Thursday, May 24, 2012

PANAS : Artis Bidas Kenyataan Tok Pa

Artis artis hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu.

Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu.

Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

Kelmarin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang penyertaan PAS kepada TG Hj Abdul Hadi Awang. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO BN yang telah sekian lama memeperkudakan PDRM untuk pertahankan kuasa mereka.

Sebelum daripada ini beberapa orang artis seperti Bob Lokman, Aisyah dan Sham Kamikaze telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS.

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman

4 comments:
Write comments
  1. Inilah kebohohan pemimpin UMNO. Kenapa kalau masuk PAS atau pembangkang dijadikan isu? Apakah dengan masuk UMNO tidak berpolitik? Rakyat sekarang sudah bijak tidak mahu diperlembukan lagi oleh UMNO. Betullah kata Tun Mahathir jarang orang yang cerdik pandai masuk UMNO kerana mereka tidak mahu terikut-ikut dengan pemikiran bodoh pemimpin UMNO itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. Buat apa masuk UMNO. Apa yang UMNO berikan kepada rakyat. Hanya menjalang pilihanraya menjadi wira memberikan bantuan kepada rakyat. Lihat berita Harian Express di muka surat 10 hari ini. Jalanraya di Kelatuan Papar dibiarkan. Penduduk kampung mendakwa jalanraya tersebut semasa era USNO, Berjaya dan PBS diselenggara dengan baik tetapi bila UMNO memrintah tidak pula dibaiki. Jangan tembiranglah UMNO. Apa yang UMNO buat selama ini. Kalau Sabah diperintah oleh pembangkang pasti jalan itu masuk dalam TV Suku. UMNO ternyta tidak dapat membela kepentingan rakyat. Talqinkan UMNO pada PRU13.

    ReplyDelete
  3. artis @ golongan apa sekalipun, bebas memberikan pendapat @ memilih halatuju masing2...

    ReplyDelete
  4. Mcm ni barulah dikatakan real artist! Ada fikiran dan pendapat sendiri. Bukan lembu!Tahniah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.