Friday, May 18, 2012

Trend Gantung Patung Di Kereta Rosakkan Aqidah

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati.

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.

Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

sumber: FB




11 comments:
Write comments
  1. Tu pula ka maksudnya..Sangkakan hanya suka2 saja, mungkin bagi yang tidak tahu pun sangka hanya suka2 saja..

    ReplyDelete
  2. ikut niat si pemasang juga. sekiranya untuk perhiasan atau sebagai trend saja bukan masalah..

    ReplyDelete
  3. ad jg sya terlihat orang yang mengikut trend ini, mereka seharusnya tau maksud trend ini, jgn ikut sesuka hati.

    ReplyDelete
  4. Tidak pernah nampak pula sebelum ni..

    ReplyDelete
  5. Ini kepercayaan orang Thai. terpulanglah pada individu kalau mau percaya dengan kepercayaan orang Thai ni.

    ReplyDelete
  6. Rupanya ini makna gantung patung di bawah bumper kereta, oleh itu kita tidak sepatutnya mengikuti sesuatu trend tanpa memeriksa maknanya.

    ReplyDelete
  7. Bagi mereka yang kuat agama, mungkin mereka akan lebih sensitif dengan perbuatan macam ini. Terpulanglah kepada individu untuk menilai sendiri.

    ReplyDelete
  8. Masing-masing ada pegangan agama, sendiri kena pandai nilai.

    ReplyDelete
  9. Banyak betul kepercayaan orang Thai ni.

    ReplyDelete
  10. Memang inilah trend dari Thai yang diikut-ikut oleh orang kita.

    ReplyDelete
  11. baru pula saya tahu apa maksud anak patung tu..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.