Sunday, May 27, 2012

Dr M ‘terdesak’ untuk kekalkan BN berkuasa

Lim Kit Siang hari ini menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan keganasan akan sentiasa berlaku jika Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya akan datang, beliau turut menambah bahawa kenyataan itu menunjukkan bekas perdana menteri itu berada dalam “keadaan terdesak” untuk meletakkan Barisan Nasional (BN) dalam kuasa.

Semalam, Dr Mahathir memberi amaran di dalam blog beliau dimana keganasan daripada perusuh pada perhimpunan Bersih 3.0 merupakan permulaan kepada “demonstrasi ganas yang berlanjutan” jika PR kalah dalam pilihan raya yang akan diadakan pada tahun ini juga.

Akan tetapi Lim (gambar), yang merupakan Pengerusi DAP, berkata bahawa dakwaan Dr Mahathir adalah “satu khayalan lengkap imaginasinya” kerana beliau mempunyai satu “wang taruhan peribadi” dalam hasil pilihan raya umum berikutnya.

“Ini berkemungkinan bahawa beliau dapat merasakan selepas Perhimpunan Bersih 3.0, UMNO dan BN akan kalah di Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang? Lim berkata dalam satu kenyataan hari ini.

“Dan ini bermakna, senarai rasuah dan kesalahan penggunaan kuasa sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri yang disimpan selama ini akan terbongkar dan beliau melakukan apa sahaja untu mengelakkannya daripada diketahui ramai?”

Dr Mahathir dilihat mampu menyedari kesan penuh daripada perhimpunan Bersih yang menyaksikan “200,000 ke 300,000 rakyat Malaysia” berhimpun untuk pilihan raya yang bebas dan adil walaupun terdapat kuasa tinggi yang cuba menggagalkan Bersih 3.0 dan PR.

Ekoran daripada kesedaran itu, Lim mendakwa telah menyebabkan Dt Mahathir tertekan dan memilih untuk meletakkannya do blognya bersama ketakutan Umno di kedah yang mungkin ditewaskan yang akan turut dirasai kehilangan kuasa politik Melayu di negara ini.

“Dr Mahathir seharusnya sedar ia tidak benar Melayu akan hilang kuasa jika tewasnya Umno, sebagai pengganti Umno dan BN di Putrajaya akan ada Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP; dan Perdana Menteri baru adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Najib,” kata Lim.

“Apa bukti yang Dr Mahathir ada kepentingan peribadi dalam pilihan raya akan datang akan memungkinkan beliau untuk melakukan apa sahaja, menyebarkan penipuan,” katanya.

Kenyataan Dr Mahathir semalam dibuat sehari selepas Putrajaya mengambil tindakan perundangan terhadap Bersih dan PKR terhadap perhimpunan 28 April untuk pilihan raya adil dan bersih.

Pemimpin Bersih disaman sejunlah RM122,000 atas kerosakan terhadap 15 kenderaan yang dirosakkan sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua pemimpin parti didakwa atas kesalahan mengambil bahagian dalam perhimpunan jalanan.

Dr Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menuduh pembangkang cuba mengambil alih kuasa melalui protes Bersih.

-TMI

5 comments:
Write comments
  1. sudah lah Mahathir, sekarang orang dah celik lah, you takut kah nak masuk penjara, cakap lah terang2

    ReplyDelete
  2. kalau sekarang umno bn memerintahpun dan main ganas..ugut mengugut..lebih2 lagi kalu umno bn kalah..mereka akan telanjang demo..tak pakai dah gelek punggung...

    ReplyDelete
  3. .BN kini terdesak untuk kekal mahu memerintah..namun semakin banyak kejadian2... yang melampau dp pentokong BN semakin tipis peluang untuk kekal memerintah...orang kata.."silap haribulan saja..peluang BN akan hancur"....pemimpin2 BN langsung tidak mahu tahu apa yang rakyat rasa selama ini.....mngkn dgn memberi RM500..RM100...dan blah2... rakyat mahu BN...kalau itu yg mereka fikir...BN salah 101%...rakyat mahu kesaksamaan pengagihan kekayaan negara Malaysia....bkn dalam bentuk tunai tapi... keperluan asas yang berpanjangan..bantuan persekolahan berpanjangan...bukan sekali saja....gaji kakitangan kerajaan dan swasta yang seimbang sesuai dgn kerperluan hidup masa kini.....inilah sebenarnya sebab kenapa ada Bersih... kenapa ada PR..... dan tidak salah jika rakyat beri peluang kepada PR untuk memerintah dan mengubah cara pemerintahan supaya rakyat menikmati apa itu demokrasi sebenarnya...fikir2kanla...

    ReplyDelete
  4. Itulah kalau orang utara kata gila meroyan, semuanya dah tak kena sekarang, masa makin beredar tempoh pilihanraya makin dekat hati gelisah kerana sokongan rakyat makin ditindas makin kuat gelombang kebangkitan rakyat menyokong barisan alternatif kepimpinan Negara.....tempat rehat Sungai Buloh menanti kedatangan pemimpin-pemimpin yang menyalahguna kuasa dan khazanah rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. knp dr in the toilet x menumpukan kpd business keluarga - send me girl???

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.