Thursday, May 17, 2012

BERSIH Gesa Suhakam Siasat & Bertindak

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menubuhkan panel siasatan bebas dan terbuka ke atas pencabulan hak asasi oleh polis sewaktu perhimpunan 28 April lalu.

Perkara itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan BERSIH kepada Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam petang tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan memorandum tersebut, pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata, keganasan yang dilakukan polis semasa perhimpunan tersebut merupakan tindakan paling buruk setakat ini.

"Pencabulan hak asasi sehingga ke tahap ini tidak wajar dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa kita mengetahui kebenaran dan keadilan buat semua mangsa," katanya ketika membaca satu kenyataan.

Mengulas mengenai dakwaan tindakan ganas polis ke atas peserta perhimpunan yang menyerah diri kepada pasukan itu, Ambiga berkata perbuatan seperti itu hanya akan memburukkan keadaan.

Tambahnya, sehingga kini polis hanya mengumumkan senarai 141 orang yang dikehendaki tetapi tidak mendedahkan nama dalam senarai itu.

Ramai yang masih tidak tahu sekiranya nama mereka juga termasuk dalam senarai tersebut, katanya lagi kepada pemberita.

Dipukul lepas serah diri

Dalam pertemuan sama, BERSIH melalui peguam Lawyers for Liberty (LFL) turut menggesa Suhakam campur tangan dalam isu berkenaan.

Peguam LFL, Fadiah Nadwa Fikri, memaklumkan kepada Suhakam mengenai kes melibatkan seorang peserta perhimpunan, Mohd Safuan Mamat, 25 tahun yang mendakwa dipukul dengan getah hos air supaya mengaku bersalah selepas menyerah diri 14 Mei lalu.

"Ini amat merisaukan kerana polis sudah mula memburu mereka yang disenaraikan ini," kata Fadiah kepada pemberita.

Katanya, badan peguam itu bimbang polis akan menangkap orang ramai tanpa ditemani peguam sewaktu ditahan dan menerima nasib seperti Mohd Safuan.

Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam yang menerima memorandum itu memberi jaminan Suhakam akan menelitinya dan menemui BERSIH dalam masa seminggu.

"Kami akan meneliti memorandum ini dan memaklumkan orang ramai.

"Kami juga akan menghubungi Ketua Polis Negara untuk tindakan susulan berkaitan akses (peguam) kepada mereka yang ditahan," katanya. -mk

15 comments:
Write comments
  1. Memang itulah hasrat Kerajaan, Anwar. Anwar. Anwar. Tak sudah-sudah dengan Anwar.. Ayuh kita bermunajat dan berdoa setakat kemampuan kita.. allah Allah lepaskan Anwar dan Azmin ..kita wajib berdoa semoga kehancuran UMNO dan Allah memberi balasan laknat kepada mereka-mereka yang tak habis2 mencari jalan untuk menjahnamklan Anwar.. Aminn

    ReplyDelete
  2. Mungkin Suhakam boleh menyiasat sejauh mana kejadian yang berlaku pada Bersih 3.0

    ReplyDelete
  3. bersih hanya menyusahkan saja..

    ReplyDelete
  4. Kedua2 pihak juga bertidak ganas.

    ReplyDelete
  5. Adakah ini akan berlaku jika perhimpunan ini tidak diadakan? pasti peristiwa yang amat malang ini tidk akan berlaku jika tidak ada perhimpunan. Kerjasama antara dua pihak juga harus ada bagi mengelak berlakunya pukul memukul.

    ReplyDelete
  6. biarlah badan bebas yang menyiasat bersih 3.0

    ReplyDelete
  7. Adillah ada panel siasatan bebas ke atas peserta Bersih dan ada juga panel siasatan untuk anggota polis yang melakukan pencabulan hak asasi.

    ReplyDelete
  8. Kalau tiada perhimpunan Bersih, tidaklah jadi macam ni. memang tidak hairan berlaku huru hara dan keganasan bila sudah kumpul ramai2 buat demo.

    ReplyDelete
  9. Hope that Suruhanjaya Hak Asasi Manusia will be able to investigate deeply into the Bersih violence outbreak so that the truth can be revealed.

    ReplyDelete
  10. We don't know yet how the violent outbreak started during the Bersih Rally.

    ReplyDelete
  11. Siasat saja. Yang penting kena adil.

    ReplyDelete
  12. Masalah tidak akan berlaku jika tiada yang memulakan kekecohan.

    ReplyDelete
  13. BERSIH perlu ditentang dan bukannya disokong.

    ReplyDelete
  14. bagaimana pula dengan penganjur2 Bersih terutamanya Ambiga?? melanggar akta perhimpunan aman.. dia buat macam Malaysia ni dia yang punya..

    ReplyDelete
  15. kenapa la bukan si Ambiga yang kena belasah oleh polis sampai lunyai..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.