Friday, May 25, 2012

4 tokoh profesional sertai PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan penyertaan empat orang tokoh profesional sebagai anggota parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu empat tokoh tersebut adalah Pengurus Kanan Am Jabatan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, bekas Pengarang The Malaysian Insider, Praba Ganesan dan Dr Abdul Aziz Bari, bekas pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Katanya, Koh King Kee merupakan graduan lepasan Universiti Malay dan pernah menjadi tahanan ISA pada Disember 1974 disebabkan beliau aktif memperjuangkan keadilan sosial.

Jelasnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Abdul Hadi merupakan bekas pegawai tertinggi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang pernah memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia atas pemecatannya yang tidak sah berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM di Sungai Besi.

"PKR sangat mengalu-alukan penyertaan empat tokoh profesional ini dan membuka seluas-luas pintu kepada mana-mana tokoh atau individu yang ingin turut serta bersama PKR dalam memperjuangkan agenda reformasi dan keadilan untuk masa depan Malaysia yang cerah," jelasnya lagi.

-HD

5 comments:
Write comments
  1. Belum lagi itu tidak lama lagi akan ada pemimpin UMNO dan komponen Barisan Nasional yang memegang jawatan menteri akan keluar UMNO. Tunggu sajalah siapalah yang mahu bersama dalam kapal BN yang mula tenggelam.

    ReplyDelete
  2. selamat berjuang untuk rakyat

    ReplyDelete
  3. Begitu juga yang akan berlaku di Sabah, dalam sedikit masa lagi akan ada pemimpin komponen BN yang akan menyertai PKR khususnya dikalangan pemimpin KDM, syabas kepada pemimpin-pemimpin ini yang mendahulukan rakyat melebihi dari kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  4. Rakyat Sabah menangis dalam diam, rakyat sabah biasanya diam-diam saja, ibarat bom jangka yang menunggu masa yang sesuai untuk meletup, apa tidak isu utama tidak ada penyelesaian yang menggembirakan hati rakyat sabah mengharapkan RCI dan bila ianya jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  5. Rakyat bandar cerdik sebab mereka terasa akan kesukaran sara hidup dan terdedah dgn maklumat IT,tapi mereka kat kampung dan pendalaman hanya menerima maklumat hanya semata mata TV3suku-RTM,,,(Reversed Thinking Minded) tu Yang bengap sang at, sampai Ada yg kata kerana UMNGOK lah kita dapat makan dah hidup selesa sampai sekarang, hampa mana tau susahnya dulu makan ubi Kayu nak makanpun susah. letih juga bila berhadapan dgn orang kampung ni cakap pun do tak paham

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.