Thursday, May 24, 2012

Hari-Hari Terakhir DAP Di Sabah?



SIKAP suka mencari fasal pemimpin DAP yang selama ini mengamalkan sindrom politik longkang dan sampah akan menyebabkan Ketua Parti itu di Sabah, Jimmy Wong Sze Phin terpaksa menghitung hari-hari terakhir DAP di Sabah.

Tinjauan rambang yang dilakukan Sabahkini.net di kawasan parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung, Tawau mendapati para pengundi sudah mula mengabaikan DAP daripada senarai parti pilihan mereka setelah segala aduan kepada DAP memerlukan keprihatinan BN untuk diselesaikan.

Khidmat bakti DAP di Sabah, dilihat lebih sebagai 'Minta Puji' dan hanya 'Parti Tunjuk Menunjuk' iaitu mensasarkan longkang, sampah sarap, bangunan usang, saluran najis, jalan rosak dan segala kerja yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak tadika!

Daripada 10,000 email yang mempelawa pandangan mereka berhubung peranan DAP di Sabah yang dihantar kepada responden terpilih di Parlimen Kota Kinabalu, 60 peratus menolak DAP; 30 peratus mahu calon baru dan 10 peratus berkecuali.

Ramai di antara mereka mempertikaikan kewibawaan satu-satunya Ahli Parlimen DAP dari Sabah, Dr Hiew King Cheu yang sebelum ini terlibat dengan Ijazah Kedoktoran Palsu; sebagai 'Penyibuk' dan gagal merancang pembangunan untuk Bandaraya Kota Kinabalu.

Kematangan responden begitu ketara kerana mereka mencadangkan agar Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee turun menentang calon DAP termasuk Dr Hiew (jika dipilih semula) di Parlimen Kota Kinabalu bagi meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat Sabah terutama berhubung isu keselamatan dan kesejahteraan bandar yang gagal dilaksanakan Dr Hiew selama ini.

Lagipun pada pilihanraya umum 2008, Hiew King Cheu memenangi kerusi Parlimen Kota Kinabalu dengan majoriti yang kecil iaitu 106 undi sahaja kerana hanya menerima 9,464 undi berbanding dengan pengundi yang menentang beliau iaitu seramai 18,119 orang.

Kata mereka, calon SAPP lebih relevan mewakili suara rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar terutama Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu; terutama kecemerlangan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soi Bui.

Manakala 3,000 twitter yang dihantar kepada para pengundi yang dipilih secara rambang di Sri Tanjung juga menerima makluman balas yang mengejutkan kerana mereka mengharapkan Tan Sri Liew Yun Fah yang menjadi Wakil Rakyat mereka; tidak kira mewakili parti apa sekalipun.

Ramai responden juga mempertikaikan Sijil Anak Negeri Palsu Jimmy Wong yang disifatkan sebagai menzalimi Anak Negeri Sabah dan merampas hak tanah adat yang hanya layak dimilik Anak Negeri Sabah yang tulen dan bukannya melalui jalan curang.

Jika Jimmy dan Hiew berani menggunakan Sijil dan Ijazah palsu, adalah tidak mustahil jika mereka akan turut membeli undi palsu daripada pengundi hantu yang selama ini menjadi pengikut setia mereka kerana DAP di Sabah umpama panggung wayang yang kehilangan pengunjung.

Mereka menyifatkan Jimmy sebagai Ketua DAP berperangai seperti 'Itik Tempang' yang langsung tidak memberikan sumbangan yang besar kepada parti, pembangkang; malah kepada rakyat Sabah kerana lebih Pro kepada BN.

Pada pilihanraya umum Ke 12, Wong Zse Phin @ Jimmy memenangi kerusi DUN Sri Tanjung dengan majoriti 1,172 setelah mendapat 5,359; tetapi seramai 7,277 pengundi telah memberikan undi mereka kepada Kong Hong Ming (PKR) 3,090 dan Samson Chin Chee Tsu (BN) 4,187.

Ketika itu (2009) Pakatan Rakyat bertanding sesama sendiri menentang calon BN, namun pada kali ini jika satu lawan satu senarionya jauh berbeza, apatah lagi dengan kehadiran parti baru seperti STAR.

Apakah selepas PRU-13 nanti, DAP hanya menjadi sebahagian daripada sejarah kerana tidak lagi relevan dan hanya menjadi batu penghalang kepada kemajuan serta musuh dalam selimut Pakatan Rakyat?

Oleh : CHNG WAI SIM (sabahkini)

6 comments:
Write comments
  1. Yg pentingnyer rakyat Sabah jgn tertipu dgn permainan BN yg merbahaya iaitu ic projek.Sampai bile rakyat Sabah mau sedar ye. Saya sudah lama menetap di Sabah, sedih dan terkejut perkara ini berlaku dan di Semenanjung sudah ramai mat pakistan dpt jadi pemandu teksi kerana ada psv..lesen psv ini pulak terpaksa dikeluarkan kerana mat pakistan miliki ic rakyat malaysia walau baru 5 tahun di sini dan isteri masih di negara asal. Bila sya teliti, ic dr Sabah rupenyer. Kita bukan brcakap soal pembangkang atau kerajaan..tp brcakap soal kedaulatan negara kita sndiri

    ReplyDelete
  2. Lihatlah di kampung-kampung sekitar Kota Kinabalu betapa ramainya pakistan membuka kedai runcit di setiap kampung. Macam mana dapat lesen kalau mereka tidak ada IC. Masih berdolak dalik lagi UMNO dengan penubuhan RCI?

    ReplyDelete
  3. DAP atau SAPP 2x5 saja, ayuh undi BN lagi berbaloi.

    ReplyDelete
  4. Jgn komplen bila PATI bertamabh. Undi lagi BN.

    ReplyDelete
  5. yang itu mali dari hong kong menatap sini pun kita tida tau o...lagi banyak o.sakap malayu pun tarak tau o

    ReplyDelete
  6. Bukan DAP yg tak relevn, Pemimpin UMNO/BN yg tak relevn! UMNO/BN memerintah dalm malaysia merdeka 55th apa yg ada hnyalah SALAH GUNA KUASA,RASUAH SEMAKIN MNJD2, PGKHIANAT dan ZALIM PEMIMPIN UMNO/BN kepada RAKYAT tmptn krn mghalalkan org asing tlh bnyk dbuatkan pgikhtirfn jd anak watan, Pnduduk dn boleh mgundi. SIAL!!!dan PGKHIANAT hak bumiputera!!!. Kali ini lah rakyat Malaysia perlu buat perubahan. Tumbgkan UMNO/BN kerajaan Zalim dn pgkhianat! Salahgunakuasa, rasuah dan hnya jaga kroni. Org lain yg kaya-raya tetapi org tmpatn yg bnyk miskin dn derita dtmpt sndiri. Kali ini lah rakyat untk buat perubahn undi P A K A T A N untk semua berubah.Kenapa Datuk Seri Najib TAKUT DEBAT dg Datuk Seri Anwar Ibrahim?.........hubungi sy jk ada yg prlu dkgsi sama 01114114364

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.