Tuesday, May 22, 2012

BERSIH 3.0: Anwar, Azmin, Chegubard didakwa

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.

Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok.

Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.

Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama.

Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka.

dataran breach barricade cordon 290412 azmin aliNotis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912.

Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.

Difahamkan Anwar juga menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru in.

bersih 3 rally 180512 01 bangkok bankSementara itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar - Ibrahim Yaacob - mengesahkan ketua umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam 2.40 petang.

"Datuk Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis disampaikan notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di dalam mesyuarat dan perasan telah diterima oleh saya," katanya dalam jawapan SMS kepada Malaysiakini.

Menurutnya, terdapat dua pertuduhan berasingan - (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 188 dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen 4(3).

"Kita akan jumpa mereka di mahkamah...," tegas Ibrahim

Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat disahkan.

Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan saman tersebut telah dihantar kepada Anwar, Azmin dan Chegubard.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Majistret, Jalan Duta pagi esok bagi menjawab tuduhan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 735).

-mK

6 comments:
Write comments
  1. Memang itulah hasrat Kerajaan, Anwar. Anwar. Anwar. Tak sudah-sudah dengan Anwar.. Ayuh kita bermunajat dan berdoa setakat kemampuan kita.. allah Allah lepaskan Anwar dan Azmin ..kita wajib berdoa semoga kehancuran UMNO dan Allah memberi balasan laknat kepada mereka-mereka yang tak habis2 mencari jalan untuk menjahnamklan Anwar.. Aminn

    ReplyDelete
  2. setelah strategi menggunakan geng2 tonggeng bontot tidak membawa apa2 hasil,

    Umngok tidak pernah putus asa , setiap saat, malam pagi petang pasti mereka akan memikirkan bagaimana cara2 lain untuk menamatkan riwayat politik DSAI, tidak putus2 difitnah, diserang, dimaki,, maka Inilah TALIAN HAYAT yang terakhir UMNGOK untuk menamatkan jawatan DSAI dan Azmin sbgai wakil rakyat tambah2 lagi menjelangnya PRU13 ini..makcik, pakcik, uncle, auntie, serta 299.999 ratus ribu orang lagi yang menyertai himpunan Bersih 3.0 kenapa tidak didakwa sekali??

    ReplyDelete
  3. hahahaha....3 orang tu je....ada lagi berpuluh ribu lagi yg hadir....bagaimana??

    tak nak dakwa ke yg berpuluh ribu lagi yg hadir tu....cari semua maklumat pasal mereka2 yg hadir tu...hahaaha....guna gambar je...cam semua yg hadir...wakakaka

    berani ke??A Samad Said tak nak dakwa??dia pengerusi lagi..dia pun ada jugak....ramai lagi pemimpin politik yg hadir...

    veteran wanita MCA Melaka tu tak mau dakwa??hahahaha

    ReplyDelete
  4. Usaha untuk mengusung pemimpin pakatan ke mahkamah kerana kesalahan menggalakkan rakyat sedar akan hak mereka, akan membuatkan pemimpin pakatan rakyat sibuk turun naik mahkamah, dan ini akan membataskan pergerakkan mereka, itu sangat perlu kerana pilihanraya semakin hampir, saat ini terlalu runcing buat umno, kemaraan pakatan rakyat membuatkan umno semakin sampai ke penghujungnya.

    ReplyDelete
  5. ha..ha PR tak akan goyang BN tatap tumbang!!!

    ReplyDelete
  6. UMNgOk fikir akan menang percuma tanpa AI? kebangkitan rakyat tetap menyala, panas n membakar!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.