Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan amanat kepada golongan belia agar menolak amalan demonstrasi jalanan kerana ia bukan sebahagian daripada amalan demokrasi dalam negara ini.
"Apa yang kita buat tak lain tak bukan kita amalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi bukan demonstrasi jalanan, tendang anggota polis.
"Itu bukan demokrasi, itu 'demo-crazy'," kata Najib sewaktu merasmikan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya petang tadi.
Dalam ucapan sama, Najib turut memuji golongan belia yang hadir pada sambutan itu.
Beliau menyifatkan mereka sebagai belia yang "mencerminkan hari esok yang lebih baik dari hari ini".
"Belia yang beradab, berhemat mulia, belia yang menghormati undang-undang.
"Inilah belia yang menjamin masa depan negara kita," kata Najib.
Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang juga dikenali sebagai Himpunan Jutaan belia disambut sejak 23 Mei lalu dan akan berakhir esok 27 Mei.
Bertemakan "Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini", ia dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Parlimen Putrajaya. -mK
Sunday, May 27, 2012
Najib: Demokasi bukan 'demo-crazy'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"demonstrasi jalanan kerana ia bukan sebahagian daripada amalan demokrasi dalam negara ini".
ReplyDeleteAdakah rasuah, menipu, menyeleweng & membunuh model adalah amalan demokrasi dalam negara ini?
haji logiut najib; perkasa menggesa supaya kewarganegaraan s ambiga dibatalkan, demokrasi la itu aa???
ReplyDelete