Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menolak dakwaan Umno Lembah Pantai bahawa PKR memulakan provokasi sewaktu kejadian baling batu dan telur pada ceramah berkembar di Pantai Dalam Khamis lalu.
"Saya nak tanya dua jam lebih Ummi Hafilda dan penceramah lain keluar kata-kata kesat kepada Anwar, kami tak buat apa-apa.
"Itu pun, on record, kita minta semua bersabar," kata naib presiden PKR itu.
Menurutnya, bukti terbaik yang akan menjelaskan kejadian sebenar pada malam itu adalah rakaman video yang dibuat wartawan portal berita yang membuat liputan ceramah itu.
"Bukti terbaik adalah video rakaman," katanya.
Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan pagi tadi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam insiden itu.
Beliau mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".
Nurul Izzah berkata, tindakan Umno Lembah Pantai yang tidak menafikan insiden itu dan hanya menuding jari kepada Anwar merupakan "pengakuan" mereka memang terlibat.
Katanya, Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin juga tidak tampil menafikannya.
"Jadi saya anggap itu merupakan satu pengakuan," kata Izzah lagi.
Beliau membuat kenyataan itu selepas menemani mangsa yang terkena balingan objek keras di kepala pada malam ceramah, Raja Ismail Raja Din, 60, membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai dekat ibu negara.
Ahli PKR Petaling Jaya Selatan itu mendakwa beliau terasa dilastik berulang-kali dengan objek dipercayai besi gegalas (bearing) pada malam kejadian.
Turut menemani Raja Ismail membuat laporan tengah hari tadi ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha.
Sunday, May 27, 2012
Samseng UMNO : Rakaman Video Bukti Terbaik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wahai umno/bn, apakah anda ingat dgn serangan berterusan begini Pakatan akan kendur & slow down? Is it what u think bro?? It'll never happen, krn bagi kami Pakatan, bila kami telah bermula, kami x akan berhenti memperjuangkan hak rakyat sehingga kami berjaya menakluki Putrajaya. Kamii x akan gentar, x jugak kami melayan karenah songsang hangpa. Bukan krn kami takut, krn dlm kalangan kami adalah pendekar2/pahlawan2 yg x gentar & even berani mati. Tapi keberanian itu bukanlah dgn melempar telur & batu pd org2 yg x bersalah. Itu bukan keberanian, tapi org x ada telur & kehabisan modal utk berhujah. Silakan terus buat onar sperti yg anda lakukan skrg, krn jangka hayat anda bakal khatam (habis) dlm kadar 'super' pantas, insyaallah. Bezanya skrg, jika anda berhenti buat tindakan bodoh, anda tetap akan dikebumikan, cuma lmbat sikit. Tapi dgn tindakan bodoh skrg, anda sudah pun mempercepatkan 'tekan minyak' utk anda lagi cepat masuk gaung! Sesungguhnya ajal anda akan tetap berlaku dgn ketentuan Allah, bezanya samada anda memilih utk cepat atau lmbat sedikit sj...
ReplyDeleteKEGANASAN dalam politik Malaysia bukan perkara baru, ia telah disemai dibawah pemerintahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan berakar umbi sehingga kini, bertitik tolak pada tahun 1998 keganasan dilakukan ke atas Anwar Ibrahim. Hari ini keadaan mereka semakin kritikal disebabkan mereka sudah tidak yakin dapat pertahan kuasa bahkan NGO pula diguna sebagai samseng.
ReplyDeleteInilah perjuangan mempertahankan putera jaya hingga ke titisan darah yang terakhir.
ReplyDelete