LAHAD DATU : Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.
"Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Rabu.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran.
Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Sementara itu, beliau berkata seramai 1,299 orang telah dibenar pulang ke rumah masing-masing sejak semalam selepas tiga pusat pemindahan di Cenderawasih, Gemala Pura dan Fajar Harapan di sini ditutup.
Kini hanya tinggal 106 orang daripada 17 keluarga masih mendiami pusat pemindahan di Embara Budi berikutan rumah mereka mengalami kerosakan teruk, katanya.
Tan berkata tiada pertempuran sejak 28 Mac lepas namun kawalan keselamatan masih dijalankan di semua lokasi di bawah Operasi Daulat.
Ditanya mengenai keselamatan orang ramai menjelang pilihan raya umum ke-13 setelah Dewan Rakyat dibubar hari ini, beliau berkata penduduk yang layak mengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana pasukan keselamatan sentiasa mengawasi keadaan.
"Kawasan operasi adalah selamat, jadi jangan takut untuk laksanakan hak untuk keluar mengundi," katanya. (Bernama)
Wednesday, April 3, 2013
Ops Daulat : Seorang Lagi Datuk Seri Diburu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Para penerima pingat darjah kebesaran Kesultanan Sulu sebenarnya adalah pengkhianat negara kerana membiayai keganasan dan sekaligus menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.
ReplyDeleteKenyataan Datu Mudarasulail Kiram yang disiarkan Berita Harian pada 27 Februari 2009 menyatakan bahawa Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu Dijual antara RM80,000 sehingga RM220,000 oleh pihak tertentu di Malaysia.
ReplyDeleteSeorang lelaki yang mendakwa waris Kesultanan Sulu mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran Kesultanan Sulu yang akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Februari tahun yang sama.
ReplyDeleteMajlis yang kononnya dianjurkan Sultan Sulu itu tidak akan diadakan kerana Sultan Sulu yang sebenar tidak wujud selepas kematian Sultan Mohd Mahakuttah A Kiram yang memerintah dari 1972 hingga 1986.
ReplyDelete"Jika benar kesultanan itu masih wujud, saya percaya pemberian darjah kebesaran itu dibuat secara terpilih berdasarkan sumbangan mereka kepada kerajaan, bukan menjualnya dengan harga tertentu," kata Mudarasulail sebagaimana yang disiarkan Berita Harian.
ReplyDeleteWanita Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendesak kerajaan persekutuan mempercepat penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dalang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
ReplyDeletePengerusinya, Datuk Ng Siew Lai berkata siasatan terhadap dakwaan bahawa ada individu terlibat dalam pencerobohan yang mengorbankan 10 nyawa pasukan keselamatan itu juga wajar dilakukan bagi menjamin keselamatan negara.
ReplyDeleteBaginda bertitah perbuatan itu memberi gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham di kalangan sebahagian rakyat.
ReplyDelete“Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh Beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah,” titah baginda.
ReplyDeleteRaja Nazrin bertitah institusi Raja dan takhta pada setiap masa wajib berada di atas politik kepartian, memisah dan menjauhkan diri daripada terlibat secara langsung dalam urusan dan kegiatan politik kepartian.
ReplyDeleteRaja Nazrin bertitah raja pemerintah mempunyai tanggungjawab luas dalam memastikan bahawa semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang digubal serta kepentingan lebih besar negara dan rakyat perlu sentiasa dilindungi.
ReplyDelete“Pada pertengahan abad kesembilan belas, Walter Bagehot memperkenalkan konsep triniti klasik, dengan menggariskan bahawa Raja Berperlembagaan memiliki tiga hak; pertama: hak untuk dirunding, kedua: hak untuk memberi nasihat, ketiga: hak untuk memberi peringatan,” titah baginda.
ReplyDeleteRaja Nazrin bertitah mengambil pedoman daripada konsep itu, baginda melalui sesi tertutup atau terbuka, dalam perbincangan atau melalui titah, telah dari semasa ke semasa menzahirkan kupasan dan ulasan berbentuk nasihat dan pandangan, galakan dan dorongan serta peringatan dan teguran, secara umum dan menyeluruh terhadap perkara menyentuh kepentingan rakyat.
ReplyDeleteTitah baginda perkara itu dilakukan bagi penambahbaikan pelbagai jabatan, agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pihak swasta serta pertubuhan sukarela, kebajikan dan sukan.
ReplyDelete“Dari masa ke masa Beta menzahirkan ulasan menyentuh perkara-perkara berkaitan agama Islam, perpaduan warga, keselamatan negara, pembangunan sosio-ekonomi, kewangan, pendidikan, kebebasan kehakiman, penyalahgunaan kuasa, rasuah, urus tadbir yang cekap lagi telus dan pelbagai subjek lagi, atas hasrat untuk memastikan bahawa negara terus kukuh dan aman serta terus sejahtera dan makmur,” titah baginda.
ReplyDeleteInstitusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa, titah baginda. Sebenarnya, titah Raja Nazrin, kehadiran Raja bagi membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuh cabang eksekutif, perundangan dan kehakiman dalam negara.
ReplyDelete“Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan, payung penyatuan serta berperanan mengukuh dan mengekalkan amalan demokrasi agar dapat ditingkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan berteraskan amalan demokrasi dan berpandukan doktrin pemisahan kuasa.
ReplyDelete“Raja memerintah dan tidak mentadbir. Raja berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian. Dengan berada di strata yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan,” titah baginda
ReplyDeleteRaja Nazrin turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mencemarkan adat resam dan budaya bangsa dalam keghairahan mendapat sokongan politik menjelang pilihan raya umum ke-13 ini.
ReplyDeleteDalam keadaan negara yang sedang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk pencerobohan yang berlaku di Sabah, baginda mengingatkan kumpulan politik dan rakyat supaya tidak melakukan perkara yang menambah beban kerja pasukan keselamatan.
ReplyDelete“Keamanan dan ketenteraman negara adalah tanggungjawab bersama. Hormatilah undang-undang dan peraturan yang ada, bertindaklah secara berhemah dan beretika dan berhentilah dari melakukan manipulasi hingga ke peringkat mencemar kemuliaan takhta pemerintahan,” titah baginda.
ReplyDeletePada istiadat berkenaan, Raja Nazrin turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Ops Daulat daripada Yayasan Sultan Azlan Shah.
ReplyDeleteNampaknya Datuk Seri ini hanya nama kosong saja.
ReplyDeleteBodoh bangang kan dia ni.
ReplyDeleteNah kan apa sa bilang cari pasal ba dia tu.
ReplyDeleteThis man should go to jail earlier.
ReplyDeleteLuckily he has been charged.
ReplyDeleteThis man is a junk.
ReplyDeleteThat's thoughtful enough for the police to arrest him.
ReplyDeleteNak cari pasal dengan Sabah?
ReplyDeleteNasib ada ops daulat ni.
ReplyDeleteThis man is a con.
ReplyDeleteHe can't be forgiven.
ReplyDeletemoga dia dpt dikesan.. jgn biar terlepas
ReplyDeleteTimbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.
ReplyDelete-- semoga Datuk Seri ini menyerah diri dan bekerjasama dengan pihak polis
Jika benar beliau terlibat biarlah undang-undang yang menentukan nasibnya...
ReplyDeletesiasat dulu sampai terbukti bersalah...
ReplyDeletetidak baik membuat spekulasi yang tidak benar
ReplyDeleteya, orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran.
ReplyDeleteheadhunter said.. - LIDAH SYAITAN
ReplyDelete