Friday, May 18, 2012

Semporna Yang Terpinggir?



RAKYAT Semporna yang tinggal di persisiran pantai, khususnya di perkampungan nelayan dan kepulauan perlu mendapat pembelaan; bukan sahaja dari segi prasarana bahkan menjaga ekonomi kendiri agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan yang merantai mereka sejak merdeka.

Beberapa kampung di dalam kawasan DUN Sulabayan masih terlalu daif dalam menerima pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan BN sehingga rumah-rumah mereka tidak ubah seperti kandang ayam kerana sudahlah usang, malah tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
Dari itu rakyat yang masih dipinggirkan dan tidak dapat apa-apa bantuan daripada kerajaan yang memerintah pada hari ini harus berani tampil ke hadapan untuk membuat keputusan muktamad dengan menyertai Pakatan Rakyat yang diyakini mampu merampas tampuk pemerintahan negara pada PRU-13 kelak.

Naib Ketua Wanita Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Pusat, Norsham Abu Sama berkata demikian ketika memberikan ceramah kepada penduduk-penduduk Kampung Pulau Tandoan, Pulau Sumandeh, Pulau Labuan Haji dan Larapan dalam DUN Sulabayan.

"Saya amat sedih bila melihat keadaan kampung-kampung yang ada di empat pulau memang terlalu daif kerana kekurangan serba serbi; seperti jambatan berlubang, banyak papan lantainya sudah reput, tiada bekalan air dan hanya mengharap air jatuh dari langit, tiada klinik dan tiada bekalan elektrik," kata Norsham.

Selain itu bagi keluarga yang terlalu miskin dan ramai anak, kata Norsham, tidak mampu menyekolahkan anak-anak mereka dengan kehidupan yang kais pagi belum tentu makan malam.

Rombongan yang diketuai Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna merangkap EXCO Wanita PKR Negeri Sabah, Nazmahwati Walli dan Ketua Cabang PKR Semporna Lokman Ureh dan Pengarah Jentera Gerakan Pilihanraya Umum ke 13 Semporna; Mansur diberi sambutan luar biasa, menandakan masyarakat di pesisiran pantai mahu mendapat pembelaan daripada wakil rakyat yang benar-benar berjiwa rakyat untuk mengubah nasib anak-anak mereka di masa hadapan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : NORASMAH TAKBIRUL

39 comments:
Write comments
  1. Selama ini Semporna diwakili pembangkang kah? Sebab BN kata hanya BN yang boleh majukan negara!

    ReplyDelete
  2. Sabah/sarawak deposit tetap bn sudah pun x boleh dianggap sedemikian, krn ia skrg mungkin menjadi kubur bn cawangan sabah/sarawak. Ia adalah kebangkitan rakyat secara menyeluruh, samada disemenanjung atau sabah/sarawak, & samada peringkat lokal ataupun global. Momokan mengatakan bahawa bn kuat/semakin kuat adalah satu cakap2 tin kosong. krn petunjuk & hakikat yg berlaku adalah rakyat sudah bersedia utk menukar pemerintahan negara, krn dgn cara begitu sj nasib mereka & negara bakal bertukar...

    ReplyDelete
  3. Berapa banyak kebaikan berbanding keburukan sejak BN UMNO menapak di Sabah 2 penggal yg lepas? Apa dah jadi dgn penggiliran KM yg menjadi hak warga Sabah sebelum ini?

    Sampai bilakah krisis IC, pendatang & penambahbaikan infrastruktur (bekalan air bersih, elektrik dll) akan berlarutan sedangkan KDNK Sabah shj dijangka mencecah RM1b setahun untuk 3 thn akan datang/

    Fikir2kanlah wahai rakan2 Sabahan sekalian.

    ReplyDelete
  4. Selayaknya kawasan itu tidak dipinggirkan kerana majoriti penduduk di kawasan itu adalah PTI..

    ReplyDelete
  5. SAPIe x afdal sibuk kc 'kenyang' konek dia drpd kc maju kaw kamurang bah...

    ReplyDelete
  6. Undi lagi BN+UMNO+Shafie,kan sudah ada jambatan dr semporna pegi pulau bum-bum.

    ReplyDelete
  7. Semuanya terpulang kepada rakyat kerana rakyat yang merasa.

    ReplyDelete
  8. Jika betul terpinggir kerajaan pasti melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah itu.

    ReplyDelete
  9. Shafie patut rajin2 melawat Semporna dan membangunkan Semporna..

    ReplyDelete
  10. Mungkin Shafie tidak akan bertanding lagi untuk Semporna

    ReplyDelete
  11. Where is Shafie?

    ReplyDelete
  12. Dalam pandangan saya, hanya Pitas saja yang hidup dalam serba kekurangan. Langsung tiada perihal Semporna dikaitkan. Jadi macam mana isu ini boleh timbul?

    ReplyDelete
  13. Let Shafie answered it. He got a better explanation.

    ReplyDelete
  14. Apa pun , banyak sumbangan telah diberikan untuk mereka juga.

    ReplyDelete
  15. semporna masih lagi mundur, ia perlu dibangunkan lagi.

    ReplyDelete
  16. 3 ADUN dan 1MP Semporna perlu kerja keras jalankan tanggungjawab untuk majukan Semporna. malulah dengan pelancong asing yang datang.

    ReplyDelete
  17. Sepatutnya Semporna maju sebab industri pelancongan berkembang pesat di sini.

    ReplyDelete
  18. Rasanya Pucuk Pemimpin Parti tertinggi perlulah melantik calon baru untuk PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  19. Semoga pemimpin yang bakal dipilih untuk memimpin Semporna akan membantu membangunkan Semporna dan membantu rakyat di situ.

    ReplyDelete
  20. semporna masih lagi mundur, ia seharusnya dibangunkan, Semporna byk potensi.

    ReplyDelete
  21. Nampaknya pucuk pemimpin tertinggi perlulah melantik calon yang baru untuk mewakili Semporna pada PRU-13. Diharapkan pemimpin yang lebih baik akan dilantik.

    ReplyDelete
  22. Shafie Apdal tidak mampu membangunkan Semporna kerana sibuk dengan usaha beliau di Semenanjung.

    ReplyDelete
  23. Sama ada rakyat akan memberi mandat pada BN ataupun PR terpulanglah kepada pilihan mereka sendiri pada PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  24. Kalau pembangkang menang pun, kamu ingat mereka dapat bawa perubahan sangat?

    ReplyDelete
  25. Semporna kan kawasan Shafie. Sepatutnya beliau mampu bawa perubahan besar di sana.

    ReplyDelete
  26. Kenalpasti status penduduk sana.

    ReplyDelete
  27. Shafie perlulah terus mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  28. Banyak lagi harus diusahakan lagi sebab Semporna masih tidak berkembang pesat.

    ReplyDelete
  29. WR Semporna harus bertanggung jawab membawa Semporna ke peringkat lebih berkembang.

    ReplyDelete
  30. Semoga calon yang berkaliber dilantik untuk mewakili Semporna. Yang penting, suara rakyat Semporna didengari.

    ReplyDelete
  31. Jika Shafie dicalonkan, adakah Shafie masih mendapat sokongan golongan awam?

    ReplyDelete
  32. Semoga bekalan dan sistem infra yang wajar dapat diberi kepada rakyat yang masih berharapkan cuma keperluan asas.

    ReplyDelete
  33. Mungkin Shafie akan dilucut dari senarai?

    ReplyDelete
  34. Harap-harap Semporna dapat berkembang dengan WR yang lebih berkeupayaan dilantik.

    ReplyDelete
  35. Usaha semua golongan diperlukan untuk memperkembangkan Semporna. Industri kecil-kecilan harus diberi perhatian dan bantuan untuk terus maju.

    ReplyDelete
  36. WR harus bertanggung jawab, mereka talah dilantik untuk berkhidmat untuk rakyat.

    ReplyDelete
  37. Mungkin Shafie tidak akan bertanding di PRU13?

    ReplyDelete
  38. kalau pasal jambatan, air dan elektrik, boleh la salahkan kerajaan.. tapi kalau dikatanya rumah penduduk kampung macam kandang ayam, itu kira penghinaan sudah tu.. inikah strategi kempen PKR, asyik menghina penduduk kampung?? tau la pemimpin2 PKR ni kaya2 semua..

    ReplyDelete
  39. kalau pakatan memerintah, adakah penduduk kampung yang rumahnya macam kandang ayam ini akan diberikan rumah banglo?? adakah rumah itu diberikan secara percuma??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.