Monday, April 1, 2013

Muhyiddin : Parlimen Bubar Bulan April

Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara sendirinya.

"Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar.

"Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini.

Muhyiddin juga menyedari tentang rungutan orang ramai yang mula bertanya bilakah pilihan raya akan diadakan tetapi berharap mereka bersabar dan apabila tiba masanya laksanakanlah tanggungjawab masing-masing.

"Kerajaan ini makin tua makin bertenaga tuan-tuan, lagi tua lagi ada stail, betul tak tuan-tuan?" kata Muhyiddin kepada kira-kira 3,000 hadirin di majlis tersebut.

Pilihan raya ke-12 diadakan pada tanggal 3 Mac 2008 dan parlimen pula mula bersidang pada 28 April tahun yang sama.

Oleh yang demikian, parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan bahawa Parlimen akan terbubar secara automatik pada 29 April tahun ini kerana 28 April jatuh pada hari Ahad.

12 comments:
Write comments
  1. pak mudin tak payah kata memang pun dah cukup idah nya maka bubar le sendiri

    ReplyDelete
  2. Madey dah bagi green light untuk perkataan TUA ITU.?!
    Anda semua sungguh melucukan.Entah lah.

    ReplyDelete
  3. aku pun hairan dengan tun madey ni.dah tua pun sebuk lagi nak komen sana sini.begini lh kalau rasa masih ada pengaruh bertanding lah dulu jadi prsiden umno lepas tu baru lah teriak sana sini atau pun bagus ko bertanding lawan kit siang di kawasan 50-50 cina dan melayu kita tengok sapa menang.wahai tun kamu dah tua bah sembayang lah sebelum kita di sembayangkan.dulu aku amat mengagumi tun tapi dengan sikap sebegini jadi benci plak dan meluat.apa lagi nak sibuk harta pun banyak BERMUHASABAH DIRI LAH SIKIT YA TUN.JGN MARAH SEKEDAR PANDANGAN NANTI KETULAHAN PLAK AKU OPS

    ReplyDelete
  4. Nak bubar apa benda.... Calon pun tak ada lagi, berkecamuk. Isu dengan MCA pun masih tunggang langgang...

    ReplyDelete
  5. Satu lagi, dgn melambat2kan PRU, ia sbnarnya memberi advantage pd Pakatan. Semakin lama nak dibubarkan parlimen, semakin meningkat sokongan rakyat terhadap pakatan. & begitu juga sebaliknya berlaku pd bn. Mungkin bn dah trase, bahawa tindakannya lambat2kan PRU selama ini adalah langkah yg amat silap...

    ReplyDelete
  6. TPM pun dah bengang dgn najib, dia pun kenakan tekanan agar bubar parlimen sebenarnya tu!!.....jika esk april pool....x bubar.....tpm...rampas kuasa presiden umno tu!!!....esk parlimen bubar!!!...april pool

    ReplyDelete
  7. Tak mengapa TSMY berpuluh tahun rakyat boleh bersabar takan cuma tinggal beberapa bulan kami rakyat tak boleh tunggu untuk menjadikan BN berada dikerusi pembangkang.Memang tak sabar rasanya nak lihat pemimpin BN berhujah di parlimen, bagaimanapun masanya pasti sampai. Harap-harap kerajaan baru dapat adakan siaran langsung ketika bersidang.

    ReplyDelete
  8. Muhyidin tak payahlah bubar... 29 april tuan-tuan buatlah peralihan kuasa secara aman kat putra jaya.... he he

    ReplyDelete
  9. Tanda-tanda kekalahan... napa NS dibiarkan bubar automatik?

    ReplyDelete
  10. Rasanya sudah cukup persediaan hadapi PRU-13.jadi cepat2lah bubar parlimen dan jalankan pilihanraya.

    ReplyDelete
  11. Harap2 semuanya diselesaikan dalam bulan april ni.

    ReplyDelete
  12. parlimen mmg akan trbubar tak lama lagi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.