Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.
“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan<. “Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang. “Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya. Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau. Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau. Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan. “Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir. “Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat. Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat. Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat. -HD
Sunday, May 20, 2012
Pekung UMNO Didedah: Selamat Tinggal UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Skrg mana ada lagi semangat utk bangsa dan negara...cara umno berpolitik lah yg membawa kpd kehancuran bangsa dan negara...
ReplyDeletenow kisah hangat naib ketua pemuda umno Kampar Perak keluar parti...sblm2 nie UMNO dok sibuk bg tau org2 PAKATAN kluar parti tp skrg nie per kes plk dh tbalik...
ReplyDeleteMELAYU..kalau hidup tidak dengki mendengki bukan MELAYU
ReplyDeletebiar kan lah mereka nak bergaduh macam mana sekali pun,,, biasa ar adat berpolitik sedangkan lidah lagi tergigit,, janji parti pakatan teruskan perjuangan menambah baik pentadbiran di Johor...
ReplyDeletePilihan masing2 kita tidak boleh halang. Semua pun ada pendapat masing2 dan kita tidak boleh memaksa orang lain untuk bersependapat dengan kita. Semoga keputusan yang diambil oleh beliau adalah yang terbaik dan memberi manfaat kepada semua.
ReplyDeleteTapi bagi pendapat saya, jika kaum Melayu tidak dipedulikan lagi, pastinya hidup mereka lebih teruk dari keadaan di penduduk di Sabah. Tapi perkara sebaliknya berlaku. Mereka lebih banyak mendapat keistimewaan dari kaum2 lain. biasalah manusia tidak pernah puas dengan apa yang di kecapi.
ReplyDeleteMereka yang tidak lagi berhasrat untuk berjuang bersama satu parti, lebih baik mereka keluar sahaja supaya tidak menjadi penghalang kepada perjuangan parti tersebut.
ReplyDeleteMemang banyak ahli politik seperti ini, bila mereka tidak mendapat manfaat daripada sesuatu parti, mereka lompat ke parti lain. Nanti jadi macam Jeffrey Kitingan pula.
ReplyDeleteSudah tiada hasil baru mahu keluar. Jadi, selama ni Zamhuri Md Zin hanya menjadikan parti batu lonjatan saja.
ReplyDeleteMungkin dia tahu, dia bukan calon pilihan lagi...
ReplyDeleteGolongan opportunist yang kecewa ka ni?
ReplyDelete“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian!!
ReplyDeleteRasuah jika ada yang memberi, tentu ada saja yang menerima.
jika nak keluar, keluar saja. itu hak dia.
ReplyDeleteMungkin UMNO perlu memperbaiki kelemahan yang timbul dalam parti mereka.
ReplyDeleteKita tunggu saja benar atau tidak mengenai perkara ini. Namun pepatah orang 1 yang keluar 10 yang masuk..Jadi seorang keluar umno tapi berpuluh yang menyertainya akan datang.
ReplyDeleteapa dia buat selama 27 tahun dalam umno?? kenapa selepas 27 tahun baru dia buka mata??
ReplyDeleteselepas 27 tahun bersekongkol, baru dia cuci tangan..
ReplyDeleteSaudara-saudara sekalian percayalah,
ReplyDeleteKita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama membangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina!!