Friday, May 25, 2012

Kalau UMNO Kalah, Melayu Hilang Kuasa?

Sekurang-kurangya enam puluh peratus warga Malaysia berketurunan Cina akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang, yang akan membawa kemenangan kepada Pakatan rakyat dan menguasai Putrajaya.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Perak, Chan Ming Kai ketika berucap pada majlis ceramah Himpunan Selamat Tinggal Umno yang diadakan di Dataran Tok Guru, Geliga semalam Rabu 23 Mei.

Anggota Angkatan Muda Keadilan itu berkata demikian setelah beliau melihat sokongan masyarakat Cina kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan jelajah yang dilakukannya ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung.

“Lebih 50% dari ratusan ribu yang hadir memberikan sokongan kepada Bersih 3.0 adalah orang-orang Cina terutamanya golongan muda,

“selepas saya menjelajah kepada negeri-negeri dari Perlis hingga ke Johor dan sekarang ke Terengganu, ini lah saat dan peluangnya kita membuat perubahan menyokong mana-mana calon Pakatan Rakyat,”ujarnya.

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat menyeru supaya ahli-ahli Umno meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyokong PAS serta Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno dan BN bukan parti yang boleh membela nasib rakyat, bahkan ahli-ahli Umno sendiri turut menerima nasib yang buruk.

“hari ini telah menyaksikan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak mampu membela nasib rakyat, hatta ahli-ahli Umno sendiri,

“kejadian menyodok dan memusnahkan tempat pembaikian kapal (dock) milik ahli Umno dibawah jambatan sungai Kemaman bukti yang cukup jelas,”ujarnya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.

Menurut Haji Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, pemilik ‘dock’ terbabit telah bertemu dengan beliau dalam Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Cina yang diadakan pada sebelah petangnya [Gambar bawah].


Sementara itu, Ahli Parlimen DAP Rasah Anthony Loke Siew Fok mengesahkan parti itu tidak akan meletakkan calonnya untuk brtanding di negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang.

Beliau yang turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut menegaskan slogan DAP Ganti PAS adalah propaganda Umno dan Barisan Nasional yang takut kehilangan kuasa.

“Dia (Umno) kata kalau Umno kalah Pakatan Rakyat menang, maka orang Umno akan kehilangan kuasa politik orang Melayu akan hilang segala-galanya…….ini cakap-cakap yang bodoh,

“kerana kalau Umno kalah bukannya orang Melayu yang kalah, yang hilang kuasa adalah Umno…… kalau di Terengganu kalau Umno kalah yang akan jadi Menteri Besar kemungkinan adalah Haji Wahid Endut bukan Lim Kit Siang,

“bukannya DAP kerana DAP tidak bertanding di negeri Terengganu,”jelasnya yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat DAP.

Turut hadir dan berucap dalam kedua-dua majlis, Makan malam bersama masyarakat Cina dan ceramah sempena Himpunan Selamat tinggal Umno semalam adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut. -buletinonline




No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.