Sunday, May 20, 2012

Tiada PRU selagi kes Bersih 3.0 tergantung

SEMUA menduga lagi tentang PRU 13 apabila Perdana Menteri Najib tidak mengadap Yang di-Pertuan Agong selepas karnival UMNO di Bukit Jalil Mei 11 lalu bahkan dia ke England dulu. Bila lagi? Lepas balik dari England dan konvokesyen anaknya, dia ke Asia Barat dan ke Asia Tengah pula.

Bila yang dikatakan dekat itu. Sebelum puasa? Selepas puasa? Sebelum musim haji? Atau tunggu seperti durian gugur sendiri?

Oleh kerana ia tidak diadakan sebelum Bersih 3.0, maka Najib menunggu kesan Bersih 3.0 itu. Bersih 3.0 itu mencetuskan huru-hara antara polis dan peserta Bersih 3.0.

Najib mahu mengambil faedah dari huru-hara yang tercetus itu. Dia bersetuju mengadakan jawatankuasa penyiasat bebas tentang siapa pencetus kekacauan. Kerajaannya sekarang mengejar ratus orang peserta Bersih 3.0. Sudah ada yang menyerah dan yang lain-lain sedang diburu.

Sudah ada yang didakwa di mahkamah seperti MP Batu Tian Chua. Ramai lagi yang didakwa.

Cuepacs pula sedang meneliti siapa anggotanya yang turun padang untuk dikenakan tindakan. Guru-guru pula sedang diperhatikan siapa yang keluar hari itu. Pelajar-pelajar juga sedang diperhatikan.

Macam-macam tidakan dicadangkan untuk dikenakan. Jika betullah pro kerajaan yang ada untuk mengenakan tindakan, maka ia memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semua gertakan itu.

Dalam keadaan yang ada kerajaan tidak sekadar menggertak, tetapi sungguh-sungguh hendak bertindak. Tidak dapat hendak diramalkan apa bentuk suasana jika semua tindakan itu dikenakan.

Adalah faedah politik yang dicari dari semua tindakan itu.

Jika semua tindakan itu hendak dikenakan, maka pilihan raya tidak dapat diadakan selagi semua kes tidak selesai. Najib tidak akan membiarkan semua kes itu tergantung bagi mengadakan pilihanraya. BN dan Najib tidak dapat apa-apa faedah jika pilihan raya diadakan sedang semua kes itu tidak selesai.

Jika pilihan raya diadakan dalam keadaan demikian, maka apa jadi kalau dalam pilihan raya nanti Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?

Tentulah kerajaan Pakatan Rakyat membatalkan semua arahan buru orang yang belum tertangkap. Semua yang sudah ditangkap dilepas dan tiada tindakan akan diambil.

Semua kes yang sudah didakwa digantung dulu. Tengok apa Peguam Negara dan pendakwa raya patut buat dengannya.

Presiden Ceupacs pun tentang tidak berkata apa-apa lagi kepada anak buahnya. Bahkan anak buahnya lebih riang daripadanya. Akan ada pandangan bagi dari pembesar Ceupacs.

Saya tidak tahu siapa jadi Menteri Dalam Negeri yang baru? Azmin Ali atau Salahuddin Ayub. Dia tidak perlu tukar Ketua Polis Negara dan Timbalannya. Mereka pula tabik menteri baru itu. Tun Hanif Omar akan jumpa menteri baru apa nak buat dengan jawatankuasa penyiasat yang diketuainya?

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail pun akan jumpa Perdana Menteri bertanya boleh sambung khidmat lagi atau tidak?

Tentulah suasana akan berubah.

Perdana Menteri Najib macam mana? Dia akan jadi macam Dato Onn bin Jaafar semasa Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Ketua Menteri Malaya selepas 27 Julai 1955.

Suasana itu antara yang sedang pun difikirkan oleh Najib.

Sebelum keadaan seperti itu berlaku Najib berfikir lagi tentang tarikh baru pilihanraya. Dia tidak akan adakan selagi semua yang polis cari tidak ditangkap. Bukan saja ramai dari mereka akan didakwa, tetapi dia mahu supaya semua kes itu diselesaikan dulu.

Dia tidak mahu semua kes itu tergantung ketika pilihan raya diadakan. Hukum dulu siapa yang disabitkan. Apa kesannya? Masa itulah yang menentukan kesannya.

Maka selepas semuanya selesai barulah tarikh pilihanraya diumumkan. Sebelum puasa atau selepas musim haji? Bergantung secepat mana semua kes itu dapat diselesaikan.

Oleh Subky Latif

20 comments:
Write comments
  1. ini adalah percubaan nekad puak-puak umno untuk menjatuhkan pakatan rakyat dengan memperkudakan ooopppp silap ...memperlembukan institusi mahkamah , jabatan peguam negara dan pdrm...kami berjuang bukan kerana anwar dan azmil tapi untuk semua rakyat malaysia demi keadilan...ABU..ABU..

    ReplyDelete
  2. apolah kerajan umno/bn takuta bona dgn DSAI xabih2 nak buek tuduhan kek dio.. apo dah bangsat bonako pemikiran PM 1Malaysia ni...harap pihak polis cubo fokoskan perhatian kek penjenayah kolar putih .....

    ReplyDelete
  3. masih ada peluang c ah cheap gor utk 'curi' drpd rakyat sehingga mac, 2013...

    ReplyDelete
  4. Jika memberi kesan positif tidka apa. tapi jika memberi kesan yang negatif pula bagaimana?

    ReplyDelete
  5. Bila pun PRU itu diaddakan, rakyat kena bersedia kerana ini akan memberi banyak kesan kepada kedua2 pihak.

    ReplyDelete
  6. Isu Bersih 3.0 perlulah dibersihkan dahulu sebelum PRU-13 boleh dilaksanakan, mungkin Najib akan menangguh lagi pembubaran parlimen.

    ReplyDelete
  7. Jangan biar semua kes ini tergantung bila PRU-13 diadakan, pastikan isu ini dapat diselesaikan dengan baik terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  8. Suhakam mungkin diperlukan untuk menyiasat pihak mana yang mulakan rusuhan

    ReplyDelete
  9. Pembangkang pasti suka dengan hura hara yang berlaku

    ReplyDelete
  10. ko ni mcm bodoh semacam jer?

    ReplyDelete
  11. Kah Kah Kah... Kalau Buat Tarian Bogel..Tarian Tiang Denda RM 25... Tapi kalau Ambil Bahagian dalam Demontrasi Denda RM 10ribu..kah kah kah... lawak la.. Jgn Risau REVOLUSI BERSIH lepas ni.. Tg Hj Hadi Akan Pimpin.. Membujur Lalu melintang Patah.. Sampai Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri dan PM akan Didakwa dan diheret ke mahkamah mcm Regim Mubarak dan Arroyyo!! kah kah kah

    ReplyDelete
  12. sukar nak jangkakan bila PRU diadakan, hnya tungguh PM umumkan.

    ReplyDelete
  13. najib dah kecut teloq

    ReplyDelete
  14. kalo najib brani sgt gi la mahkamah perancis sane... ala bagi statement je... najib bkn OKT pon (OKT=Orang kena tuduh)

    ReplyDelete
  15. Berapa kali sudah ramalan tapi tiada yang kena pun. lebih baik tunggu saja PM umumkan. buat pening kepala ja.yang penting sekarang sudah cukup persiapan menghadapi PRU.

    ReplyDelete
  16. Kalau tiada perhimpunan Bersih mungkin keadaan menjadi lebih baik. Harap tiada lagi Bersih 4.0.

    ReplyDelete
  17. PRU tidak akan dibuat selagi tiada RCI. Ini lebih masuk akal daripada Bersih.

    ReplyDelete
  18. Tunggu saja Najib umum PRU13. Usah spekulasi banyak sangat.

    ReplyDelete
  19. Nampaknya jawapan mengenai PRU masih menjadi persoalan sekarang ini. Kita tunggu...tunggu...dan tunggu...

    ReplyDelete
  20. bila tidak ada isu yang hendak dimainkan.. buat teori bodoh pun jadi la..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.