Friday, May 18, 2012

Ahli Umno sendiri tidak undi Umno

Umno tidak boleh lagi mendakwa ia mewakili orang Melayu kerana tidak sampai separuh daripada orang Melayu mengundi parti itu.

Malahan, ahli Umno sendiri pun tidak mengundi parti itu, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Ketika menolak dakwaan kononnya Umno mewakili Melayu itu, beliau berkata: "Calon-calon Umno mendapat hanya dua juta undi dari 5.7 juta undi Melayu.

"Jika Umno dapat dua juta undi sahaja, ia juga bermakna satu juta ahli Umno tidak mengundi calon-calon Umno".

Oleh itu, kata bekas Adun Pulau Manis itu, Umno malah tidak boleh mendakwa ia mewakili orang-orang Melayu.

Beliau juga menyifatkan Umno sebagai punca utama perpecahan orang-orang Melayu apabila parti itu menganggap seseorang itu hanya boleh dianggap Melayu jika ia menjadi ahli Umno.

"Punca sebenar perpecahan Melayu ialah budaya Umno yang memperhambakan minda orang-orang Melayu.

"Ia adalah parti feudal yang menanamkan pemikiran feudal kepada orang-orang Melayu. Melayu dianggap Melayu hanya jika dia Melayu Umno," tegas beliau dalam tulisannya yang bertajuk "Rise against feudal Umno" atau "Bangkit menentang Umno yang feudal".

Dengan keadaan Umno yang seperti itu, Ariff mempersoalkan apa perlu wujudnya perpaduan Melayu jika ia berada di bawah hegemoni atau pengaruh kekuasaan Umno?

"(Sedangkan) hakikat sebenarnya ialah Umno tidak ada lagi hak moralnya untuk mendakwa ia mewakili Melayu," tegas beliau.

Beliau menyeru orang-orang Melayu bangkit dan bergerak ke hadapan untuk menolak perhambaan mental yang dipaksakan oleh Umno.

-Perakkite

17 comments:
Write comments
  1. itulah kesimpulan nya sikap UMNO sekarang terhadap bangsa dia sendiri.... fikir-fikirkan lah wahai sahabat ku sekeliannnnn

    ReplyDelete
  2. UMNO sudah tinggal NO. Hujung usia.

    ReplyDelete
  3. di Sabah bukan melayu pun masuk UMNO jadi bertukar menjadi melayu walau pun dusun.

    ReplyDelete
  4. Penentuan pada PRU13.

    ReplyDelete
  5. the struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates

    ReplyDelete
  6. Semuanya ada ditangan rakyat, kalau sudah tidak ingin bersama UMNO bila2 boleh beredar dan lupakan segala yang telah dilakukan oleh UMNO selama pemerintahan.

    ReplyDelete
  7. Jika tidak sampai separuh, mungkin kaum lain sudah bertambah bilangannya. Kita lihat saja bila PRU diadakan. Lihat bagaimana keputusannya.

    ReplyDelete
  8. mgkin begitu jg dgn pembangkang, ahli pembangkang tidak undi pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Kalau tidak undi parti sendiri, kenapa masih memegang keahlian parti tu?

    ReplyDelete
  10. Keahlian UMNO mencecah 3 juta orang. kalau semua mengundi, pasti kemenangan berpihak pada UMNO.

    ReplyDelete
  11. Masih ada ramai rakyat yang menyokong UMNO, kita akan tahu sama ada UMNO masih akan mendapat mandat rakyat selepas undian di buat pada PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  12. Spekulasi seperti ini tidak semestinya betul, kita hanya akan tahu kebenaran setelah Pilihanraya diadakan.

    ReplyDelete
  13. Macam mana mereka boleh tahu hal ni? Atau main cakap saja?

    ReplyDelete
  14. PRU13 ni..BN juga yang menang.

    ReplyDelete
  15. Semua itu akan terjawab nanti pada PRU13 akan datang. Kita tunggu saja benar atau tidak orang melayu tidak menyokong umno lagi.

    ReplyDelete
  16. masuk umno jadi Melayu?? kalau begitu kurang la bangsa Melayu di negara ini?? apa punya statement.. kalau mahu buat statement pun biar la berdasarkan realiti, bukan emosi..

    ReplyDelete
  17. statement seperti diatas la yang membuatkan Malayu berpecah belah..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.