Friday, May 25, 2012

Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi

Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.

Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu.

-mk

3 comments:
Write comments
  1. ritual sebelum kalah dlm GE13 nanti...

    ReplyDelete
  2. Eloklah Najib cepatkan PRU13 ni...hanya kemenangan PR merampas Putrajaya akan menamatkan keganasan yg makin menjadi-jadi.. aku percaya dipihak PR bukan tak ada 'anak jantan' utk mempertahankan pemimpin mereka tapi kerana mereka tak mahu terikut dgn rentak golongan berakal lembu..

    ReplyDelete
  3. Umno umno, apa dah jadi dgn hangpa ni x tau dah! Hancus sehancus2nya. Dah la rakyat marhain tolak dah, yg terjadi lately hangpa semakin meroyan jadinya. Buat la lagi, lagi rakyat menyampah! Semain menggila hangpa dok buat camni, semakin rakyat benci. Yg kita ketahui umno mmg akan berkubur x lama lagi. Dgn tindakan bodoh & x bertamaddun ini, umno bakal dikebumikan lebih pantas. Tahniah umno. What u give, u get back. Selamat berkubur x bertanda x lama lagi. Begitulah kehendak Allah, begitulah ia akan jadi...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.