Kemarahan terhadap akhbar Umno, New Strait Times (NST) ekoran tindakannya menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'Bapak Kafir' merebak ke Pulau Pinang pula.
Semalam Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan 'sanggup ke titisan darah terakhir' untuk mempertahankan maruah ulamak daripada dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agama.
Kata-kata perangsang diluahkan pimpinan kedua-dua sayap PAS di Pulau Pinang itu ketika berdemontrasi secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tengahari semalam.
Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Zakaria Hamzah.
Turut serta adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ust Hasbul Nizal Zakaria, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Redwan Ramli, Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Shafirol Rozali, Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad serta Ketua PAS Cawangan Guar Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakalani.
Kesemua nada ucapan serentak kesal dengan akhbar NST dan mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang melapur dan mengeluarkan kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertamadhun.
Kerajaan negeri Kelantan telah menghantar notis kepada NST dan Rahim agar memohon maaf dan membayar gantirugi. Namun selepas tamat masa yang diberikan, NST tidak berbuat apa-apa menyebabkan mereka mengambil keputusan akan memfailkan saman itu di mahkamah minggu depa ini.
Biadab
"Kita mahu NST dan Rahim Noor segera minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataan yang amat biadap dan memalukan.
"Sampai sekarang NST dan Rahim Noor tidak memohon maaf dan ini menunjukan ada dalang yang melindungi mereka, " tegas Ustaz Soid Mohd Amin ketika memulakan ucapan di pentas menggunakan lori berwarna hijau di perkarangan masjid itu.
Menurutnya, mereka tidak langsung menghormati maruah ulamak sehingga sanggup memperlekehkan institusi berkenaan dengan hina sekali.
Akhbar yang menyiarkannya terlebih bersalah sebab ini bukan perkara baru NST melakukanya bahkan pernah beberapa kali menyiarkan kenyataan yang menghina Islam.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria pula membidas peranan mufti kerana tidak pantas mengeluarkan fatwa tentang penghinaan terhadap Nik Aziz sebaliknya bertindak cepat apabila sesuatu isu yang ada kepentingan dengan Umno dan Barisan Nasinal (BN).
"Mana dia mufti bila bertembung isu itu. Tentang Bersih mereka begitu cepat bertindak nampak sangat mereka bertindak tidak adil, " tegasnya.
Seramai 200 orang berkumpul selama sejam tanpa ada apa-apa gangguan polis bagi menyuarakan pandangan serta luahan hati kepimpinan yang begitu prihatin apabila institusi ulamak dipermainkan.
Semalam dua demontrasi diadakan serentak iaitu sebelah tanah besar di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh manakala sebelah pulau di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang.
Sunday, May 20, 2012
Isu Bapa Kafir: Kemarahan Merebak Ke Pulau Pinang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Taukeh judi menuduh ulama bapa kafir?
ReplyDeleteitu poker, russian roulette, blackjack, etc HALAL maa [klu ikut fatwa mufti UMNgOk]...
ReplyDeleteTgo bangsa mereka sesama yang mencari hal dan masalah. Apahal? Baik kamu berfikir apa yang akan terjadi pada diri anda jika anda suda menemui ajal. daripada menghakimi sesama, Tuhan lagi berkuasa untuk menghakimi.
ReplyDeleteApapun jangan lah bergaduh sesama kerena tidak akan kemana juga kita. Satu hari nanti semua ini akan berakhir juga.
ReplyDeleteNST perlulah meminta maaf kerana menggunakan ayat yang kurang baik dalam penulisan mereka.
ReplyDeleteDiharapkan penyokong Tok Guru akan menghadapi isu ini dengan cara yang betul.
ReplyDeleteni la jadinya kalau agama pun dipolitikan
ReplyDeleteHarus elakkan perkara2 seperti tu terjadi, kita harus menjaga sensiviti rakyat M'sia
ReplyDeleteLepas ni jangan pula panggil sesiapa saja kafir.
ReplyDeletePerlukah mahu berdemo macam ni selalu?
ReplyDeletetak baik menuduh sesama Islam Kafir.
ReplyDeleteMemang payah ni kalau hal2 tentang agama dicampuradukkan dengan politik.
ReplyDeleteBila ada masalah mesti berdemo.tidak habis2 dengan demo.
ReplyDeleteJadi tunggu apa lagi?? Saman NST mengenai perkara ini.
ReplyDeleteorang2 bawahan dia sendiri yang mengamuk.. ingatkan semua rakyat pulau pinang..
ReplyDeletedaripada buat demo dan sanggup ke titisan darah terakhir, kenapa tidak saman saja NST?? cuba PAS bandingkan apa yang NST buat dan apa yang Hamza Kashgari buat.. mana satu yang lebih teruk?? kenapa tidak buat tindakan yang sama terhadap Hamza Kashgari??
ReplyDelete