agensi berkaitan menyebabkan kira-kira 150 bot nelayan kehabisan minyak.

Katanya, bekalan minyak diesel bersubsidi yang diperkenalkan sejak 2006 itu ternyata memberi manfaat kepada mereka, tetapi langkah menghentikan bekalan itu secara tiba-tiba menjejaskan pendapatan golongan nelayan terbabit.

“Akibatnya, harga ikan naik secara mendadak dan menyusahkan kehidupan rakyat,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel terkemuka, dekat sini, petang kelmarin.

Beliau yang juga Naib Presiden Gabungan Persatuan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah berkata, apapun karenah birokrasi, bekalan minyak subsidi perlu dibekalkan untuk membolehkan nelayan ke laut.

Menurutnya, bekalan minyak subsidi diesel itu terjejas sejak Jumaat lepas kerana masalah birokrasi melibatkan agensi-agensi berkaitan dan yang menerima kesan ialah golongan nelayan dan rakyat.

Sementara itu, persatuan itu juga meminta agar jumlah kuota bekalan minyak diesel bersubsidi itu dinaikkan kepada 3.5 juta liter sebulan kerana jumlah yang sekarang iaitu 2.5 juta liter tidak dapat menampung keperluan.

Katanya, satu ketika dahulu, jumlah bekalan minyak diesel itu pernah dinaikkan kira-kira 3 juta liter sebulan, tetapi kini jumlah yang ada tidak dapat menampung keperluan nelayan.

“Kalau dulu, satu bulan boleh empat trip, kini dalam tempoh dua bulan, hanya lima trip bot nelayan turun ke laut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan diesel bersubsidi tetapi kesal terhadap agensi-agensi yang diamanahkan kerana karenah birokrasi menyebabkan banyak bot tidak dapat turun ke laut menangkap ikan.

“Yang teruk nelayan, ikan terpaksa dijual mahal, rakyat jadi susah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar masalah birokrasi yang menyebabkan kekurangan bekalan minyak bersubsidi itu dapat ditangani segera bagi membolehkan golongan nelayan khususnya pengusaha bot nelayan keluar menangkap ikan.

Oleh : ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN
-(theborneopost)

27 comments:
Write comments
  1. satu lagi projek barisan nasional!!!

    ReplyDelete
  2. 1 ketika dulu, didedahkan bahawa subsidi seumpamanya 'diambil' di keningau n tenom...diesel digunakan utk operasi menembak bakas???

    ReplyDelete
  3. selsaikan hal ini, para nelayan sukar nak melakukan aktiviti menangkap ikan jika tiada diesel.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya nelayan begitu bergantung kepada subsidi yang diberikan oleh kerajaan. mungkin nelayan perlu sesuaikan keadaan dengan tidak terlalu berharap pada kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Masalah yang dialami oleh nelayan turut dirasai oleh pengguna bila harga ikan pun naik. harap birokrasi janganlah keterlaluan hingga menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Jabatan yang mengurus subsidi minyak patut kurangkan birokrasi supaya boleh memudahkan para nelayan mendapat bantuan mereka.

    ReplyDelete
  7. Semoga subsidi diesel ini akan sampai ke tangan nelayan supaya tidak menjejaskan pendapatan mereka.

    ReplyDelete
  8. karena birokrasi haruslah dikurangkan. jgn rumitkan keadaan.

    ReplyDelete
  9. Birokrasi perlulah dikurangkan untuk memastikan keperluan rakyat sentiasa diperlindungi.

    ReplyDelete
  10. Subsidi diesel itu adalah usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan beban para nelayan dan membantu mereka meningkatkan kualiti kehidupan.

    ReplyDelete
  11. Semoga pegawai awam yang mengurus isu subsidi diesel ini akan memastikan bantuan ini disampaikan ke tangan nelayan setiap bulan.

    ReplyDelete
  12. Sama2 mahu cari makan pun, buat hal lagi.

    ReplyDelete
  13. Gara2 masalah birokrasi, semua pun kena impaknya. Baikilah kelemahan pengurusan jika ada.

    ReplyDelete
  14. Pengurusan subsidi diesel ini patut diurus dengan baik dalam memastikan kelancaran aktiviti para nelayan untuk turun ke laut. Mana tahan kalau harga ikan mahal.

    ReplyDelete
  15. Perkara ini cuma akan menyebabkan kenaikkan harga barangan tersebut. Harap akan dapat diselesaikan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  16. Masalah ini menghantui para nelayan.

    ReplyDelete
  17. Masalah ini harus diuruskan dengan baik agar nelayan dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.

    ReplyDelete
  18. Pihak yang bertanggung jawab harus memastikan pengagihan diesel dibuat dengan baik dan lancar untuk mengelakkan masalah.

    ReplyDelete
  19. Kelemahan harus diperbaiki lagi.

    ReplyDelete
  20. Bekalan yang tidak mencukupi akan menyebabkan harga haasillaut menjadi mahal.

    ReplyDelete
  21. Kaedah yang ringkas harus digunakan supaya subsidy sampai ke tangan dengan masa dan jumlah yang tepat.

    ReplyDelete
  22. Semoga tindakan wajar untuk menyelesaikan masalah birokrasi.

    ReplyDelete
  23. Bagi mereka yang kurang pendapatan, subsidy ini amat penting agar tanggungan mereka dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  24. Pengurusan subsidy harus bijak.

    ReplyDelete
  25. Kerajaan harus bijak dan mengambil langkah yang wajar sementara masalah masih dapat dikawal.

    ReplyDelete
  26. Yang pentign subsidy kena sampai ke tangan dengan mencukupi.

    ReplyDelete
  27. jika wujud penyelewengan diesel dalam mana2 agensi2 yang berkaitan, baik buat terus laporan sprm.. janggan tunggu sampai para nelayan terpaksa guna sampan dan pendayung untuk menangkap ikan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.