Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, hari ini sekali lagi kalah saman apabila fitnahnya terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad terbukti berniat jahat.Utusan sudah kalah saman asal itu dan hari ini rayuannya ditolak, maka sekali lagi kalah tersungkur dalam lumpur fitnah ciptaannya sendiri.
Dalam laporan Harakahdaily, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Utusan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan alat propaganda UMNO itu membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Abd Samad kerana fitnah berita muka depan 10 September 2009 yang bertajuk “Zulkifli bidas ‘Pak Janggut’”.
Mahkamah Tinggi pada 21 November lalu telah memutuskan bahawa berita itu adalah fitnah. Antara lain fitnah yang dijadikan berita tersebut memetik seorang Ahli Parlimen yang mendakwa Khalid memutarbelitkan Al-Quran untuk “mempertahankan pembinaan kuil”.
Bohong
Tajuk pojok ini meminjam tajuk tulisan blog Aspan Alias yang berjudul “Kalau tidak berbohong, bukan UMNO namanya” pada Selasa lalu. Utusan ini sama seperti tuannya, sebagaimana yang digambarkan oleh blogger Aspan: “UMNO sebenarnya ibarat orang tua yang sakit…Apabila rakyat tidak mempercayai pembohongan mereka, UMNO bertindak pula untuk membohongi diri mereka sendiri…Mereka akan terus berbohong dan berbohong.”
Kerana itulah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan DAP sentiasa menjadi sasaran fitnah oleh Utusan dan para pemimpin UMNO serta puak pecacai mereka yang sudah hilang arah dan tidak punya maruah lagi.
Pada Disember tahun lalu, Utusan yang memfitnah Guan Eng telah diarah oleh mahkamah untuk Setiausaha Agung DAP itu sebanyak RM200,000. Justeru, mahkamah membuktikan bahawa fitnah Utusan memang tidak boleh dipercayai kerana mendapati Guan Eng bukan anti-Melayu atau anti-Islam.
Propaganda
Namun, alat propaganda UMNO itu masih tidak serik dan terus menabur fitnah. Seolah-olah Utusan menganggap orang Melayu tidak cerdik serta mudah difitnah.
Habis agama dan kaum dipermainkan Utusan semata-mata untuk mempertahankan kuasa UMNO yang semakin tidak relevan.
Seperti kata Aspan dalam blognya: “Sementara masih ada kuasa sikit-sikit ini teruskanlah berbohong itu dengan sepuas-puasnya. Selepas pilihanraya nanti mungkin tidak dapat lagi berbohong dengan sewenang-wenangnya.”
Kuasa
Jika rela darah daging kita disalut fitnah setiap hari, maka UMNO-BN lah pilihan kita. Jika mahu kerajaan yang bersih, adil dan saksama, maka kita perlu berani membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang.
Kuasa ada di tangan kita sebagai pengundi. Jika disia-siakan kuasa yang ada, bersedialah untuk terus menderita dilanda fitnah, maka tergadailah maruah bangsa Malaysia sebagai bangsa yang mudah dicucuk hidung oleh pemerintah sendiri.
– Roketkini.com
Friday, May 25, 2012
Kalau tak bohong, bukan Utusan namanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Inilah dia UTUSAN PENIPU akhbar milik UMNO sama PENIPU dengan tuannya. Mana sudah UMS Keningau yang BN janji-janjikan itu. TIPU RAKYAT kah?
ReplyDeletemufti UMNgOk bilang berbohong itu ajaran allah maa...
ReplyDeleteBukan Utusan UMNO - Fitnah UMNO!
ReplyDeletehari tu kena bayar pada LGE, kali ni dgn khalid samad plak. tak serik lagi ke? tak takut dosa ke? cadangan sy, tukar je nama Utusan Malaysia kepada Utusan Umno..lepas tu kamu nak bias kepada umngok atau bn itu hak kamu..habis cerita...
ReplyDeletekalau masuk pun kemungkinan dalam ruangan nombor ekor di muka surat belakangnya
ReplyDeletekeputusan 4D $$$
''kami disaman''
kah kah kah
Bukan lah terror sangat tapi sengkek punya Utusan Meloya.RM 60 ribu pun tak mampu nak bayar pada YB Khalid Samad tapi tak serik2 buat fitnah & tak pernah belajar dari kesalahan.Banyak lagi kes saman Utusan Meloya ni menunggu hari untuk dibicarakan di mahkamah.Mudah2an semua yang saman Meloya ni menang besar biar sampai bangkrap tinggal sehelai sepinggang. Amiinn..Apa pun saya nak cakapkan 2 perkataan di sini. "PADAN MUKA" !!
ReplyDeleteAiya ..... 70k sikit punya duit ma ..... Sekali Utusan keluar cerita sex, mesti untung banyak ma .... Tengok berapa kali isu sex keluar dlm Utusan ....
ReplyDeleteaku tunggu saman dari senator australia pulak....hehehe..cepat2 sikit senator weii....kasi lingkup terus...hahahaha
ReplyDelete