Sunday, May 20, 2012

Mahkamah Perancis mula perbicaraan pembabitan Najib

Media antarabangsa melaporkan, Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan daripada The Vancouver Sun itu menyebut Hakim Roger Le Loire dan Tournaire Serge, yang sangat berpengalaman dalam penyiasatan kes rasuah dan hak asasi manusia, cuba mendapatkan bukti jika syarikat pembuat kapal Perancis DCNS membayar rasuah untuk mendapatkan kontrak membekalkan dua kapal tersebut kepada tentera laut Malaysia.

Siasatan mereka akan mengambil masa dua tahun dengan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.

“Perjanjian itu dilakukan ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian difokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh rakan rapat Najib dan penasihat dasar, Abdul Razak Baginda,” laporan itu dipetik.

Laporan itu juga menyebut, mahkamah mahu mendapatkan bukti mengenai pembayaran USD46 juta kepada syarikat Terasasi milik Abdul Razak dan bapanya, Abdul Malim Baginda yang pada asalnya diperbadankan di Malaysia, tetapi kemudian didaftarkan di Wan Cai, Hong Kong.

The Vancouver Sun menyebut, dalam surat tulisan tangan yang ditemui selepas kematian model Mongolia itu berkata, Altantuya berhasrat berjumpa Razak Baginda untuk menuntut USD500,000 sebagai komisen perjanjian Scorpene.


Laporan itu dipetik berkata, Razak Baginda dan dua pengawal peribadi Najib iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, telah didakwa membunuh Altantuya. Bagaimanapun, Razak kemudiaannya dibebaskan tanpa perlu membela diri. Azilah dan Sirul pula dijatuhi hukuman mati.

“Mereka merayu keputusan itu, tetapi perbicaraan ditangguhkan. Ramai meramalkan rayuan tidak akan didengar selepas pilihan raya yang dijangka pada Jun (ini),” kenyataan itu dipetik.

The Vancouver Sun adalah akhbar harian utama di British-Columbia, yang dimiliki syarikat Rangkaian Postmedia, berpangkalan di Kanada. -KD

15 comments:
Write comments
  1. cepat2 lari ah cheap gor, algojo datang cari kau!!!

    ReplyDelete
  2. Senang ja itu nanti Najib bersumpah laknat dimahkamah Perancis.

    ReplyDelete
  3. Harap siasatan dapat dijalankan dengan segera tetapi memandangkan siasatan hanya akan berakhir dalam masa 2 tahun, terpaksalah menunggu dengan Sabar.

    ReplyDelete
  4. Siapa sahaja yang berslah pasti akan mendapat hukuman atas perbuatannya itu.

    ReplyDelete
  5. Kita tunggulah keputusan daripada mahkamah Perancis mengenai kes Najib dan Scorpene ini.

    ReplyDelete
  6. Keputusan mahkamah perlulah berasaskan bukti yang dikumpulkan oleh pihak berkuasa, jika maklumat yang didapati tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa Najib salah, maka beliau tidak boleh dihukum.

    ReplyDelete
  7. Mahkamah Perancis pun sudah mula menyiasat dan pasti semua kebenaran dapat diketahui

    ReplyDelete
  8. Nobody can escape from law

    ReplyDelete
  9. kes ini makin hangat, kita lihat perkembangannya.

    ReplyDelete
  10. Masuk sepuluh tahun da tapi belum juga selesai kes ni. memang rumit terutama bila melibatkan orang2 ternama dan berkedudukan tinggi.

    ReplyDelete
  11. Harap2 pengadilan di luar negara ni adil dan bebas dari pengaruh mana2 pihak.

    ReplyDelete
  12. Kes ini sangat menarik. Lebih2 lagi bila mahkamah luar yang mengadilinya.

    ReplyDelete
  13. Tiada siapa yang boleh lari daripada menjalani hukuman jika didapati bersalah.

    ReplyDelete
  14. Kita tunggu saja bukti mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  15. konon siasatan mengambil masa 2 tahun sedangkan kes itu sudah bertahun2 berlalu.. nanti pilihanraya umum ke14 keluar lagi isu yang sama, kemudian keluar lagi kenyataan konon siasatan mengambil masa 2 tahun atau mungkin tidak lama lagi Najib akan di dakwa..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.