Friday, May 25, 2012

Demo depan NST desak minta maaf



Hampir 100 Pemuda PAS berarak ke pejabat akhbar New Strait Times (NST) hari ini bagi membantah laporan akhbar berkenaan yang mendakwa "Nik Aziz bapak kafir".

Mereka medesak agar NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang menghina dan melabelkan Mursyidul Am PAS.

Berkata kepada pemberita, Ketua Pemuda PAS Wialayah Persekutuan, Kamaruzzaman Muhammad menjelaskan himpunan bantahan hari ini dilakukan adalah susulan terhadap memorandum yang dihantar pada Rabu lepas.

"Kita hadir hari ini menyatakan ketidak puashatian kita terhadap apa yang dinyatakan oleh akhbar NST bahawa kenyataan tersebut adalah sahih dan tidak perlu menarik balik.

"Hari ini secara jelas kita mendesak agar NST bertanggungjawab sepenuhnya apa yang telah disiarkan, kita mahu NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut," jelasnya.

Sebelum itu, hampir 100 pemuda PAS berhimpun di hadapan pintu masuk bangunan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) sebagai tindakan membantah tuduhan yang dilemparkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Mereka berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat, sebelum berhimpun di hadapan syarikat akhbar berkenaan.

Tambah Kamaruzzaman lagi, beberapa langkah akan diambil terhadap akhbar NST jika mereka terus berdiam diri serta tidak mahu mengambil tindakkan seperti mana yang kita mahukan.

"Kita akan boikot akhbar kesemua akhbar yang berada di bawah NSTP, dalam pada itu kita akan turut meminta akan syarikat-syarikat pengeluar produk tidak mengiklankan produk mereka di dalam akhbar terbitan NSTP.

"Malah kita akan juga memboikot produk-produk yang diiklankan di dalam akhbar tersebut," sambungnya lagi.

Sementara itu, Pengarah pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan sewatu ucapannya menegaskan jika NST tidak tampil memohon maaf serta menarik balik kenyataan tersebut, "Kami akan datang lagi dan kali ini dengan lebih ramai lagi."

Menurutnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan itu bersikap biadap serta jijik dan tidak bertanggungjawab.

Lebih kurang 30 orang anggota polis turut mengawal keadaan di sekitar bangunan NSTP tersebut.

-HD

3 comments:
Write comments
  1. Kenapa mufti dan menteri agama UMNO senyap?? setidaknya keluarlah kenyataan mengecam tindakan individu dan akhbar NST kerana mengeluarkan berita yg amat tidak bertanggung jawab..nak tunggu berlaku pertumpahan darah, baru bertindak??

    ReplyDelete
  2. NST KEPUNYAAN KRONI UMNO
    SENANG CERITA NST ADALAH UMNO
    UTK MELENGKAPKAN KE SAMSENGAN MEREKA MAKA MENUDUH TGNA KAFIR....MAKA LENGKAP SUDAH KEJAHATAN MEREKA

    ReplyDelete
  3. bukan hanya NST, tapi TV3, UTUSAN, RTM yg jelas jijik dlm laporannya..media2 sepeerti ini hanya layak dibakar or buang shj!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.