Tuesday, May 22, 2012

Pendatang Baru Politik Warnai PKR Sabah

KEBANYAKAN ahli politik yang menyertai parti-parti pembangkang seperti PKR, PAS, STAR dan DAP 70; kebanyakan mereka mensasarkan dipilih sebagai calon parti masing-masing pada pilihanraya umum akan datang.

Dengan pelbagai alasan yang mereka cipta termasuk mempunyai pengaruh, sedangkan pada dasarnya ada yang belum menjadi ahli mana-mana parti tetapi begitu ghairah mahu melobi calon.
Kejadian cantas mencantas dan potong jalan adalah perkara lumrah kerana gunting dalam lipatan sudah membudaya dalam politik Sabah sehingga kebanyakan parti pembangkang kecundang sebelum berjuang.

'Pendatang Baru Politik' (PBP) ini telah menafikan hak ahli parti yang telah berjuang bermati-matian sejak 10 hingga 15 tahun lalu dengan mengorbankan harta benda dan mencurah keringat dan air mata dengan 'mengigalkan' diri mereka sebagai 'Calon Popular' yang boleh menang atau mampu menumpaskan lawan.

Contoh paling ketara ialah PKR Batu Sapi kerana Timbalan Ketua Bahagian yang juga Mantan Ketua Penerangan AMK PKR yang paling lantang bersuara, Zainuddin Hassan yang telah berjuang sejak 17 tahun lalu diketepikan begitu sahaja sejak beberapa pilihanraya lalu termasuk pilihanraya umum ke 12 dan pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi.

Begitu juga di Semporna, ribut dalam cawan terus bergolak yang memberi peluang kepada pemimpin UMNO menanam lalang kerana secara tiba-tiba, anak kepada penyokong kuat UMNO, Dr Zamri dan bukan ahli PKR tiba-tiba muncul berceramah di sana sini kononnya mahu bertanding sebagai calon PKR di kawasan Parlimen untuk menentang calon UMNO.

Penyokong PKR mula tertanya-tanya apa jasa dan pengorbanan Dr Zamri kepada PKR selama ini dan kenapa tiba-tiba berhasrat mahu jadi calon PKR di kawasan Parlimen sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan Ahli-Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Semporna.

Kebanyakan AJK Cabang tidak pernah mempersoalkan siapa calon yang dipilih nanti kerana yang pastinya calon itu menang pada pertandingan itu nanti, tetapi banyak faktor yang perlu diambil kira.

Membuka peluang kepada PBP, kata mereka sama ertinya tidak mahu PKR memenangi kerusi berkenaan kerana mengundang perbalahan dan perpecahan sehingga ahli berpaling tadah.

Perbuatan khianat PBP, terutama yang tidak telus sebagai calon dalam mana-mana parti memang sudah wujud sekian lama. Katakanlah jika Dr Zamri dipilih sebagai calon PKR Parlimen Semporna atau DUN Sulabayan. Kita sudah tahu bahawa beliau adalah kerabat pro UMNO/BN.

Setelah mengisi borang pencalonan daripada PKR dan selang beberapa hari kemudian, ada pihak yang menawarkan RM3 juta (atau mungkin beratus ribu sahaja) maka kemungkinan Zamri atau PBP menarik diri tidak bertanding seperti pada PRU-12 yang lalu.

Sejak dari zaman USNO, Berjaya, PBS dan kini BN/UMNO, fenomena PBP ini sudah berlaku, terutama di kawasan Batu Sapi dan Gum-Gum; maka tidak mustahil PBP yang membelot di saat akhir tidak berlaku pada PRU-13 ketika pembangkang dan BN mahu mencipta sejarah politik masing-masing.

Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

27 comments:
Write comments
  1. kita kenalah cermin muka kita dahulu ya.....

    ReplyDelete
  2. kena pastikan layak dan berkebolehan untuk menjadi calon.

    ReplyDelete
  3. Just ensure that the chosen candidate is someone reliable and responsible.

    ReplyDelete
  4. sukarela mencalonkan diri sendiri??kalau layak tak apa..

    ReplyDelete
  5. Yang tidak dicalonkan nanti kenalah terima hakikat dan berpandangan positif ke atas calon yang telah dipilih.

    ReplyDelete
  6. To be chosen as a candidate is a big honor for many politicians because it shows that their capabilities are recognized by the top leaders and can be winnable.

    ReplyDelete
  7. However don't feel bad if you weren't chosen, just keep on working harder and one day you'll have a chance too.

    ReplyDelete
  8. apa2 calon kenalah disokong.

    ReplyDelete
  9. Diharapkan mereka yang tidak dicalonkan akan memberi sokongan kepada mereka yang dipilih.

    ReplyDelete
  10. Jangan pula cuba nak membalas dendam dengan menjadi musuh dalam selimut hanya kerana tidak dipilih menjadi calon kali ini.

    ReplyDelete
  11. Setiap kali pilihan raya, hanya beberapa calon sahaja yang akan dipilih, oleh itu tidak mungkin semua ahli akan diberikan peluang pada satu-satu masa.

    ReplyDelete
  12. Jangan pula nanti jadi Mr.K...awas-awas n hati-hati dengan calon yang tiba-tiba muncul tu...hujan datang hujan datang...

    ReplyDelete
  13. Apa boleh buat la kalau tidak kena pilih sebagai calon.

    ReplyDelete
  14. Habis madu,sepah dibuang.

    ReplyDelete
  15. Ada yang beriya-iya mahu bertanding sebab mahukan jawatan dan duit saja.

    ReplyDelete
  16. Yang pasti PKR tidak sefahaman antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  17. Kalau dilihat pun tidak ada apa yang hedat PKR perjuangkan. Apa yang PKR perjuangkan hanyalah untuk Anwar dan bukannya untuk kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  18. Mungkin beliau ada kelebihan sendiri?

    ReplyDelete
  19. Berkemungkinan Anwar ikhlas untuk memberi yang terbaik kepada rakyat di Sabah?

    ReplyDelete
  20. Masing-masing target kerusi, jangan pula terlupa tanggung jawab kepada rakyat.

    ReplyDelete
  21. Harap-harap calon yang dilantik adalah berkelayakan dan berkemampuan memberi yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  22. Menilailah sendiri nama-nama yang dicalonkan.

    ReplyDelete
  23. good luck and hope its benefit more to the people.

    ReplyDelete
  24. Nampaknya PKR semakin ke depan untuk memenangi lebih banyak kerusi.

    ReplyDelete
  25. Semoga calon yang dilantik benar berkaliber.

    ReplyDelete
  26. apa maknanya 'pendatang baru PKR' jika PKR terpaksa berhadapan dengan pertandingan 3 atau lebih penjuru pada pilihanraya umum ke13 ini??

    ReplyDelete
  27. lihat saja bagaimana vateren politik PKR Ansari dan SAPP Yong Teck Lee tewas ditangan calon tidak popular PBS ketika PRK Batu Sapi..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.