Wednesday, May 16, 2012

Nizar Di Pentas UMNO: Perbandingan 2 Video

Semalam blog ini menyiarkan sebuah video yang memaparkan kejadian ketika DS Nizar yang menghadirkan diri ketika satu ceramah UMNO yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Kampung Tualang.

Video itu ternyata telah diedit oleh pihak pencacai UMNO untuk memburukkan DS Nizar.

Hari ini kita dedahkan dua video, satu yang diedit dan satu yang original supaya masing-masing dapat membuat penilaian.

Jom saksikan bersama:

VERSI EDIT..



VERSI SEBENAR



PENJELASAN NIZAR



Nizar: Tindakan saya tak salah

IPOH – “Saya hadir bukan dengan niat mengganggu kelancaran program, lagi pula ceramah itu mengalu-alukan orang ramai, tidak terkecuali saya sendiri.”

Demikian ulasan bersahaja yang diberikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kehadirannya dalam satu ceramah anjuran Umno di Tualang Sekah, 13 Mei lalu.

Mengakui kehadirannya menyebabkan orang ramai termasuk pemimpin Umno kawasan itu terkejut, Mohammad Nizar berkata, kunjungan­nya ke program itu tidak lain, hanya untuk mendengar pendedahan yang dibuat berkaitan dirinya.

“Apa salahnya saya duduk dan dengar sesuatu yang ada kaitan dengan saya, kebetulan ada kerusi kosong di bahagian hadapan pentas, saya pun duduklah,” katanya.

Pada malam 13 Mei lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Adun Pasir Panjang itu hadir dalam ceramah anjuran Umno bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’.

Turut berada dalam ceramah itu adalah Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Shaarani Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Kampar, Datuk Mohd Radzi Manan.

Mohammad Nizar berkata, beliau terpanggil untuk hadir ke ceramah itu kerana secara kebetulan sedang menunggu giliran untuk memberi ceramah anjuran Pas Kampar yang diadakan kira-kira 150 meter dari lokasi.

Menurutnya, meskipun ada pihak yang tidak senang dengan kehadirannya dan memintanya beredar, beliau mengambil pendekatan untuk terus dengar dan lihat.

“Pandangan hadirin secara tiba-tiba tertumpu kepada saya, tetapi saya minta penceramah teruskan sesinya yang jelas sedang menghentam diri saya.

“Jika berlaku sebaliknya, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya, lebih mudah untuk saya sampaikan maklumat,” katanya. -SH

-GB

3 comments:
Write comments
  1. baru gentalman namanya...hihihi

    ReplyDelete
  2. knp isi/point ceramah UMNgOk hr itu berubah skrip? PENIPU!!!

    ReplyDelete
  3. Saudara-saudara sekalian percayalah,



    Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama membangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.