Monday, April 1, 2013

Datuk Seri Yang Dicari Polis Pernah Bersama Pemimpin UMNO?

Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - Bernama







27 comments:
Write comments
  1. Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman’s personal assistant has claimed that the former’s arrest under the Security Offences (Special Measures) 2012 (Sosma) was aimed at tarnishing his image by linking him to the Lahad Datu armed intrusion.

    ReplyDelete
  2. Hasbiallah Hakaman said this was because Ridzwan was planning to contest the Prai state seat as an Independent candidate in the 13th general election.

    ReplyDelete
  3. “Who’s behind this conspiracy, I don’t know. Anyway, his image is still not tainted for he has not been found guilty yet,” he told reporters outside the Ampang Jaya Police District Headquarters here today.

    On Ridzwan’s relationship with Sultan Muedzul Lail Tan Kiram, Hasbiallah said they were business associates, but no longer keep in touch after the Lahad Datu intrusion.

    ReplyDelete
  4. “They were involved in dried coconut trees business and ‘ayahanda’ (Ridzwan) used to help the poor there (southern Philippines),” Hasbiallah said, but refused to disclose the amount of funds that had been sent to the southern Philippines.

    On how Ridzwan, who is Al-Ehsan Islamiah Malaysia Welfare Association president, cope with the arrest, Hasbiallah said: “His morale is ok, he didn’t have any problem. He knows he’s on the right side for the association is not after violence, but charity.

    ReplyDelete
  5. “We have all the evidence that he is not involved in the intrusion. The police will tell us more tomorrow and I leave the arrest to our lawyers,” he said.

    ReplyDelete
  6. Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

    ReplyDelete
  7. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya.

    ReplyDelete
  8. Muhammad Ridhwan, yang berbaju Melayu merah dan berserban hitam, dilihat hadir bersama kenalan dan peguamnya di balai polis itu pada 11.05 pagi untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

    ReplyDelete
  9. Lelaki berusia awal 50-an itu menyerah diri selepas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam menamakannya sebagai orang yang dicari untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan Operasi Daulat.

    ReplyDelete
  10. Hamza berkata, Muhammad Ridhwan yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, diminta menyerahkan diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran. Dengan penahanan itu, jumlah mereka yang ditahan di bawah Sosma bagi membantu siasatan kes pencerobohan Sabah, kini ialah 122 orang.

    ReplyDelete
  11. dikatakan gambar Mukhriz bersama Datuk Ridwan menjadi tandatanya...

    ReplyDelete
  12. walau bagaimanapun, beliau dikatakan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

    ReplyDelete
  13. yang mana kehadiran beliau juga disertai bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 01/04/13 bersamaan 11.05 pagi..

    ReplyDelete
  14. beliau juga mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

    ReplyDelete
  15. tetapi menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu...

    ReplyDelete
  16. Individu yang diminta kesan oleh polis, dikatakan akan ke Bukit Aman esok pagi untuk memberikan keterangan dan menyerah diri. Dalam kenyataan awalnya, Muhammad Ridzwan bagaimanapun, menafikan dia mempunyai hubungan akrab dengan Jamalul Kiram III sebaliknya dia hanya berhubungan dengan SULTAN MUEDZUL-LAIL KIRAM merangkap RAJA MUDA yang kononnya telah diiktiraf oleh Kerajaan Filipina.

    ReplyDelete
  17. Sama ada 'Datuk Seri' tersebut tahu atau tidak, yang pastinya yang dipanggilnya Sultan Muedzul-Lail Kiram itu sebenarnya adalah seorang penipu besar.

    ReplyDelete
  18. Sebenarnya terdapat ramai individu yang mendakwa mereka sebagai Sultan Sulu. Dan individu-individu ini seringkali mencari duit dengan cara yang mudah dengan merapati dan memperdaya orang-orang kaya di Malaysia, terutama sekali yang cukup gila dengan gelaran dan tidak mempunyai usul periksa tetapi mempunyai angan-angan yang cukup tinggi.

    ReplyDelete
  19. 'Datuk Seri' Muhammad Ridzwan itu sendiri mempunyai cerita-cerita yang tidak kurang menariknya. Ramai yang mengenali Ayahanda pertubuhan yang meniru PEKIDA itu menyatakan kehairanan bagaimana dia boleh 'berbinkan' Sulaiman sedangkan latar belakangnya, baik sebagai 'MAMAK' apatah lagi 'MELAYU' amat meragukan.

    ReplyDelete
  20. Namun yang pastinya, 'Datuk Seri' ini cukup gemar berdamping dengan mana-mana pemimpin UMNO. Asal ada pemimpin UMNO, asal ada kamera, mukanya pasti akan ada.

    ReplyDelete
  21. Ia samalah macam SAYUTI OMAR dan SYED HUSSIN AL-ATTAS zaman jual cover buku dulu... orang Utara panggil, TERHEMOI-HEMOI. Gambar-gambar itu kemudiannya dijadikan sebagai modal untuk menunjukkan kononnya dia mempunyai hubungan rapat dengan para pemimpin UMNO.

    ReplyDelete
  22. Namun dalam satu kejadian sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, AYAHANDA inilah yang dikatakan mengamuk dan memecahkan pejabat UMNO kerana gagal mendapatkan duit. Diberitakan dialah orangnya yang mengarahkan semua pintu dan tingkap ditutup sambil menghalang mana-mana individu membukanya dengan gaya samseng!

    ReplyDelete
  23. PDRM pastinya mempunyai maklumat yang lebih lengkap sehingga memerlukan individu ini untuk menyerah diri dan memberikan keterangan yang sewajarnya!

    ReplyDelete
  24. Syabas PDRM... kasi tangkap sesiapa sahaja yang cuba menjahanamkan negara ini dengan apa cara sekalipun, biarpun sebarang gelaran yang mereka letakkan pada awal nama mereka, termasuklah seperti SYED, Al-Attas, Al-Bawah, Al-Tengah dan lebih-lebih lagi Al-Juburi apatah lagi gelaran-gelaran Datuk, Datuk Seri dan sebagainya.

    ReplyDelete
  25. Dalang yang merupakan pengkhianat kepada negara perlu dihukum dan diambil tindakan tegas demi kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  26. Kita Rakyat Malaysia tidak perlu untuk menyokong kumpulan pembangkang yang hanya pandai mempolitikkan sesuatu isu berbanding mengambil tindakan tegas dan tepat demi keamanan negara.

    ReplyDelete
  27. moga dia dpt dikesan dan beri kerjasama

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.